Please enable your JavaScript in order to browse the website.

The Shore Hotel & Residences

Terletak betul-betul di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka, The Shore Hotel & Residences adalah tempat yang sesuai untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka. Hotel 4-bintang ini menyediakan bilik-bilik yang luas dan penginapan deluxe untuk penginapan yang lebih mesra dan selesa. Setiap ruang dilengkapi dengan akses Internet Wi-Fi, televisyen satelit dan bar mini. Kemudahan dek di tingkat 9 menyediakan ciri-ciri yang sangat baik seperti kolam renang untuk kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa dan gimnasium.



PENGINAPAN
Setiap bilik di hotel ini adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan TV dengan saluran kabel. Beberapa bilik mempunyai ruang tempat duduk untuk berehat selepas hari yang sibuk. Menikmati secawan teh sambil melihat keluar di sungai atau bandar. Bilik-bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Kemudahan tambahan termasuk kelengkapan peribadi percuma dan pengering rambut. The Shore Hotel & Residences menawarkan WiFi percuma dalam beberapa jenis penginapan.


RESTORAN
Terdapat sebuah restoran didalam hotel ini yang boleh anda pergi untuk mengisi perut yang lapar sambil menikmati pemandangan bandaraya melaka yang indah. Selain itu, anda juga boleh ke restoran diluar hotel yang berdekatan.


KEMUDAHAN
The Shore Hotel & Residences telah menggabungkan landskap tropika yang luas untuk mewujudkan persekitaran yang menjemput kegembiraan dan kesenangan. Kolam percutian yang berbeza boleh diakses oleh tetamu yang mencari keseronokan ringan, seperti, kolam kanak-kanak, kolam renang dewasa dan kolam jakuzi. Menghadap tempat kejadian tenang ini adalah gimnasium, sauna, dan court Omni di mana para tetamu boleh mendapatkan dos harian kecergasan mereka dan kehidupan yang sihat.


AKTIVITI
Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai lagi laman sosial lain yang gemar mengambil gambar yang cantik untuk dikongsi di laman sosial, hotel ini terdapat Sky Lounge yang boleh diakses supaya anda boleh menikmati pemandangan indah Selat Melaka semasa matahari terbenam dan mengambil gambar kenang-kenangan untuk di kongsi dilaman sosial. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk berkongsi gambar indah semasa bercuti bersama rakan-rakan bukan.


TEMPAT MENARIK SEKITAR
Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini. Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.


Rumah Terbalik
Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya. Oh ya, staf di sini juga sangat peramah dan tak kisah untuk tolong ambil gambar.


Masjid Kampung Hulu
Masjid Kampung Hulu adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka kerana ia masjid tertua di Malaysia. Masjid yang dibina dalam lingkungan tahun 1720 ke 1728 ini telah dibaikpulih untuk memulihara senibinanya yang asal. Kepada mereka yang mahir tentang architecture, anda boleh perhatikan senibina masjid ini yang unik, kerana bak kata brader-brader urban, ada “mash-up” di antara elemen Sumatera, Cina, Hindu & juga Melayu Melaka.


Baba & Nyonya Heritage Museum
Kenali warisan peranakan Baba & Nyonya sejak lewat abad ke-19 sehingga ke awal abad ke-20 dengan lebih dekat di muzium ini. Ianya adalah sebuah bangunan gabungan 3 lot teres milik keluarga Chan pada tahun 1861. Rumah ini telah pun didiami 4 generasi sebelum dijadikan sebagai muzium pada tahun 1985. Di dalam rumah ini, anda akan dapat melihat pelbagai barangan dan design rumah yang mencerminkan budaya Baba Nyonya di Melaka.


Jonker Walk
Jangan lupa pada member-member yang dah kirim itu-ini masa anda beritahu mereka yang anda akan bercuti di Melaka! Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat souvenir tu, memang berlambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.


Laman Web: www.theshorehotelmelaka.com
Alamat: Level GF-27, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bungai Raya, 75100 Melaka, Malaysia
Telefon: +606 2828 200
Fax: +606 766 6000
Email: theshore.reservation@kerjayaprospek.com
Facebook: The Shore Hotel & Residences