Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Royale Chulan Kuala Lumpur

Sebuah mercu tanda yang mewah di pusat bandar Kuala Lumpur, The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur terletak kurang daripada 1 km dari Pusat Membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia berjarak 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



PENGINAPAN
Dihiasi dalam warna neutral yang menyenangkan, bilik-bilik berhawa dingin menawarkan keselesaan perabot gaya Eropah klasik dan TV skrin rata dengan saluran antarabangsa seperti CCTV. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pancuran mandian hujan dan tab mandi. Selipar dan kelengkapan peribadi percuma disediakan.


RESTORAN
Bufet sarapan yang lazat di Warisan Cafe menjadi permulaan hari yang indah. Pilihan tempat makan yang lain termasuk masakan istimewa Cina di Tai Ping Restaurant, makan Perancis yang lazat di L’Heritage dan hidangan Melayu asli di Bunga Emas. Kakitangan yang mesra bersedia dan fasih dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
The Royale Chulan Hotel menawarkan kolam renang luaran yang besar dengan kerusi berjemur. Ia mempunyai gimnasium, Wi-Fi percuma dan tempat letak kenderaan percuma di ruangan bawah tanah. Telega Bunga Spa menyediakan rawatan urutan dan mandian wap.


MAJLIS
Halaman berkaca Taman Mahsuri adalah pilihan yang tepat untuk sambutan kasual. Ia termasuk taman dalaman dan air terjun yang cantik dengan hiasan yang elegan. Mengadakan persidangan besar di dewan bersiling tinggi, Tamang Sari Grand Ballroom. Dewan ini boleh dibahagikan kepada tiga dewan mesyuarat yang lebih kecil, bergantung kepada keperluan tetamu. Kira-kira 2000 orang boleh berkumpul di grand ballroom dan halaman dalam konservatori pada satu masa. Terdapat 17 lebih bilik sedia untuk digunakan untuk apa-apa fungsi.


TEMPAT MENARIK SEKITAR HOTEL

1. MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang turut dikenali dengan nama KLCC ialah menara berkembar tertinggi di dunia. Diinspirasi dari bentuk geometri yang ditemui dalam senibina Islam, bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, Cesar Pelli. Terhampar di sebelah bangunan mega ini ialah taman cantik dan luas yang diberi nama Taman KLCC.


2. AQUARIA KLCC
Tengok pelbagai spesis ikan dari dalam dan luar negara dalam akuarium yang besar. Sangat menarik jika bersama anak-anak untuk menunjukkan mereka pelbagai spesis hidupan laut.


3. SURIA KLCC
Seperti juga di Pavillion KL, mall yang terletak di bawah Menara Berkembar Petronas ini juga menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.


4. PAVILION KUALA LUMPUR
Dibina di atas tapak Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS), pusat membeli-belah moden ini mempunyai 450 outlet. Antara penyewanya termasuklah jenama fesyen terkenal seperti Juicy Couture, Gucci, MaxMara, Versace dan Prada. Dengan koleksi mewah butik antarabangsa dan fesyen busana dari Paris, Milan, New York dan Tokyo, Pavilion dianggap oleh warga Kuala Lumpur sebagai sebuah syurga fesyen kelas menengah.


Laman Web: www.theroyalechulan.com
Alamat: Royale Chulan Kuala Lumpur 5 Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50450 Malaysia
Telefon: +603 2688 9688
Fax: +603 2688 9788
Email: info@royalechulan-kualalumpur.com/reservations@royalechulan-kualalumpur.com
Facebook: Royale Chulan Kuala Lumpur