Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman

Sebuah kawasan syurga tropika yang menjadi idaman semua orang yang datang ke sini. Dikelilingi pantai yang berpasir keemasan dan juga bukit-bukau yang berkabus, resort ini hanya terletak di Pulau Tioman dan resort ini juga mempunyai pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan yang cukup untuk memuaskan hati anda semua.

Pulau Tioman terletak disempadan antara negeri Pahang dan negeri Johor. Kedudukannya ialah di Laut China Selatan iaitu kira-kira 56KM diluar pesisir pantai Pahang. Pengunjung yang ingin ke Pulau Tioman boleh menaiki bot dari Tanjung Gemok di Pahang atau menaiki feri di jeti Mersing, Johor. Perjalanan mengambil masa kurang 1.5jam. Pengunjung juga boleh menaiki kapal terbang dengan penerbangan Berjaya Air yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur dan Singapura.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Terdapat pelbagai jenis bilik bagi mereka yang ingin bermalam di resort ini dan resort ini juga menawarkan penginapan jenis chalet yang sangat selesa. Antaranya, standard chalet, superior chalet, deluxe chalet, standard quad chalet, junior suite dan juga deluxe triple chalet. Chalet-chalet disini mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bagus. Setiap jenis penginapan di resort ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Untuk menikmati makanan yang lazat, disini menyajikan makanan yang tidak akan sesekali mengecewakan anda kerana disini menawarkan makanan-makanan tempatan dan juga makanan barat. Terdapat 5 jenis restoran di resort ini antaranya ialah Sri Nelayan yang menawarkan hidangan ala tradisional dan juga suasana kampung yang selesa. Selain itu, Matahari Restaurant pula ialah restoran ala Thai yang terletak di tepi pantai untuk memberikan lagi pemandangan yang cantik sambil menikmati makanan-makanan Thai di situ. Beach Bar pula menyediakan tempat untuk bersantai sambil menikmati minuman yang disediakan. Sunken Pool Bar pula menawarkan minuman yang lazat sambil anda bermandi-manda di kolam renang resort itu. Seterusnya, Fortune Courtyard juga menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Beach Bar dan anda boleh bersantai di situ bersama keluarga serta rakan-rakan anda.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di resort ini. Di setiap bilik menyediakan TV LCD, penghawa dingin, akses internet dan Wi-Fi, pengering rambut dan banyak lagi. Layanan yang diberikan oleh pekerja disini juga amat memuaskan.

Kolam renang disini adalah tarikan utama bagi mereka yang bercuti di resort ini. Anda boleh bermandi-manda bersama keluarga mahupun teman anda. Perkhidmatan spa juga turut disediakan. Tidak lupa juga tempat ini menyediakan ruang untuk mesyuarat dan juga majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan juga majlis hari keluarga. Terdapat pelbagai permainan yang disediakan disini sperti, bola tampar pantai, table tennis, gelanggang tennis juga disediakan. Untuk yang ingin bermain golf, disini juga terdapat padang golf dan banyak lagi.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


AKTIVITI MENARIK YANG ANDA BOLEH LAKUKAN DI PULAU TIOMAN

1. PENEROKAAN HUTAN DI PULAU TIOMAN
Meneroka hutan atau biasa dipanggil “trekking” merupakan cara terbaik untuk menikmati dan meneroka keindahan pemandangan dan bunyi-bunyian di dalam hutan tropikal disini.

Dengan bergerak jauh kedalam, ia akan menyerlahkan lagi rahsia sebenar hutan ini kepada para pengunjung. Terdapat beberapa laluan untuk diterokai disini.

Yang menjadi pilihan utama tentunya laluan jelajah sepanjang 7km, antara Tekek-Juara yang menghubungkan pantai Timur dan Barat pulau tersebut. Selain itu, laluan lain yang dicadangkan untuk para pengunjung adalah seperti, Mukut-Asah (2km), Mukut-Twin Peak (4km) dan Air Batang-Saloang (8km).

Teluk Batik
Banana Boat



2. AIR TERJUN DI PULAU TIOMAN
Di pulau ini terdapat beberapa buah air terjun semulajadi yang mempersona. Yang paling besar antara semua adalah Air Terjun Asah di mana air mengalir turun ke kolam berbatu di bawahnya.

Ia mengambil masa selama 40 minit untuk berjalan dari Kampung Mukut, dan 20 minit dari Kampung Asah untuk sampai ke air terjun ini. Satu lagi air terjun yang berbaloi dikunjungi adalah air terjun Lubok Tija dimana ianya cuma setengah jam perjalanan dari Kampung Juara. Percikan air sejuk dari terjun ini membuatkan kawasan ini sesuai untuk sebarang aktiviti perkelahan.

Teluk Batik
Banana Boat



3. MENDAKI GUNUNG DI PULAU TIOMAN
Para pendaki boleh mengambil masa sebanyak enam jam untuk menakluk Gunung Kajang (1,3098 meter) iaitu puncak tertinggi di pulau ini. Bagi para peminat rock climbing, tapak-tapak yang terdapat di Tekek, Mukut dan Juara adalah sesuai untuk dikunjungi.

