Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Casa Del Mar, Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



Casa Del Mar yang ala-Sepanyol ini mempunyai ramai pelanggan tetap dari luar negara bukan kerana biliknya yang hebat atau kemudahannya banyak tetapi kerana ia dikatakan mempunyai layanan terbaik di Malaysia. Di sini tuala anda akan disejukkan dahulu sebelum diberi apabila anda berehat di luar, buaian hammock disediakan di setiap bilik dan air tembikai sejuk akan dihantar kepada anda sewaktu anda sedang bersantai di tepi pantai. Jika anda ingin tahu sendiri bagaimana layanan hotel terbaik di Malaysia ini jangan lupa berkunjung ke Casa Del Mar sewaktu ke Pulau Langkawi.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Bagi bilik pula, terdapat pelbagai jenis bilik yang akan memberi anda kepuasan dan keselesaan. Antara jenis bilik disini ialah, seaview room, seaview studio suite, beachfront studio suite, seaview junior suite dan juga seaview deluxe suite. Terdapat juga bilik yang menjanjikan pemandangan laut yang begitu cantik dan memukau. Disini juga terdapat bilik yang mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bagus. Setiap jenis penginapan di hotel ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Untuk menikmati makanan yang lazat, disini menyajikan makanan yang tidak akan sesekali mengecewakan anda kerana disini menawarkan makanan antarabangsa mahupun makanan tempatan. Terdapat 3 restoran yang anda boleh cuba, antaranya ialah La Luna, La Sal Restaurant dan juga La Sal’s Pool Bar. Pihak kulinari disini juga ade menyediakan satu hidangan khas jika anda ingin mencuba merasa Castaway Picnic dimana anda akan menikmati hidangan di tepi pantai.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai dan tenang, dan ingin melepaskan segala tekanan kerja harian, anda bolehlah mencuba perkhidmatan spa disini. Selain memuaskan hati anda, keselesaan dan juga ketenangan yang boleh diperolehi dari perkhidmatan spa ini amatlah terbaik. Disini juga menyediakan ruang-ruang khas untuk mereka yang ingin menonton filem bersama keluarga seperti di panggung wayang dan cuma skrin yang lebih kecil. Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti island hopping, pihak resort telah menyediakan servis ini lengkap dengan bot. Selain tu, jika anda ingin berpiknik di tepi pantai, pihak resort juga telah menyediakan bagi keselesaan anda dan kepuasan hati anda.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN
1. Kereta Kabel Langkawi
Kalau datang ke Langkawi tetapi tidak mencuba kereta kabel disini memang sangat rugi kerana gondola-gondola disini lebih menarik dan menggerunkan kalau nak dibandingkan dengan kereta kabel di Genting Highland. Terdapat 3 pilihan gondola yang boleh dipilih (berlainan harga) dan yang paling membuatkan anda rasa gayat adalah menaiki gondola berlantaikan kaca. Harga tiket untuk mereka yang ada MyKad juga lebih murah. Namun kalau anda ke sini pada musim cuti sekolah, cabaran nak beratur membeli tiket memang sangat menguji kesabaran sehingga berjam-jam lamanya.

Teluk Batik
Banana Boat



2. SkyBridge
Kalau nak lihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak yang paling menarik, tidak lain dan tidak bukan SkyBridge adalah jawapannya. SkyBridge ini merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan 2 puncak bukit (Bukit Machinchang) yang mana pengunjung boleh berjalan dan melihat pemandangan Pulau Langkawi secara 360 darjah. Untuk ke SkyBridge pelancong boleh menaiki kereta kabel. Waktu terbaik adalah untuk ke sini pada waktu petang sedikit kerana kurang panas dan sekiranya cuaca buruk kebiasaannya SkyBridge dan perkhidmatan kereta kabel akan ditutup.

