Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Hotel Austin Paradise di Skudai

Wahai siswa siswi UTM Skudai! Pernahkah anda perasaan Hotel Austin Paradise yang berhampiran dengan kampus anda?

Hotel Austin Paradise menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti yang setanding hotel berbintang. Hotel yang seumpama dengan namanya ~ Syurga, pasti meninggalkan kenangan manis sepanjang penginapan anda. Bilik yang bersih di samping selesa menanti ketibaan anda!

Hotel Austin Paradise merupakan satu lagi pilihan hotel yang popular di kawasan Skudai dengan tawaran harga berpatutan bilik dengan RM 108 semalam. Hotel ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang menghadiri konvokesyen saudara mara. Ini kerana hotel ini menyediakan beberapa jenis penginapan yang luas dan selesa yang boleh memuatkan sehingga 4 orang sebilik bagi Family suite.

Hotel ini amat sesuai sebagai pilihan pertama semasa bercuti di Skudai kerana lokasinya yang strategik. Agak senang untuk anda mencari makanan serta membeli barang serbaneka keperluan di sekitar hotel. Jika anda memandu pula, tarikan popular yang berdekatan seperti Nusajaya, Kangkar Pulai, JPO juga bakal anda terokai.

Amboi, jangan lupa syorkan Hotel Austin Paradise kepada keluarga atau rakan-rakan kampung halaman yang datang bercuti serta melawat anda di Johor. Jumpa nanti di Hotel Austin Paradise!