Please enable your JavaScript in order to browse the website.

M Suites Hotel, Johor Bahru

Sekiranya anda ingin menginap di hotel yang biliknya luas serta harga yang berpatutan, M Suites Hotel Johor Bahru boleh dipertimbangkan. Terletak di Jalan Skudai, Straits View berdekatan Danga Bay, ialah pilihan hotel terbaik untuk semua pengunjung.Lokasi hotel yang tidak berapa jauh dari bandar memudahkan pengunjung. Disebabkan kelebihan itulah, hotel yang mempunyai panorama indah menghadap Selat Teberau, M Suites saban minggu sentiasa dikunjungi pengunjung terutama membabitkan tempahan persendirian, agensi kerajaan serta syarikat swasta. Malah menjadi tarikan pengunjung dari Singapura mungkin kerana harganya serta lokasi yang tidak berapa sibuk. Pendek kata hotel ini sering menjadi tumpuan pengunjung kerana keselesaan yang ditawarkan.



BILIK HOTEL
Pihak pengurusan hotel sentiasa mementingkan kepuasan layanan terhadap setiap pengunjung setimpal dengan harga yang dilaburkan. Lazimnya pengunjung yang berkunjung ke hotel mahukan ruang bilik yang luas untuk seisi keluarga. Menyedari hakikat itu, MSuites menawarkan ruang bilik yang sangat selesa berbanding hotel setaraf lain di Johor Baru.The Premier studio dan The Premier Executive Suite sangat luas serta menjanjikan keselesaan untuk pengunjung berehat dengan santai. Pengurusan M Suites sentiasa prihatin dengan pelanggannya, termasuk golongan kurang upaya (OKU). Hotel ini menyediakan biliknya yang bersifat mesra OKU, terutama pemasangan tiang pemegang bagi memudahkan pelanggan istimewa itu bergerak di dalam bilik dan tandas. Bagi memberi kepuasan kepada pengunjung, M Suites membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bilik penginapan dengan sentuhan urban resort.


MAKANAN DAN MINUMAN
Keistimewaan hotel itu tidak hanya terletak pada biliknya, malah mempunyai pelbagai tarikan lain. Terkenal dengan keenakan menu makanan di dua restorannya iaitu Myra Bistro dan Ming Court, masing- masing menawarkan masakan tradisional dan barat, serta masakan ala Cina yang dijamin halal bagi pengunjung beragama Islam. M Suites menawarkan lebih daripada 100 aneka juadah tradisional yang lazat. Bufet “Bazar Ala Kampung” di Myra Bistro pasti memenuhi cita rasa dan mengembalikan nostalgia anda kepada suasana kampung. Terdapat pelbagai pilihan stesen masakan panas yang menyediakan sajian lazat seperti Kambing Golek, Ikan Bakar, Ayam BBQ, Sate, Murtabak, Roti John, Rojak, Pasembor, Durian Goreng, Lok-Lok, Nyonya Kari Laksa dan banyak lagi. Di stesen hidangan utama juadah seperti Nasi Briyani, Gulai Asam Pedas, Nasi Bakar, Ayam Kurma Kerisik, Ikan keli Salai Berlada dan Daging Salai Percik. Pada hujung minggu terdapat kaunter ‘shellout’ dengan pelbagai jenis makanan laut akan disajikan bersama-sama dengan sos istimewa dari Chef. Pencuci mulut turut disediakan seperti kuih tradisional Melayu, agar-agar, dodol, wajik, Putu Mayam, Putu Bamboo, aneka pengat, tapai dan banyak lagi. Terdapat juga manisan sejuk seperti Ais Kacang, Cendol dan pelbagai perisa ais krim disediakan.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Tidak lengkap jika menginap di hotel itu tanpa mandi di kolam renangnya. Ini kerana, selain mempunyai ruang untuk dewasa dan kanak-kanak, keindahan pemandangan kolam renang itu yang menghadap laut yang menjadi tarikan. Jika anda menitik beratkan penjagaan badan, cergaskan badan anda di gymnasium yang lengkap dengan peralatan bersukan yang serba canggih. Jangan lupa pula untuk hilangkan tekanan dengar berkaraoke di M Suites Hotel. Terletak di ruangan makan, anda boleh berhibur sambil menjamu selera. Anda mempunyai anak kecil? Ukirkan senyuman di bibir anda kerana di sini terdapat Kids Club untuk anak-anak anda bermain dan ianya bersesuaian bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas. Menariknya, ianya adalah percuma bagi tetamu yang menginap di M Suites Hotel.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

1. Orchid Valley Johor Bahru
Orchid Valley ialah salah satu dari tempat cantik di Johor Bahru yang mesti dilawati. Lokasinya ialah di Kampung Kangkar Pulai, kira-kira 30 km dari pusat bandar. Orchid Valley yang terletak di kaki Gunung Pulai, mempunyai lebih 80 jenis orkid tropika dikawasan seluas 40 hektar. Ia merupakan ladang orkid terbesar di dunia dan sangat terkenal dikalangan peminat orkid dari seluruh dunia.Di Orchid Valley ini terdapat ladang orkid, koridor pendidikan, pusat pelancongan, makmal penyelidikan, restoran dan taman permainan kanak-kanak. Disini juga terdapat air terjun dan tasik yang sangat menarik. Pengunjung boleh menaiki trem disekitar kawasan dan melihat pemandangan indah dengan selesa. Jadi bagi peminat orkid, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Orchid Valley. Anda pasti gembira melihat pelbagai jenis orkid yang ada. Orkid yang terdapat disini turut dijual kepada pengunjung untuk dibawa pulang.


2. Galeri Seni Johor
Galeri Seni Johor ialah lokasi menarik di Johor Bahru yang menyimpan koleksi lukisan anak Johor dan juga pelukis-pelukis negara. Terdapat dua ruang pameran iaitu ruang pameran tetap dan juga ruang pameran sementara. Ruang pameran tetap mempamerkan hasil lukisan pelukis ternama yang memberi sumbangan besar terhadap pembangunan seni negara. Lukisan yang dipamerkan adalah hasil pembelian, pertandingan dan juga sumbangan pelukis-pelukis tanahair sejak tahun 1994. Manakala ruang pameran sementara pula memaparkan hasil bakat-bakat baru dan amatur.


3. Pasar Karat JB
Jika anda menginap di hotel sekitar bandaraya Johor Bahru, jangan lupa untuk melawat Pasar Karat JB. Ia dibuka setiap malam seawal jam 7 petang hingga lewat malam. Pasar ini menjual berbagai barangan seperti pakaian, aksesori, makanan dan lain-lain. Suasana memang meriah kerana ramai orang berniaga.


4. Taman Tema Legoland Malaysia
Taman Tema Legoland Malaysia terletak di Iskandar Puteri (Nusajaya). Ia adalah destinasi percutian keluarga yang cukup popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Taman Tema antarabangsa ini turut menyediakan taman tema air dan berbagai permainan menarik berasaskan lego.


Laman Web: www.m-suites.com
Address: No 16, Jalan Skudai, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone: +607 22 11 000
Fax: +607 22 60 380
Email: info@m-suites.com
Facebook: M Suites Hotel Johor Bahru