Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Ramada Plaza Melaka

Terletak di tengah-tengah Bandaraya Bersejarah Melaka, Ramada Plaza Melaka terletak hanya beberapa minit dari tapak-tapak Warisan Dunia UNESCO, menggabungkan pesona dunia lama dengan kemewahan moden dan perkhidmatan yang unggul untuk tetamu perniagaan dan percutian. Terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan pusat membeli-belah di Melaka menjadikan hotel ini satu penginapan yang sempurna buat anda.



PENGINAPAN
Bilik-bilik di Ramada Plaza Melaka menawarkan perabot kayu klasik dan warna neutral yang menyenangkan. Ia dilengkapi dengan bar mini dan pembuat teh / kopi. Peti deposit keselamatan dan kemudahan menyeterika juga disediakan. Internet berkelajuan tinggi disediakan dengan bayaran tambahan. Bilik-bilik mandi en suite dilengkapi dengan selipar dan peralatan mandian percuma.


RESTORAN
Pilihan tempat makan termasuk Long Feng Chinese Restaurant dan Olio Italian Restaurant. Restoran Zest yang memenangi anugerah mempunyai dapur terbuka yang menyajikan masakan antarabangsa. Untuk bersantai, para tetamu boleh menuju ke Famosa Lounge.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Ramada Plaza Melaka mempunyai pusat kecergasan, kolam renang luaran dan gelanggang skuasy. Rawatan kecantikan boleh dinikmati di salon kecantikan hotel. Kakitangan boleh membantu tetamu dengan keperluan perniagaan dan perjalanan. Kakitangan yang mesra fasih berbahasa Inggeris, Cina dan Melayu.


MAJLIS & SAMBUTAN
Dari persidangan persendirian hingga ke acara team building luaran dan juga parti koktel, pasukan berdedikasi disini bersedia memberikan pengalaman acara yang tidak dapat dilupakan. Jadikan hari perkahwinan anda satu kenangan yang sukar dilupakan. Ramada Plaza Melaka bersedia untuk memberikan perhatian peribadi dan perkhidmatan yang unggul dari pasukan Catering dan Acara mereka untuk merancang menu lazat bagi majlis anda.


TARIKAN SEKITAR

The Stadthuys
The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.


Jonker Street
Jonker Street yang kini dikenali sebagai Jalan Hang Jebat adalah jalan yang paling bergaya dan paling sibuk pada waktu malam dengan bar penuh, vendor tempatan, gerai-gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan yang lazat, dan banyak lagi.


Freeport A’famosa Outlet Village
Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor premium Outlet. Ramai tidak tahu yang terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang membuka tapak di sini seperti NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers.


Muzium Cheng Ho
Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal. Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan muzik traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.


The Shore Oceanarium
The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronok sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.


Laman Web: www.ramadaplazamelaka.com
Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia
Telefon: +6 06 284 8888
Fax: +6 06 284 9269
Email: reservations@ramadaplazamelaka.com
Facebook: Ramada Plaza Melaka