Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Destinasi Percutian Menarik di Johor Bahru

Johor Bahru merupakan salah satu destinasi percutian menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara. Pelbagai tarikan pelancong ada di bandaraya ini menjadikannya sangat popular pada masa kini. Kedudukannya sebagai pintu masuk ke Singapura menjadi faktor ramai pelancong ke sini.

TEMPAT MENARIK

1. Legoland Malaysia
Taman Tema Legoland Malaysia terletak di Iskandar Puteri (Nusajaya). Ia adalah destinasi percutian keluarga yang cukup popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Taman Tema antarabangsa ini turut menyediakan taman tema air dan berbagai permainan menarik berasaskan lego.

Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor, Malaysia.
Telefon: +60 7-597 8888

2. Sanrio Hello Kitty Town
Jika anda mempunyai anak perempuan, anda boleh pergi ke Sanrio Hello Kitty Town ini dengan membawa mereka. Ia merupakan salah satu tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme park dan sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty. Pasti mereka akan berasa gembira selepas melihat Hello Kitty yang comel di sini.

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
Telefon: +60 7-291 3535

3. Taman Aktiviti Angry Birds
Taman Aktiviti Angry Birds pula merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada oktober 2014. Taman permainan ini berada di aras 3 shopping mall komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya . Ia merupakan tempat yang menarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak.

Alamat: Level 3 KOMTAR JBCC, Centre,, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 7-221 0260

4. Danga Bay
Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati kalau berada di Johor Bahru. Di sini terdapat Restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman teman yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Alamat: Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 6.00am – 2.00pm
Telefon: +60 12-518 0290

5. Pantai Lido
Pantai rekreasi yang menjadi tumpuan warga JB untuk bersantai petang-petang melihat keindahan pantai dan matahari terbenam di waktu senja. Dari sini juga anda boleh melihat Singapura di seberang Selat Tebrau.

Alamat: No. 13, Lebuhraya Sultan Iskandar, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

6. Pantai Stulang Laut
Pantai ini sesuai untuk melakukan aktiviti bertemakan air seperti mandi manda, bermain luncur angin dan kapal layar. Ianya juga merupakan satu tempat berkelah di Johor Bahru yang popular.

Alamat: Jalan Padang Satu, Stulang Bahru, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

TEMPAT BELI-BELAH

1. Johor Premium Outlet (JPO)
Jika anda mahu membeli belah, di sini terdapat beberapa pusat membeli belah yang berdekatan. Anda boleh ke Johor Premium Outlet (JPO) yang jarak hanya 10 minit memandu dari Perth Hotel. JPO adalah satu tempat menarik untuk shopping di Kulai, Johor dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual barangan berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya .

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 7-661 8888

2. KSL City
Pusat membeli-belah terbesar di Johor Bahru yang terletak di pusat bandaraya. Didalam pusat membeli-belah empat tingkat ini juga terdapat hotel bertaraf 5 bintang dan sebuah kondominium. Ia dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Alamat: No. 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 7-288 2888

3. City Square JB
Sebuah shopping mall yang moden dan menempatkan pelbagai shoplot yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai kategori. Terdapat juga foodcourt di sini jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari kedai makan. Pusat beli-belah ini sering menjadi pilihan warga kota untuk membeli-belah dan makan-makan.

Alamat: Jalan Wong Ah Fook, Darul Ta’zim, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 7-226 3668

4. Komtar JBCC Shopping Complex
Shopping mall atau plaza yang besar dan menempatkan banyak lot kedai dan foodcourt yang menjadi pilihan warga tempatan. Sama ada barang berjenama atau yang biasa-biasa semuanya terdapat di sini. Pilihan restoran-restoran yang menyediakan makanan tradisional Johor juga banyak di sini.

Alamat: Johor Bahru City Centre, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 7-267 9900

Sudah penat berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik dan membeli belah di Johor Bahru, pasti perut akan berasa lapar. Anda pasti mahu mencari tempat makan yang menarik dan sedap bukan? Klik link di bawah untuk melihat tempat makan sedap di Johor Bahru.

Tempat Makan Sedap di Johor Bahru