Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tarikan Baru di Muar ~ (Attraction in Muar)

Mana ibu bapa boleh bawa anak bercuti pada hari minggu? Fikirkan Muar, Bandar Maharani yang indah di samping terdapat banyak makanan tempatan yang lazat. Tambahan pula, Muar terkenal dengah pelbagai khazanah sejarah dan budaya malah sungai yang pelbagai serta mempunyai keunikannya tersendiri. Marilah kami memperkenalkan beberapa tempat baru yang bakal anda lawat.

 

1. Oyster Bay Muar

Kunjungan ke Muar tidak lengkap kalua tidak mengunjungi Oyster Bay. Oyster Bay merupakan tarikan baru di Muar. Datanglah pada waktu senja sambil menikmati pemandangan mengagumkan di lautan sewaktu senja. Di samping menikmati hidangan makanan laut, anda juga boleh mengunjungi pusat penyelidikan oyster dan kawasan ekologi di tepi pantai. Di pusat penyelidikan, anda berpeluang mengetahui pengetahuan berkaitan dengan oyster melalui penjelasan pengulas profesional. Anda juga berpeluang untuk menaiki bot bagi melihat kegiatan mencari tiram/oyster. Anda boleh melihat secara dekat bagaimana nelayan menyelam ke dasar sungai bagi mendapatkan oyster. Lebih mengujakan, kerja mencari tiram/oyster ini sudah dilakukan sejak 100 tahun lepas dan sehingga kini teknik tradisi iaitu cara menyelam masih terpakai. Jangan lupa singgah di Oyster Bay sewaktu kunjungan anda ke Muar nanti!

Oyster Bay Muar
:012-648 0004
:5pm – 11:45pm
Kampung Parit Setongkat, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

 

2. Donhu Jurassic Park Garden

Pelbagai reka bentuk dinosaur yang menjadi tarikan utama di Donhu Jurassic Park Garden pastinya membuat kanak-kanak gila dan membawa kenangan manis untuk kembali lagi! Dinosaur di sini seumpama hidup, ada yang berdiri, bergerak, berbunyi kuat. Bukan setakat kanak-kanak syiok malah dewasa juga. Selain daripada itu, tempat ini juga menyediakan pelbagai tunggangan untuk aktiviti bagi dewasa dengan kanak-kanak seperti motosikal dinosaur, kapal dinosaur, kereta api kecil dan lain-lain. Terdapat juga gerai yang menjual pelbagai jenis mainan dinosaur. Kanak-kanak tentunya gemar akan tempat ini. Jumpa nanti di Donhu Jurassic Park Garden!

Don Hu Jurassic Garden Muar
:017-7587530
:10am – 6:30pm (Rabu rehat)
2700, Pintasan Muar, Kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

 

3. Spring Season Hotel

Pastinya anda dan anak anda letih selepas bermain beberapa jam lamanya, anda boleh berehat dan bermalam di Spring Season Hotel yang terletak berdepan dengan Donhu Jurassic Park Garden. Tidak senang untuk bawa anak kecil sepanjang hari di luar, baikan singgah sementara meneruskan perjalanan untuk melawati tempat lain. Spring Season Hotel sangat muda, baru buka pada 2019. Butik hotel ini boleh dikatakan berkualiti di samping harga yang berpatutan. Ia tersedia dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan. Apa pun ada seperti bintang hotel. Hotel ini mempunyai PappaRich restaurant dan ia menyidangkan sarapan PappaRich percuma. Bagi menyambut kedatangan anda, Spring Season Hotel turut menjamu 2 cawan kopi PappaRich secara percuma. Syorkan tempah Spring Season Hotel kalau anda ingin bermalam di Muar!

Spring Season Hotel Muar
:017-608 8797
1st, Jalan Kasawari 22, Taman Sungai Abong Permai 2, Sungai Abong, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

 

4. Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Bagi sesiapa yang gila ikan bakar, anda disyorkan singgah di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Terdapat beberapa gerai di situ tetapi mengikut sumber, Wak Jos Ikan Bakar Muar yang paling menarik. Jom terjah pergi sana? Menu yang patut dicuba seperti siakap 3 rasa, sotong goreng tepung dan ketam lada hitam.

Medan Ikan Bakar Sabak Awor
:5pm – 12pm
Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

 

5. Street Art in Muar

Sejak tahun kebelakangan ini, didapati mural muncul di mana-mana. Semasa berada di Muar, ibu bapa dan kanak-kanak boleh bersama-sama menerokai mural yang tersembunyi di setiap sudut atau penjuru Muar. Pelbagai jenis mural bakal diterokai, baik yang menggambarkan gaya hidup awal, sejarah dulu, budaya setempat dan banyak lagi. Jom pergi!

Muar Cultural Walk
Jalan Meriam, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

 

6. Kilang Pembuatan Bot

Kalau nak belajar sempena bercuti, anda boleh pergi melawat ke kilang pembuatan bot di Parit Jawa. Ini semestinya satu pengalaman yang bagus bagi kanak-kanak kerana boleh menimba pengetahuan baru semasa melancong. Bakal dikunjungi!

: https://www.google.com/maps/place/1%C2%B057’06.0%22N+102%C2%B037’58.7%22E/@1.9516667,102.6307835,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x0:0x0!8m2!3d1.9516605!4d102.6329803?hl=en

 

7. Daily Happy Otak-otak

Datang ke sini bukan sahaja boleh membeli otak-otak, anda juga berpeluang melawati proses pembuatan otak-otak. Walaupun mesin dipakai, tetapi didapati mereka masih mengekalkan amalan tradisional dengan menggunakan tangan dalam pembungkusan otak-otak. Ikan segar merupakan bahan buatan yang utama, dicampurkan dengan santan dan cili, kemudian dibungkus dan dibakar. Rasa enakknya sewaktu menikmati otak-otak yang panas, rasa manis tercampur pedas. Di samping itu, lorong belakang kedai ini juga dihiasi dengan mural yang cantik. Anda boleh mengambil gambar sempena kunjungan anda nanti.

Daily Happy Otak Otak
:06-987 3773
: 7am-9pm
No. 163-8, Jalan Jabbar, Johor, 84150 Parit Jawa, Johor, Malaysia.