Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Menarik di Labuan

TEMPAT MENARIK

1. Muzium Chimney
Muzium yang mempamerkan dan menceritakan sejarah awal Tanjung Kubong ini terletak di uatara Pulau Labuan. Juga terdapat satu menara yang dikenali sebagai Menara Chimney di sini. Ia di bina dengan menggunakan 23,000 biji batu bata merah dan menjadi ikon Muzium Chimney itu sendiri.

Alamat: 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm
Telefon: +60 11-3205 9081

2. Muzium Marin Labuan
Muzium ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di aras atas dan aras bawah. Di aras atas mempamerkan replika dan juga rangka hidupan laut. Yang paling menarik perhatian pengunjung di sini adalah rangka anak ikan paus serta seekor dugong yang telah diawet. Manakala di aras bawah pula terdapat beberapa akuarium yang menempatkan hidupan laut seperti ikan-ikan dan juga terumbu karang. Ada beberapa hidupan laut yang boleh dipegang oleh pengunjung seperti udang kara dan tapak sulaiman.

Alamat: 709, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia

3. Surrender Point & Peace Park
Surrender point ini berada di dalam satu taman yang kecil berdekatan dengan Timbalai di amana pengunjung boleh melihat keindahan panorama Laut China Selatan dari arah barat Pulau Labuan. Surrender point ini merupakan tempat bersejarah di mana Jepun secara rasminya menyerah kalah di Labuan dan menyerah kuasa kepada Australia. Memorial ini terletak berhampiran dengan Peace Park(Taman Damai). Berdeketan dengan Surrender Point terdapat satu lagi memorial yang di panggil Peace Park atau Taman Damai. Ia merupakan simbolik kerjasama Malaysia dan Jepun untuk memperingati mereka yang telah terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Kedua-dua memorial ini terletak berdekatan dengan Pantai Layang-layangan.

Alamat: 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam

4. Muzium Labuan
Destinasi ini sesuai untuk anda yang gemar mengambil tahu tentang sejarah kerana pelbagai jenis pameran dan artifak menarik dapat di saksikan. Selain itu, muzium ini juga turut menceritakan tentang kisah pembangunan pulau ini dan sejarah silam termasuk peristiwa peperangan. Tiada sebanrang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke muzium ini.

Alamat: Jalan Dewan, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 87-414 135

5. Taman Burung Labuan
Taman burung ini terletak berdekatan dengan Muzium Chimney dan menempatkan lebih 100 spesis burung-burung borneo/Kalimantan di dalam sangkar. Antara burung yang menjadi perhatianialah enggang, burung hantu, tiong mas, kakak tua dan banyak lagi.

Alamat: 87000 Labuan, Labuan Federal Territory, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 4.00pm

6. Pulau Papan
Jika anda gemar dengan aktiviti snorkeling, anda boleeh mengunjungi destinasi ini. Perjalanan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja. Airnya yang jernih serta keindahan pantai memang mengasyikkan.

Alamat: Labuan, Sabah, Malaysia

7. Kampung Air
Seperti di Brunei dan di Kota Kinabalu, Labuan juga mempunyai perkampungan atas air yang terletak di selatan Labuan. Rumah-rumah ini dibina dengan kayu dan secara meninggi di atas air. Tempat ini menarik untuk dilawati dan untuk mengetahui kehidupan orang tempatan di sini.

Alamat: Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

8. Ujana Kewangan
Ujana Kewangan merupakan pusat membeli belah yang terletak di Labuan Financial Park Complex. Terdapat banyak kedai bebas cukai di sini dan pelbagai barangan seperti minyak wangi, coklat, peralatan elektrik, beg dan lain-lain yang dikatakan murah di sini. Tempat ini pastu suka dituju oleh kaum wanita. Salah satu kedai coklat yang meriah yang wajib anda singgah iaitu Sky Park.

Alamat: Lot No. E008, Tingkat Bawah, Bangunan Financial Park Labuan, 87000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00pm – 10.00pm
Telefon: +60 87-419 477