Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Hotel Rosa Malacca

Hiasan moden dan kontemporari ala Inggeris membuatkan pengunjung lebih selesa untuk beristirehat dan menghabiskan masa cuti bersama insan tersayang. Bukan itu sahaja, Hotel Rosa Malacca ini juga memudahkan anda untuk ke mana-mana lokasi tumpuan ramai kerana semua kemudahan disediakan walaupun tidak datang dengan kenderaan persendirian. Kelainan yang boleh di rasai oleh anda yang menginap di sini adalah pengalaman menaiki beca. Perkhidmatan ini ada disediakan bagi yang ingin merasai suasana di sekitar bandar raya Melaka sama ada waktu siang atau malam.

Terletak di Jalan Parameswara, kira-kira satu kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade, Hotel Rosa Malacca ini antara lokasi yang strategik. Walaupun baharu sahaja beroperasi, hotel ini sangat menarik kerana hiasan dalamannya yang menampakkan ciri-ciri Eropah. Dari luar bangunan hotel ini, sudah menampakkan ciri-ciri unik dan klasik hotel yang berketinggian tujuh tingkat ini. Gabungan ini bukan sahaja daripada rekaan dan hiasan dalaman semata-mata tetapi ia turut merangkumi aspek penggunaan perabot untuk setiap bilik serta ruang-ruang tertentu di dalam hotel.



BILIK HOTEL
Dari aspek kapasiti bilik, sebanyak 60 bilik disediakan untuk empat kategori. Antaranya 37 Deluxe King, 8 Deluxe Twins, 10 Premier King dan 5 Family Suites. Setiap bilik mempunyai reka bentuk yang berbeza untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden. Untuk menjamin keselesaan, anda boleh memilih kategori bilik berdasarkan kapasiti ahli keluarga. Bagi bilik Deluxe King, katil bersaiz king dengan ruang yang luas dan sesuai untuk individu yang ingin menikmati masa bercuti tanpa sebarang gangguan. Manakala untuk Deluxe Twins disediakan dua katil super single. Bilik Premier King juga menawarkan keselesaan kerana katilnya ditempah khas selain kemudahan mewah yang tersedia. Sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Malah ia turut mempunyai ruang bilik air besar dan sofa yang selesa. Malah untuk bilik Family Suite, sesuai untuk yang datang dalam bilangan yang ramai kerana tersedia kemudahan seperti sofa, bar mini, bilik mandi bersaiz besar serta kemudahan asas yang lain.


MAKANAN DAN MINUMAN
Menariknya juga di hotel ini, kafe yang berkonsepkan hipster dengan ruang yang terbuka dan tertutup memudahkan anda untuk memilihnya. Bagi yang sukakan ruang terbuka boleh memilih Bica & Co Courtyard. Kafe terbuka dengan ciri Eropah ini diperincikan dengan meja marmar, kerusi yang lebih selesa yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa. Ruang ini lebih sesuai untuk acara perjumpaan sambil menikmati pelbagai menu barat. Di Bica & co Cafe pula, ruang ini lebih eksklusif bagi yang ingin mengadakan mesyuarat sambil menikmati hidangan makan tengah hari atau malam. Dengan suasana tenang serta rekaannya yang kontemporari, ia jelas memberi satu pengalaman baharu bagi anda yang datang bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Ruang kafe ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu-satu masa.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Selain bilik yang selesa, kemudahan lain turut disediakan seperti televisyen dengan 20 saluran percuma, penghawa dingin, Wi-Fi, pengering rambut, perkhidmatan dobi dan cucian kering, akses percuma ke gimnasium dan pelbagai lagi.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini. Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.


The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang memukau ini. Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Saya admit cuak sikit la bila berdiri kat situ. Anda bebas mengambil selfie, wefie, theyfie dan apa-apa yang seangkatan dengannya ketika berada di sini. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana sudah ada kamera yang disediakan.


Rumah Terbalik
Jom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya.


Jonker Walk
Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat souvenir tu, memang melambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.


Laman Web: rosa.com.my
Alamat: 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia
Telefon: 06-281 9888
Email: info@rosa.com.my
Facebook: Rosa Malacca