Please enable your JavaScript in order to browse the website.

The Baba House, Melaka

Terletak hanya 15 minit dari Bandaraya Melaka dan bertempat di sebuah bangunan warisan yang mempamerkan kebudayaan peranakan tradisional, The Baba House berada di tempat yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai tempat tarikan di Bandaraya Melaka. Hotel ini menekankan budaya peranakan Baba Nyonya yang cukup unik dengan mengekalkan ciri-ciri tradisional Baba Nyonya melalui reka bentuk perabot, pintu serta hiasan dalaman yang lain. Jika anda masuk ke dalam bangunan ini, anda dapat melihat keunikan warisan Baba Nyonya yang cukup menarik. Ini dapat untuk membezakan penginapan ini dengan hotel-hotel yang lain. Jadi, apa kata anda menginap di sini untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam rumah peranakan Baba Nyonya ini.

Jenis Penginapan
Terdapat 3 jenis bilik Tradisional, Heritage dan Modern Heritage. Bilik Tradisional mengenengahkan gaya tradisional Baba Nyonya dengan reka bentuk dan suasana bilik yang klasik. Manakala reka bentuk bilik Heritage berkonsepkan moden, namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri warisan Baba Nyonya. Reka bentuk moden dan bergaya adalah konsep yang digunakan untuk bilik jenis moden heritage dan jenis bilik ini sesuai untuk yang berpasangan. Semua bilik dilengkapi dengan penyaman udara, telefon, TV, pembuat kopi dan teh, pengering rambut akan disediakan atas permintaan.

Ruang Majlis
Sekiranya anda mahu menganjurkan mesyuarat dan seminar, di sini mereka ada menyediakan ruang yang luas untuk anda. Anda boleh memilih jenis penyusunan meja mengikut kapasiti samada meja bulat, bilik darjah, teater atau board. Setiap jenis boleh memuatkan kapasiti yang berbeza. Selain itu, terdapat juga pakej-pakej untuk anda yang ingin menganjurkan mesyuarat dan seminar dengan harga yang bersesuaian. Sekiranya anda menggunakan ruang tersebut, anda akan dibekalkan dengan kemudahan lain seperti papan putih, wifi dan pelbagai lagi.

Restoran dan Kafe
Sudah nama tempat pun The Baba House, jadi makanan yang dihidangkan di sini pastilah makanan tradisional Baba Nyonya. Baba Cafe disini menyajikan pelbagai macam makanan tradisional Peranakan yang digemari. Masakan Baba Nyonya terbentuk daripada pengaruh Melayu yang unik masakan telah dibangunkan dengan menggunakan rempah Melayu biasa. Contohnya adalah ayam kapitan, kari ayam kering dan inchi kabin iaitu ayam goreng versi Nyonya. Bagi kuih muih pula terdapat kuih bulan putih bulat dari tangerang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati masakan Baba Nyonya yang unik ini. Jika anda mahukan makanan lain, jangan khuatir kerana terdapat pelbagai kedai makan yang berdekatan hotel.

Kemudahan yang disediakan
Kepada anda yang ingin menjelajah sekitar bandaraya Melaka tetapi tidak mahu redah kesesakan anda boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak hotel. Selain itu, terdapat sebuah halaman yang disediakan untuk tetamu bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati teh yang menyegarkan. Seterusnya, hotel ini menawarkan perkhidmatan dobi dan cuci kering untuk kemudahan anda. Jika anda mahu manjakan diri ketika menginap di sini anda boleh menggunakan perkhidmatan mengurut di spa. Bagi yang bawa banyak barang jangan risau jika anda perlu naik tangga, kerana hotel ini ada menyediakan lif untuk memudahkan anda. Selain itu, disini juga terdapat Heritage Room yang menjual produk buatan tangan tempatan seperti pakaian, pakaian, beg tangan dan beberapa aksesori.

Tarikan Setempat
Hotel ini berada sekitar 1 km dari tanda tempat bersejarah Bukit St Paul dan A’Famosa. Bukit St Paul juga dikenali sebagai Bukit Melaka dimana ianya merupakan lokasi Istana Sultan Melaka sebelum serangan Portugis di 1511. Selepas serangan Portugis, bukit ini diranapkan bagi membina kubu A’Famosa dimana ia merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Anda juga boleh lawati Jonker Street, sebuah syurga yang untuk pengumpulan barang antik dan barang murah. Dikenali di seluruh dunia di kalangan pengumpul antik terkenal sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk memburu dan tawar-menawar untuk barangan antik.

Selain itu, jika anda ingin menikmati suasana pantai ala-ala mesir boleh lah pergi ke Pantai Klebang. Pantai ini merupakan tumpuan pelancong mahupun penduduk di sekitar sini. Anda boleh juga bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki bot dan menikmati pemandangan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja & juga kawasan perkampungan. Anda boleh menaiki River Cruise ini di jeti Muara. Dari jeti Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan anda akan berpatah balik ke jeti Muara.

Laman Web: www.thebabahouse.com.my
Alamat: 121-127 – Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka, Malaysia
Telefon: +606 281 1216 / +606 281 2168
Email: reservation@thebabahouse.com.my
Facebook: The Baba House, Melaka
Trip Advisor: The Baba House, Melaka