Para pendaki berpengalaman boleh menyertai aktiviti pendakian lasak di atas Gunung Si Mukut (Twin Peaks), puncak menara tertinggi di Malaysia.

Teluk Batik
Banana Boat



4. HIDUPAN LIAR PULAU TIOMAN
Pulau Tioman ini diliputi oleh hutan hujan tropika berbukit yang masih dara yang mana dihiasi dengan flora dan fauna yang menakjubkan. Tumbuhan-tumbuhan yang padat dan subur ini adalah habitat kepada spesis-spesis terlindung seperti pelanduk, kongkang, musang binturung, beruk ekor panjang, tupai gergasi, landak, reptilia dan amfibia.

Bagi peminat burung pula, terdapat 141 spesis burung terdapat di pulau ini untuk dilihat.

Teluk Batik
Banana Boat



5. ZON BEBAS CUKAI
Diwartakan sebagai Zon Bebas Cukai pada tahun 2002, Pulau Tioman memainkan peranan penting kepada penduduk yang tinggal di sekitar pulau ini, termasuklah dalam membangunkan Tioman kepada sebuah destinasi pelancongan utama dan pilihan para pelancong.

Tekek merupakan kampung utama dan jalan masuk ke Tioman melalui udara dan laut. Ia juga merupakan perkampungan terbesar sebagai pusat pentadbiran bagi pulau ini.

Dengan menjadi pusat pentadbiran utama, terdapat banyak bangunan kerajaan, landasan pendaratan kapal, balai polis, imigresen, bank, pusat pertukaran wang, sekolah, masjid, klinik, kedai-kedai dan juga restoran. Para pengunjung boleh menjelajah perkampungan ini dan juga membeli barangan-barangan seperti rokok, minuman keras, pakaian dan juga barangan keperluan rumah.

Teluk Batik
Banana Boat



6. MELAKUKAN AKTIVITI SELAMAN SKUBA
Pulau Tioman merupakan syurga kepada para penyelam untuk semua tahap. Air yang tenang dan tapak selaman seperti pulau-pulau kecil di Renggis dan Soyak amat sesuai untuk mereka yang baru belajar atau jurugambar bawah air.

Tapak selaman seperti Chebah dan Magicienne Rock merupakan lokasi popular di kalangan penyelam profesional. Mereka biasanya dapat melihat Pari Kola yang besar, Jerung Paus, Jerung Terubu Karang, Barakuda dan Penyu.

Dasar laut sekitar Tioman menyimpan banyak rahsia dan misteri. Ia merupakan tempat bersemadi bagi banyak kapal, kebanyakannya kapal pukat tunda kayu. Selaman di waktu malam boleh dilakukan untuk menyaksikan hidupan marin waktu malam.

Teluk Batik
Banana Boat



7. AKTIVITI SNORKEL
Aktiviti snorkel di Tioman merupakan sebuah syurga untuk diteroka akan dunia dasar lautnya. Air laut yang suam dan jernih menjadikan Tioman sebagai destinasi popular untuk aktiviti snorkel.

Hidupan marin yang kecil berdekatan pantai adalah tepat dan sesuai bagi mereka yang baru belajar.

Bagi mereka bercadang untuk mandi-manda di samping ikan-ikan, taman marin merupakan lokasi pilihan dan pada masa sama mereka dapat menikmati keindahahan taman dasar laut yang ada disini.

Teluk Batik
Banana Boat



8. TAMAN MARIN
Gugusan Pulau Tioman telah diwartakan sebagai taman marin bagi melindungi hidupan marinnya yang amat berharga. Perairan di Tioman ini merupakan habitat kepada hidupan laut yang indah dan kumpulan terumbu karang yang berwarna-warni.

Pusat Taman Marin ini terletak di antara kampung Tekek dan Air Batang dan diuruskan oleh Kementerian Perikanan. Sebagai sebuah kawasan perlindungan, hanya aktiviti-aktiviti tertentu sahaja dibenarkan seperti snorkel, selaman skuba, berenang dan tangkapan gambar dasar laut.

Mengambil terumbu karang, kulit siput dan aktiviti lain yang merosakkan adalah dilarang keras. Menangkap ikan tidak dibenarkan dalam jarak 3km radius dari pulau. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi melindungi pulau ini, dan para pengunjung diminta untuk membantu dan menyokong penguatkuasa tempatan bagi memelihara alam semulajadi yang ada di sini.

Teluk Batik
Banana Boat


Laman Web: www.berjayahotel.com/tioman
Alamat: P.O. Box 4, 86807 Mersing, Johor, Malaysia
Telefon: + 60 (9) 419 1000
Fax: + 60 (9) 419 1718
Emel: tioman.rsvn@berjayahotel.com
Facebook: Berjaya Tioman Resort