Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Destinasi Menarik di Desaru

TEMPAT MENARIK
1. Pantai Desaru
Pantai Desaru merupakan pantai terbaik di Johor. Pantai yang indah ini di barisi dengan pepohon ru sepanjang 25 kilometer mencantikkan lagi sekeliling pantai tersebut. Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, berenang, kembara denai dan aktiviti luar lain yang menyeronokkan.


2. Dusun Buah-buahan Desaru
Dusun yang berada diatas 100 ekar tanah ini mempunyai lebih 100 jenis buah-buahan tropika, 10 spesis tumbuhan, zoo, kolam ikan koi dan banyak lagi tarikan lain yang memberikan satu pengalaman yang menarik buat seisi keluarga. Di sini oengunjung dapat belajar tentang cara-cara untuk memilih buah yang baik serta merasai buaha-buahan tempatan seperti nangka, limau madu, jambu batu, durian belanda dan durian. Amalan pertanian yang baik memastikan buah-buahan disini mempunyai kualiti yang tinggi.

Alamat: 92, 82200 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 8.30am – 6.30pm
Telefon: +60 7-822 3886

3. Ostrich Farm
Jika anda ke Ostrich Farm ini, anda bukan sahaja dapat melihat dan memberi makan burung unta, tetapi juga boleh membelai serta memeluk burung unta di sini. Burung terbesar di dunia ini sebernarnya amat manja. Di sini anda dapat melihat 32 burung un ta serta haiwan lain seperti ayam belanda, burung merak, kasawari, kuang raya dan burung eksotik lain. Di dalam ostrich farm ini juga terdapat food court yang menghidangkan makanan yang berasaskan daging unta dan telurnya seperti sate daging unta, dan telur unta dadar. Burung unta yang dimasak disini disembelih oleh orang islam di kawasan sekeliling jadi anda tidak perlu risau tentangnya.

Alamat: Malaysia, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
Telefon: +60 7-826 5846

4. Muzium Nelayan
Muzium Nelayan ini terletak bersebelahan pantai Tanjung Balau dan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau. Mpuzium ini mempamerkan alat-alat yang digunakan oleh para nelayan dan penceritaan tentang kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengalaman yang mereka perlukan untuk belayar. Di antaranya ialah pengetahuan dalam melihat bintang serta apa maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum turun ke laut juga diceritakan di sini.

Alamat: Tanjung Balau, 81930 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +60 12-972 6791

5. Melihat Kunang-kunang di Sungai Lebam Wetland
Aktiviti melihat kunang-kunang merupakan aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan jika berada di Desaru. Aktiviti ini boleh dilakukan di Sungai Lebam Wetland. Kunang-kunang atau kelip-kelip ini sangat cantik jika dilihat pada waktu malam ini kerana kunang-kunang memancarkan cahaya di bahagian bawah perut mereka untuk menarik rakan-rakan serta menakutkan pemangsa.

Alamat: Bandar Penawar, Johor, Malaysia

6. Taman Buaya Teluk Sengat
Di Taman Buaya terbesar di Semenanjung Malaysia ini terdapat lebih daripada 1000 ekor buaya termasuk buaya yang berusia lebih dari 100 tahun. Buaya yang sudah tua ini lebih suka menghabiskan masa lapangnya dengan berjemur di bawah terik matahari berbanding beraksi di depan pengunjung. Jika anda datang pada masa buaya diberi makan, anda dapat melihat sendiri pekerja di sini memberi makanan kepada buaya-buaya di sini. Buaya yang dewasa akan di beri makan ayam mentah manakala anak-anak buaya pula hanya diberi makan udang.

Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +60 7-895 5220

PENGINAPAN MENARIK
1. Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Resort yang terletak di tepi pantai ini memberikan susana indah buat pengunjung yang datang ke sini. Kawasan resort yang berlatar belakangkan kehijauan hutan membuatkan resort ini lebih indah. Pelabagai aktiviti luar yang disediakan untuk membuatkanpercutian anda tidak membosankan. Selain itu, anda boleh bermain pasir dan mandi laut sepuas hati di pantai yang anda.

Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +60 7-884 2800
Laman Web: www.lotusdesaru.com

2. Tunamaya Beach & Spa Resort
Resort tropika yang indah di sepanjang Pantai Desaru di mana anda boleh menikmati hari-hari santai di bawah matahari dengan pemandangan depan pantai yang sempurna. Desaru Coast adalah tempat matahari, laut dan pasir bertemu untuk mewujudkan surga tropika. Dengan pasukan kakitangan perkhidmatan mereka yang berdedikasi, memberi perhatian kepada setiap keperluan anda.

Alamat: Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: +60 7-833 8888
Laman Web: www.careluxuryhotels.com/tunamaya-desaru/

3. Tanjung Sepang Beach Resort
Terletak di sepanjang pantai yang indah jauh dari kesibukan bandar, ianya merupakan penginapan yang sempurna bagi anda yang inginkan ketenangan. Dilengkapi dengan kolam renang besar, dewan fungsi, kawasan umum gaya taman dan 37 bilik resort gaya chalet. Aktiviti yang menarik buat pengunjung di sini ialah, melihat matahari terbit pada awal pagi. Selain itu, pengunjungjuga boleh bersiar-siar di pantai berpasir putih, berbarbeku, berkaraoke dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik.

Alamat: Kampung Tanjung Sepang, 81900 Bandar Penawar, Johor, Malaysia
Telefon: +60 19-763 9594
Laman Web: tanjungsepang.com