Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Adya Hotel Langkawi

Terletak dengan baik dalam bandar Kuah, Adya Hotel Langkawi menyediakan penginapan yang moden dan selesa yang dilengkapi dengan kolam renang luaran dan bilik-bilik yang luas dilengkapi dengan akses WiFi percuma. Hotel ini juga terletak hanya 22 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.



PENGINAPAN
Bilik-bilik yang menyegarkan dan selesa disini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin rata dengan saluran antarabangsa dan Cina, kemudahan menyeterika dan almari pakaian. Kemudahan bilik mandi adalah en suite dengan peralatan mandian percuma dan kebanyakan bilik menawarkan balkoni peribadi.


RESTORAN
Segar dan Halal. Pengalaman makan yang luar biasa menanti anda di restoran Jelapang. Satu-satunya restoran dibuka 24 jam di bandar dengan tambahan kepada 24 jam perkhidmatan menjamu selera di dalam bilik. Nikmati hidangan tempatan dan masakan antarabangsa sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Langkawi.


KEMUDAHAN
Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang luaran dengan kemudahan kolam kanak-kanak. Dengan Kemudahan perempuan berdedikasi kolam renang separuh tertutup dan spa. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ialah Lobby Shop, Pusat Perniagaan dan bantuan Travel & Tour.


DEWAN
Untuk mesyuarat dan konvensyen, Langkawi Ballroom boleh menampung sehingga 400 tetamu. Terdapat 5 bilik mesyuarat yang lain dan bilik lembaga kekal boleh didapati di Tingkat 1 untuk menampung mesyuarat yang lebih kecil dan bengkel aktiviti.


TARIKAN SEKITAR

1. DATARAN HELANG
Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di Dataran Helang sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.


2. LAMAN PADI
Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.


3. KERETA KABEL LANGKAWI
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.


4. LANGKAWI SKY BRIDGE
Jika sudah menaiki kereta kabel jangan lepaskan pelaung menaiki jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.


5.UNDERWATER WORLD LANGKAWI
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.


Laman Web: www.adyahotel.com
Alamat: No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi Malaysia
Telefon: +604 960 8000
Email: info@adyahotel.com
Facebook: Adya Hotel Langkawi