Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Villa Danialla Beach Resort, Bachok

Apabila anda berasa seperti ia adalah masa untuk melarikan diri, berehat dan menikmati keindahan pantai, resort ini adalah lokasi yang sesuai untuk percutian anda. Resort yang terletak di Kandis, sempadan dengan Tok Bali, Bachok ini adalah sebuah resort yang sangat cantik dan mewah dan sudah pasti ianya amat sesuai kepada anda yang ingin percutian anda bagaikan berada di luar negara. Ini kerana resort ini umpama Maldives. Dengan pemandangan yang cantik pasti membuatkan rasa tenang pada diri anda ketika bercuti. Hanya 45 minit memandu dari Lapangan Terbang Kota Bharu atau Pusat Bandar Kota Bharu.

Jenis Penginapan
Resort ini menyediakan 10 jenis villa eksklusif kepada anda. Villa Dato Siti, Villa Russkaya, Villa Zainab, Villa Ombak, Villa Hamat, Villa Sarah, Villa Matahari, Villa Meriam, Villa Fatimah dan Villa Haflin adalah jenis vila yang terdapat di resort yang mempunyai reka bentuk yang unik dan berbeza setiap satunya. Sebagai contoh, Villa Dato Siti menggabungkan senibina Melayu tradisional dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh tamadun Thai purba diraja. Manakala, reka bentuk Villa Zainab pula diilhamkan dari reka bentuk Perancis yang klasik. Tambahan pula, di setiap bilik anda akan disediakan katil, penyaman udara dan pelbagai kemudahan lengkap untuk menjamin keselesaan anda.

Ruang Majlis
Sekiranya anda ingin menganjurkan mesyuarat dan seminar, resort ini ada sediakan ruangan yang luas serta lengkap kepada anda. Anda boleh menyesuaikan sendiri ruangan mesyuarat atau seminar dalam gaya bilik, bengkel ataupun bentuk yang mengikut kesesuaian yang anda mahu. Selain itu, anda juga boleh raikan hari bahagia anda disini dengan tawaran pakej yang menarik. Anda boleh melangsungkan hari bahagia anda secara sempurna dengan kemudahan yang disediakan seperti, dekorasi majlis, karpet merah, hidangan antarabangsa dan banyak lagi. Yang pastinya, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Bagi pengantin baru, di sini juga menyediakan pakej berbulan madu yang lengkap kepada anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk meraikan cinta anda di resort unik ini.

Restoran dan Kafe
Bila lapar pasti anda akan mencari tempat makan untuk mengisi perut yang kosong. Bangkitkan selera anda dengan menjamu selera di Beach Café. Kafe ini menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan Kelantan dan juga pelbagai jenis makanan barat. Dengan dekorasi yang indah membuatkan suasana makan anda sangat sempurna. Selain dari Beach Café, resort ini terdapat satu lagi tempat makan iaitu Beach Hub. Tempat makan ini disediakan untuk anda yang ingin mengadakan acara persendirian seperti minum petang, makan malam dan untuk anda yang bermesyuarat. Selain itu, jika anda mahu makan BBQ, di sini ada menyediakan makan malam BBQ dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Kemudahan Tambahan
Menariknya di sini, jika anda mahu bermandi manda, terdapat dua pilihan tempat. Yang pertama kolam renang infiniti dan juga pantai yang cantik. Kolam renang infiniti yang disediakan menghadap ke Laut Cina selamat memberikan anda satu pemandangan yang sungguh menakjubkan. Manakala jika anda bermandi manda di pantai, jangan terkejut kerana pantainya sangat bersih dan antara yang paling bersih dari pantai lain. Dengan pasir yang memutih pasti akan rasa damai dalam diri anda. Jika anda bercuti membawa binatang peliharaan kucing, jangan risau kerana di sini juga ada menyediakan kemudahan penjagaan kucing di Cat Hotel. Jika anda hendak memanjakan diri, rasailah kenikmatan urutan tradisional Thai dengan pekerja yang terlatih.

Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa di Russian Sauna yang terdapat di resort ini. Russian Sauna ini adalah salah satu daripada tradisi Rusia yang tertua. Pihak resort juga ada menyediakan kemudahan sewa kereta dan van kepada anda yang ingin menggunakan kenderaan berjalan-jalan di sekitar Kelantan. Tambahan lagi, anda boleh memilih untuk menyewa kereta atau van sahaja atau sekali dengan pemandu. Anda boleh menghabiskan waktu dengan bermain snooker di mana pihak resort ada menyediakan kemudahan American Pool Table untuk anda. Bila rasa sunyi anda boleh berhibur di bilik karaoke yang disediakan untuk pengunjung.

Aktiviti yang disediakan
Bila bosan duduk di bilik, apa kata anda untuk melakukan beberapa aktiviti menarik disini. Jika, anda mahu aktiviti lain anda juga boleh mencuba bola tampar pantai. Selain itu, untuk aktiviti yang mencabar sedikit anda boleh menunggang kuda di tepi pantai dengan harga serta pakej yang ditawarkan. Jika ada suka kan burung, di sini terdapat Taman Burung di mana mereka terdapat angsa, itik dan ayam.

Tarikan Setempat
Jika anda sudah tiba di Kelantan, pasti ada beberapa tempat yang anda ingin pergi. Yang pertama anda, perlu ke Pasar Besar Siti Khadijah. Di sini anda boleh membeli belah pelbagai jenis barang dari barang basah hingga ke barang kering. Seterusnya, Gunung Stong ini selain popular dengan beberapa air terjun yang ada di sini, Gunung Stong juga boleh dikatakan gunung yang paling popular di Kelantan untuk para pendaki. Kemudahan track untuk pendaki disediakan termasuk tapak perkhemahan di atasnya (Kem Baha).

Anda boleh pergi ke Muzium Kraftangan yang mempunyai beberapa struktur bangunan kayu yang sesuai untuk pelancong membeli barangan kraftangan seperti ukiran kayu, keychain, rotan dan sebagainya untuk dijadikan cenderahati. Seterusnya, Gelanggang Seni untuk anda melihat sendiri seni kebudayaan orang Kelantan seperti demo silat tari, demo penghasilan wau, permainan gasing, persembahan muzik tradisional dan juga permainan wayang kulit.

Laman Web: www.villadanialla.com
Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan, Malaysia
Telefon: +6013-961 6000 / +6013-9283878
Email: villadanialla@icloud.com
Facebook: Villa Danialla Beach Resort, Bachok
Trip Advisor: Villa Danialla Beach Resort, Bachok