Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tarikan Pelancong di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi malah menjadi salah satu destinasi percutian yang amat popular di kalangan warga asing. Walaupun Kuala Lumpur tidak sebesar negeri lain di Malaysia, tetapi ianya mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat yang turut dikenali dengan nama KLCC ialah menara berkembar tertinggi di dunia. Diinspirasi dari bentuk geometri yang ditemui dalam senibina Islam, bangunan mega ini direka oleh arkitek berbangsa Argentina-Amerika, Cesar Pelli. Terhampar di sebelah bangunan mega ini ialah taman cantik dan luas yang diberi nama Taman KLCC.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00 am – 9.00pm
Telefon: +60 3-2331 8080

2. Aquaria KLCC
Tengok pelbagai spesis ikan dari dalam dan luar negara dalam akuarium yang besar. Sangat menarik jika bersama anak-anak untuk menunjukkan mereka pelbagai spesis hidupan laut.

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm
Telefon: +60 3-2333 1888

3. Petrosains, The Discovery Centre
Destinasi inisering menjdai pilihan rombongan sekolah pada musim cuti sekolah terutamanya sekolah rendah kerana di sini mereka boleh bergembira sambil belajar tentang sains. Pendekatan tarikan yang hands-on ini memudahkan lagi pembelajaran sains dalam memahami dengan lebih mudah sesuatu teori subjek sains.

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 6.30pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 3-2331 8181

4. Skybridge KLCC
Berada di bangunan tertinggi di Malaysia semestinya suatu pengalaman yang amat manis buat kita. Di Menara Berkembar KLCC, pelancong berpeluang untuk naik ke atas jambatan yang menghubungkandua menara ini dan seterusnya ke dek pemerhatian untuk melihat keindahan bandaraya Kuala Lumpur.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 9.00pm
Telefon: +603-23318080

5. Dataran Merdeka
Destinasi ini merupakan destinasi sambutan Hari Kemerdekaan negara Malaysia setiap tahun di Kuala Lumpur. Di sini terletak sebuah tiang bendera yang paling tinggi di Malaysia. Amat sesuai unti bersantai bersama rakan-rakan di padang ataupun bergambar dan melihat bangunan-bangunan yang terdapat disini.

Alamat: Jalan Stadium, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60 3-2070 2412

6. Taman Burung Kuala Lumpur
Destinasi ini amat popular di kalangan pelancong didalam dan luar negara. Di sini anda boleh melihat sendiri lebih dua ribu ekor burung yang terdiri daripada dua ratus spesis yang berlainan.Lebih menarik, anda boleh berinteraksi dengan burung-burung di sini secara terus tanpa halangan sangkar. Beberapa jenis burung yang agak agresif sahaja yang diletakkan di dalam sangkar bagi menjaga keselamatan pelawat di sini.

Address: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 3-2272 1010

7. Muzium Bank Negara
Setiap negara mempunyai muzium matawangnya yang tersendiri. Jika di Malaysia, salah satu tempat yang paling ideal untuk melihat sejarah perkembangan matawang negara adalah disini. Anda boleh melihat pelbagai pameran duit lama dan infografik berguna untuk pembelajaran sejarah matawang.

Alamat: Bank Negara Building, Ground Floor, Block A, Jalan Dato’ Onn, Wilayah Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60 3-2690 7648

PUSAT MEMBELI-BELAH

1. Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion KL merupakan sebuah destinasi membeli-belah yang menawarkan pelbagai jenis pilihan produk yang berjenama branded dan yang sederhana. Pusat membeli-belah yang terletak di Bukit Bintang inimempunyai lebih 400 lot kedai pelbagai kategori dan ianya juga mempunyai medan selera tersendiri yang berkeluasan agak besar di tingkat 7. Pilihan restoran lain didalam mall juga agak banyak.

Alamat: 168, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-2118 8833

2. Suria KLCC
Seperti juga di Pavillion KL, mall yang terletak di bawah Menara Berkembar Petronas ini juga menawarkan banyak lot kedai yang majoritinya menawarkan produk barangan berjenama. Di sini juga terdapat medan selera yang menarik serta pilihan restoran yang sedap-sedap. Dan lebih menarik, ianya hanya bersebelahan dengan KLCC park yang sesuai untuk anda lepak-lepak.

Alamat: 241, Kuala Lumpur City Centre, City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-2382 2828

3. Bejaya Time Square
Juga terletak di Bukit Bintang, shopping mall ini juga amat terkenal dalam kalangan pelancong didalam dan luar negara. Sebuah hotel berkongsi bangunan dengan mall ini menjadikan mall ini lebih menarik. Terdapat taman tema indoor didalam mall ini yang mempunyai beberapa permainan yang sangat menarik untuk kanak-kanak.

Alamat: 1, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-2117 311

4. Mid Valley Megamall
Mall ini menempatkan ratusan lot kedai dengan pelbagai pilihan barangan berjenama dalam dan luar negara. Shopping mall yang sangat besar ini sentiasa tidak lekang dengan kunjungan orang ramai terutama sekali pada hujung minggu.

Alamat: The Gardens South Tower, 75, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-2938 3333