Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tanjung Rhu Resort, Langkawi

Terletak di hujung utara Pulau Langkawi, penginapan 5 bintang ini menawarkan privasi dan ketenangan bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar. Resort ini terletak kurang dari 4 km dari Air Hangat (Hot Springs) Village dan hanya berjarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.



PENGINAPAN
Dilengkapi dengan lantai kayu, bilik-bilik dilengkapi dengan TV skrin-rata dengan pemain DVD. Bilik mandi persendirian dilengkapkan dengan tab mandi dan pancuran mandian. Kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini disediakan. Bilik yang luas mempunyai pemandangan taman, kolam renang atau laut. Perkhidmatan bilik 24 jam disediakan.


RESTORAN
Sands menawarkan makanan tempatan dan Barat di depan pantai. Selepas berenang, mereka boleh menikmati makanan ringan dan minuman di Sunset Pool Bar.


KEMUDAHAN
Tanjung Rhu Resort menempatkan gelanggang tenis dan pusat kecergasan dengan bilik sauna dan mandian wap. Para tetamu boleh membaca buku atau majalah sambil minum teh dan makanan ringan di bilik bacaan. Juga terdapat kolam renang untuk tetamu berenang. Jika ingin bersenam, terdapat juga gym yang tersedia di resort ini.


MAJLIS
Majlis perkahwinan yang indah boleh dilakukan diresort ini. Taman yang dipenuhi syurga tropika hijau subur mengelilingi pantai Laut Andaman mengindahkan lagi suasana majlis tersebut. Pihak resort juga akan menjaga segala-galanya termasuk bunga, susunan tempat duduk, makanan dan minuman yang lazat, perkhidmatan penuh perhatian.


AKTIVITI
Aktiviti yang disediakan termasuk pelayaran dan sukan air. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan termasuklah perjalanan memancing dan sesi memberi helang makan.


TARIKAN SEKITAR

1. DATARAN HELANG
Rasanya tidak lengkap percutian anda di Pulau Langkawi jika anda tidak bergambar di Dataran Helang sebagai tanda kenangan yang anda telah pun sampai ke pulau ini. Di sini anda berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Lang sesuai untuk berjalan santai dan bergambar.


2. LAMAN PADI
Laman padi merupakan destinasi menarik di langkawi yang beraspek eco-pelancongan. Di sini anda boleh belajar bagaimana budaya dan tamadun melayu didalam bidang menanam padi dimulakan. Destinasi ini bertemakan perkampungan melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional.


3. KERETA KABEL LANGKAWI
Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.


4. LANGKAWI SKY BRIDGE
Jika sudah menaiki kereta kabel jangan lepaskan pelaung menaiki jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Chincang. Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.


5. UNDERWATER WORLD LANGKAWI
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar. Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.


Laman Web: www.tanjungrhu.com.my
Alamat: Mukim Ayer Hangat 07000, Pulau Langkawi, Kedah Darulaman Malaysia
Telefon: 604-959-1033
Fax: 604-959-1899
Email: resort@tanjungrhu.com.my
Facebook: Official Pages – Tanjung Rhu Resort, Luxury Resort Langkawi, Malaysia