Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Grand Bluewave Hotel, Johor Bahru

Terletak betul-betul di tengah-tengah Johor Bahru, daerah perniagaan dan pusat membeli-belah Johor, hotel mewah ini menawarkan bilik-bilik yang luas dan mewah, kemudahan moden dan perkhidmatan yang luar biasa. Sesungguhnya, hotel ini adalah tempat percutian yang paling ideal untuk penginapan kelas pertama bagi mereka yang mengembara untuk perniagaan atau untuk istirahat dengan seisi keluarga.



PENGINAPAN
Hotel ini menawarkan penginapan mewah yang ideal untuk pelancong jangka panjang dan ahli perniagaan. Setiap bilik yang berhawa dingin sepenuhnya dilengkapi dengan TV kabel, telefon dan pembancuh kopi/teh. Akses internet kelajuan tinggi boleh diakses dengan mudah, jadi anda hanya boleh plug komputer riba anda dan menikmati penyambungan yang lancar merta. Semua bilik (kecuali Studio) dilengkapi dengan tab mandi, dapur kecil, meja tulis dan bilik makan.


RESTORAN
Antara pilihan menjamu selera di hotel termasuk Agehan Restaurant, yang menyajikan hidangan Jepun. Bufet yang lazat ditawarkan di Orient Express, manakala Trevi Fountain Lounge menawarkan koktel dengan muzik santai. Kakitangan yang mesra fasih dalam bahasa Inggeris, Cina dan Melayu.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Para tetamu di Grand Bluewave boleh bersantai-santai di kolang renang yang terdapat dihotel ini. Selain itu, jotel ini juga menyediakan kemudahan gym bagi tetamu yang ingin bersenam. Disini juga anda boleh membuat tempahan di kedai gunting rambut atau kedai kecantikan.


DEWAN
Hotel ini menyediakan kemudahan untuk anda mengadakan mesyuarat dan perkahwinan.


TARIKAN SEKITAR

1. Johor Premium Outlet (JPO)
Jika anda mahu membeli belah, di sini terdapat beberapa pusat membeli belah yang berdekatan. Anda boleh ke Johor Premium Outlet (JPO) yang jarak hanya 10 minit memandu dari Perth Hotel. JPO adalah satu tempat menarik untuk shopping di Kulai, Johor dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual barangan berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya .


2. Legoland Theme Park
Legoland Theme Park mengambil masa 25 minit memandu. Sebuah taman tema dan tempat pelancongan di Johor yang paling popular dan terletak di Nusajaya, Johor Bahru. Pelbagai hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang menarik.


3. Sanrio Hello Kitty Town
Anda mempunyai anak perempuan? Bawalah mereka ke Town Sanrio Hello Kitty yang hanya 27 minit memandu dari hotel. Ia merupakan salah satu tarikan di dalam Puteri Harbour Indoor Theme park dan sesuai kepada kanak-kanak perempuan kerana kebanyakan hiburan bertemakan watak animasi kartun Hello Kitty.


4. Taman Aktiviti Angry Birds
Taman Aktiviti Angry Birds pula merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada oktober 2014. Terletak hanya 30 minit memandu, taman permainan ini berada di aras shopping mall komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trempolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya . Ia merupakan tempat yang menarik di Johor yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak.


Laman Web: www.grandbluewave-johorbahru.com
No. 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Email: info@grandbluewavejb.com.my
Telefon: 07-221 6666
Facebook: Grand BlueWave Hotel Johor Bahru