Please enable your JavaScript in order to browse the website.

The Sterling Boutique Hotel Melaka

Terletak ditempat strategik di dalam zon warisan dan hanya hanya 5 minit berjalan kaki dari The Stadhuys dan Jonker Street, dua tarikan yang paling utama pelancong di Melaka. The Sterling menawarkan 37 bilik mewah direka dengan elegan dan lengkap. Anda perlu mencuba beberapa bilik serba lengkap dengan jakuzi yang pasti akan membuat penginapan anda berbaloi.



PENGINAPAN
Elegan dan direka dengan baik, bilik-bilik yang luas dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin-rata dan bar mini yang lengkap. Beberapa bilik mempunyai tab mandi spa atau tab mandi panas. Bilik mandi peribadi dilengkapi pancuran mandian air panas kuasa solar. Semua bilik adalah saling berkaitan.


RESTORAN
Direka dengan baik, restoran kontemporari yang menampilkan masakan tempatan dan antarabangsa daripada masakan asia hingga ke masakan barat disediakan oleh chef yang berpengalaman. Lihat apa menu berkala yang ditawarkan. Ia mungkin tepat memenuhi kehendak anda. Lebih menarik lagi restoran ini terletak diatas bumbung hotel. Jadi anda boleh makan sambil melihat pemandangan indah sekitar hotel.


KEMUDAHAN & SERVIS
Untuk sebarang pertanyaan, kakitangan mesra dan profesional meja depan bersedia untuk membantu. Hotel ini menyediakan Wifi percuma, tempat letak kereta percuma, pusat perniagaan, penjaga pintu, kemudahan yang terpilih, dan barangan penjagaan bayi. Pihak hotel juga ada menyediakan perkhidmatan khas untuk anda yang ingin memberi kejutan kepada pasangan anda sempena hari jadi mahupun ulangtahun perkahwinan. Bilik2 ini akan dihias indah dengan belon ataupun bunga-bunga yang cantik.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

The Stadthuys
The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka .Ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.


Jonker Street
Jonker Street yang kini dikenali sebagai Jalan Hang Jebat adalah jalan yang paling bergaya dan paling sibuk pada waktu malam dengan bar penuh, vendor tempatan, gerai-gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan yang lazat, dan banyak lagi.


Baba & Nyonya Heritage Museum
Kenali warisan peranakan Baba & Nyonya sejak lewat abad ke-19 sehingga ke awal abad ke-20 dengan lebih dekat di muzium ini. Ianya adalah sebuah bangunan gabungan 3 lot teres milik keluarga Chan pada tahun 1861. Rumah ini telah pun didiami 4 generasi sebelum dijadikan sebagai muzium pada tahun 1985. Di dalam rumah ini, anda akan dapat melihat pelbagai barangan dan design rumah yang mencerminkan budaya Baba Nyonya di Melaka.


Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini. Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.


Muzium Kapal Selam
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium. Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit.


Laman Web: thesterling.com.my
Alamat: 232, Jalan Temenggong, Kampung Bukit China, 75100 Melaka, Malaysia
Telefon: +606 283 1188
Email: reservations@thesterling.my
Facebook: The Sterling Boutique Hotel Melaka