Teluk Batik
Banana Boat



3. Pantai Tanjung Rhu
Pantai ini mungkin tidak sepopular Pantai Cenang namun kalau nak dibandingkan dari segi kecantikan pasir pantai dan air laut, rasanya Pantai Tanjung Rhu lebih menarik. Selain itu juga, kawasan pantai disini juga tidaklah sesibuk seperti di Pantai Cenang. Kalau anda hanya ingin bermain pasir pantai dan main air laut dengan lebih tenang tanpa kesesakan pengunjung terutamanya di waktu cuti, lebih baik ke Pantai Tanjung Rhu.

Teluk Batik
Banana Boat



4. Pulau Payar Marine Park
Pulau ini terletak di tenggara pulau utama Langkawi. Pulau Payar terkenal sebagai destinasi terbaik untuk melihat hidupan marin. Disini juga terdapat beberapa pantai berpasir yang sangat sesuai untuk berkelah. Bagi mereka yang ingin hiking menerokai Pulau Payar, terdapat denai yang telah disediakan untuk pengunjung. Kalau berkelah di pantai dan bernasib baik, pengunjung boleh melihat hidupan marin hanya dari pantai seperti anak ikan yu sebagainya.

Teluk Batik
Banana Boat



5. Air Terjun Telaga Tujuh
Salah satu destinasi mandi air terjun yang menarik untuk dilawati di Langkawi. Yang uniknya, air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana di sepanjangnya terdapat kawasan tadahan kecil yang berbentuk seakan-akan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Jadi sekiranya anda inginkan riadah mandi air tawar di Langkawi, silalah ke sini. Akses ke air terjun dengan kenderaan dan jalan kaki pun mudah. Kemudahan asas seperti pondok dan tandas juga disediakan.

Teluk Batik
Banana Boat



6. Tasik Dayang Bunting
Kalau teringin nak mandi dan berenang di kawasan kurang ombak, bolehlah datang ke sini. Dan yang menariknya disini terdapat lot-lot kolam bersegi yang dibina di atas tasik bagi memudahkan pelancong untuk mandi manda. Keselamatan juga lebih baik disini disini kerana ada jaring dan juga life jacket untuk kanak-kanak. Tasik ini terletak di tengah-tengah pulau jadi anda perlu berjalan dan mendaki sedikit sebelum sampai ke tasik ini. Pemandangan dari atas bukit melihat tasik hijau di depan mata memang sangat menenangkan jiwa yang mungkin sedang gundah gulana.

Teluk Batik
Banana Boat



7. Makam Mahsuri
Bagi kaki subjek sejarah destinasi ini semestinya satu tempat yang perlu anda datang untuk melihat sendiri makam lagenda Pulau Langkawi, Mahsuri. Terdapat juga beberapa informasi bertulis berkaitan Mahsuri dan Pulau Langkawi yang boleh menjadi tatapan anda. Satu tempat menarik di Langkawi yang cukup sinonim pada zaman sekolah dahulu. Tidak jauh dari sini juga terdapat beberapa gerai dan kedai yang menjual produk hasil daripada gamat.

Teluk Batik
Banana Boat



8. Dataran Lang
Kalau datang ke Langkawi, memang tak lengkap kalau tak bergambar berlatar belakangkan statu burung helang gergasi yang menjadi simbolik kepada Pulau Langkawi. Lokasinya hanya beberapa minit jalan kaki dari Jeti Pekan Kuah dan dicadangkan untuk kesini apabila hendak pulang ke tanah besar sambil-sambil menunggu feri. Habiskan masa disini 10-15 minit sudah memadai.

Teluk Batik
Banana Boat



Laman Web: www.casadelmar-langkawi.com
Alamat: Jalan Pantai Cenang Mukim Kedawang 07000 Langkawi Kedah Darul Aman Malaysia
Telefon: +60 4 955 2388
Fax: +60 4 955 2228
Emel: info@casadelmar-langkawi.com
Facebook: Casa Del Mar Langkawi