Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Mahkota Hotel, Melaka

Dibina dengan keluasan 9.6 ekar, hotel gaya bandar-resort ini terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka. Tempat yang strategik kerana hampir dengan pelbagai pusat beli-belah dan tempat melancong lain. Ia juga adalah tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan juga boleh dijadikan tempat mudah untuk mengadakan mesyuarat dan seminar.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Terdapat pelbagai jenis penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di hotel ini. Antaranya ialah deluxe room, premier room, junior suite, family suite dan apartment rooms. Setiap jenis penginapan di hotel ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Terdapat pelbagai jenis restoran di dalam hotel ini. Antaranya ialah Cafe Mahkota, Pizza Terrace dan juga Bay Lounge. Makanan-makanan yang lazat juga turut disediakan di setiap restoran ini. Di Cafe Mahkota menggunakan konsep buffet dan ala carte. Manakala di Pizza Terrace pula anda berpeluang merasai hidangan pizza resepi ala Itali.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di hotel ini. Laundri, bilik seterika dan mini mart juga disediakan. Hotel disini menyediakan banyak servis seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, karaoke, gimnasium, surau dan tempat letak kereta tertutup. Dan hotel ini turut menyediakan ruang-ruang untuk mesyuarat, majlis-majlis tertentu dan juga majlis perkahwinan.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


AKTIVITI YANG MENARIK
Untuk melakukan aktiviti yang menarik di hotel ini bersama keluarga anda, bolehlah bermandi-manda di kolam renang hotel ini. Kolam renang hotel ini seakan taman tema air tetapi lebih kecil kerana terdapat dua gelongsor dia kolam renang kanak-kanak. Anda juga boleh melakukan aktiviti cergas seperti bermain tennis dan gimnasium di hotel ini.

Teluk Batik
Banana Boat



TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN
1. Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini.

Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.

Teluk Batik
Banana Boat



2. Muzium Kapal Selam
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium.

Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit. Lokasi di Dataran 1 Malaysia Klebang.

Teluk Batik
Banana Boat



3. The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang memukau ini.

Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Anda bebas mengambil selfie, wefie, theyfie dan apa-apa yang seangkatan dengannya ketika berada di sini. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana sudah ada kamera yang disediakan. Apa-apa pun, ia adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi waktu malam.

Teluk Batik
Banana Boat



4. Kota A’Famosa
Kota A Famosa adalah sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Alfonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.

Di samping mempelajari tentang sejarah negeri Melaka, kota A Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi negeri Melaka.

Teluk Batik
Banana Boat



5. Jonker Walk
Jangan lupa pada rakan-rakan yang dah kirim itu-ini masa anda beritahu mereka yang anda akan bercuti di Melaka! Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat cenderahati itu, memang melambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.

Teluk Batik
Banana Boat



6. Menara Taming Sari
Jom menaiki Menara Taming Sari! Menara berketinggian 80m ini menawarkan pemandangan indah sekitar bandar Melaka. Dari atas, anda akan dapat melihat sehingga ke selat Melaka. Selain itu, anda juga boleh bermain Mini Rider 3D & Italian Bumper Car di sini.

Teluk Batik
Banana Boat



7. Taman Buaya
Taman Buaya Melaka yang mula dibuka pada tahun 1987 ini telah menjadi rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator, Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman – tapi buaya darat tidak tersenarai di sini. Buaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai keadaan habitat asalnya. Selain itu, terdapat juga tarikan-tarikan lain di sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan Mammal House.

Jika anda ingin menyaksikan pertunjukan buaya, ia hanya diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang.

Teluk Batik
Banana Boat



8. Freeport A’Famosa Outlet
Bermula tahun 2016, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) telah dibuka untuk pelancong membeli-belah. Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlet yang terlebih dahulu dibuka. Terdapat pelbagai jenama menarik untuk dipilih, seperti Sacoor, G2000, Nike, Puma, Under Armour, Kickers, Focus Point, Melinda Looi dan banyak lagi! Harga-harga yang ditawarkan pun sememangnya berbaloi-baloi. Jadi, jika anda mencari tempat menarik di Melaka untuk shopping sakan, di sini lah tempatnya!

Teluk Batik
Banana Boat



Laman Web: www.mahkotahotel.com.my
Alamat: No. 16, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka
Email: reservation@mahkotahotel.com.my
Telefon: (606)-2812828
Fax: (606)-2812323
Facebook: Mahkota Hotel Melaka
Instagram: mahkotahotelmelaka
Google Plus: Mahkota Hotel Melaka