Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Mudzaffar Hotel Melaka

Di bandar bersejarah ini, dengan keselesaan tanpa henti dan keramahan unik yang disediakan oleh hotel ini, anda boleh mengalami Melaka sebenar dalam persekitaran yang pernah dikongsi oleh Sultan Sultan Zaman Keemasan Melaka. Selaras dengan nama Sultan Mudzaffar Shah, Sultan Melaka dikreditkan untuk membawa empayar Melaka ke Zaman Emasnya, The Mudzaffar Hotel menawarkan tetamu pengalaman luar biasa di tempat yang diwujudkan dengan menggabungkan seni bina dan struktur yang luar biasa, hiasan dan kesenian yang ekspresif dan ciri-ciri megah semua di bawah satu bumbung. Perkhidmatan terbaik ini akan menjadi satu pengalaman luar biasa yang tak akan anda lupakan.



PENGINAPAN
Mudzaffar Hotel mempunyai bilik-bilik yang unik di tengah-tengah warna dan hiasan rumit dari pengabadian yang melampau. Digambarkan sebagai kontemporari dan selesa dengan penggunaan budaya Melaka, konsep ini membawa keindahan istana-istana yang diperbuat daripada kayu milik sultan-sultan Melaka pada zaman dahulu. Setiap bilik disediakan kemudahan penghawa dingin bagi keselesaan tetamu yang menginap.


MAKAN & MINUM
Restoran hotel amat mengalu-alukan suasana yang menarik dan selesa untuk anda menikmati hidangan yang lazat yang disediakan oleh para chef yang akan sentiasa mengejutkan anda dengan hidangan kreatif dan masakan berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan anda, sarapan pagi akan disediakan untuk tetamu yang menginap di hotel ini. Malah terdapat juga bar dan lounge disediakan untuk anda menikmati makanan ringan serta bersantai sambil minum kopi.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Mulakan hari anda dengan berasa segar atau mengakhiri hari anda dengan berenang di kolam renang atau bersukan di pusat kesihatan dan kecergasan kami yang terletak di tingkat satu. Selain itu, terdapat juga kemudahan mendobi didalam hotel. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari kedai dobi diluar hanya untuk mencuci baju. Bilik-bilik disini dibersihkan setiap hari bagi keselesaan tetamu. Kemudahan parking dan Wifi percuma juga disediakan. Terdapat juga ruang mesyuarat yang sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat.


TEMPAT MENARIK BERDEKATAN

Freeport A’famosa Outlet Village
Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor premium Outlet. Ramai tidak tahu yang terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang membuka tapak di sini seperti NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers.


The Orang Utan House
The Orang Utan House yang dibuka pada tahun 1992 adalah sebuah studio peribadi pelukis tempatan bernama Charles Cham. Beliau telah berjaya mempamerkan karya lukisanya di pentas antarabangsa di Negara seperti, Portugal, Switzerland, Singapore,Australia dan Hong Kong. Lukisan Orang Utan yang terpapar besar ditepi bangunan ini seolah-olah menjemput anda masuk untuk melihat karya hasil tuannya.


The Shore Oceanarium
The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.


Muzium Cheng Ho
Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal. Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan music traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.


Melaka Skytrex
Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam. Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.


Laman Web: www.mudzaffarhotel.com.my
Alamat: Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, MITC, Ayer Keroh 75450, Melaka
Telefon: +606 234 7733
Email: room-reservation@mudzaffarhotel.com
Facebook: Mudzaffar Hotel MITC