Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan

Resort ini ialah resort yang megah bersama rekaan tropikal bercirikan Bali yang elegan dan selesa. Setiap bilik penginapan di sini terdapat balkoni dan tab mandi. Resort ini terletak di sepanjang hamparan Pantai Port Dickson dan resort ini juga hanya 2KM dari bandar Lukut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke resort ini hanya mengambil masa beberapa jam kerana jaraknya hanya 100KM sahaja.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Terdapat pelbagai jenis bilik bagi mereka yang ingin bermalam di resort ini. Antaranya, premium tower seaview, deluxe water chalet, exclusive water chalet, premium water chalet. Bilik-bilik disini mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bagus. Setiap jenis penginapan di resort ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza. Setiap jenis bilik disediakan balkoni dan juga kolam privasi.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Untuk menikmati makanan yang lazat, disini menyajikan makanan yang tidak akan sesekali mengecewakan anda kerana disini menawarkan makanan-makanan tempatan dan juga makanan barat. Terdapat 2 jenis restoran di resort ini antaranya ialah Coffee House yang menawarkan hidangan ala kasual dan lazat. Selain itu, Poolside BBQ pula ialah restoran yang terletak di tepi kolam untuk memberikan lagi pemandangan yang cantik sambil menikmati makanan bbq di situ.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di resort ini. Di setiap bilik menyediakan TV LCD, penghawa dingin, akses internet dan Wi-Fi, pengering rambut dan banyak lagi. Layanan yang diberikan oleh pekerja disini juga amat memuaskan.

Kolam renang disini adalah tarikan utama bagi mereka yang bercuti di resort ini. Anda boleh bermandi-manda bersama keluarga mahupun teman anda. Tidak lupa juga tempat ini menyediakan ruang untuk mesyuarat dan juga majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan juga majlis hari keluarga. Terdapat pelbagai permainan yang disediakan disini sperti, bola tampar pantai, inflattable maze dan banyak lagi.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN

1. MUZIUM TENTERA
Memang satu tarikan yang istimewa untuk mereka yang suka dengan sejarah ataupun cerita peperangan. Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera seperti keretapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain. Disini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan.

Sekiranya anda mengikuti susunan bangunan ini daripada mula sampai lah ke akhir, sebenarnya kita seolah-olah mempelajari sejarah tersusun berkenaan Tanah Melayu sejak dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah hari kemerdekaan 1957.

Salah satu lagi yang menjadi tarikan di muzium ini ialah berkenaan dengan terowong yang menceritakan bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu tinggal di dalamnya. Disinilah kalau nak belajar dengan lebih dekat sejarah Chin Peng dan kuncu-kuncunya yang tidak dijemput dahulu.

Teluk Batik
Banana Boat



2. ALIVE 3D ART GALLERY
Tarikan baru di Port Dickson iaitu Galeri Seni 3D. Sebenarnya ia terletak di Lukut dan jarak dari PD bukannya jauh sangat pun.

Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik berkonsepkan 3D art. Parking kereta disini pun banyak kerana banyak rumah kedai sekelilingnya masih kosong.

Membawa keluarga dan anak-anak melawat Galeri 3D di PD ini memang menyeronokkan. Disini juga ada cafe dan tandas juga tersedia di aras bawah bangunan.

Teluk Batik
Banana Boat



3. PANTAI BLUE LAGOON
Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson. Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.

Teluk Batik
Banana Boat



4. KOTA & MUZIUM LUKUT
Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847. Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.

Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau. Bagus jika anda berminat untuk belajar sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan sistem ekonomi yang dilaksanakan di kota lukut pada zaman itu.

Teluk Batik
Banana Boat



5. RUMAH TERBALIK PORT DICKSON
Mungkin anda sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula membuat anda rasa bagaimana kalau hidup didalam dunia terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suata pengalaman bergambar yang berbeza. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

Teluk Batik
Banana Boat



6. PANTAI TELUK KEMANG
Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan paling popular di Port Dickson. Banyak penginapan popular seperti resort, hotel dan apartment tersusun sepanjang pantai ini, menjadikanya sasaran pelancong yang mencari penginapan semasa berada di di sini. Kepada penggemar sukan air, Pantai Teluk Kemang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jet Ski, Banana Boat dan macam-macam lagi.

Teluk Batik
Banana Boat


Laman Web: www.lexispd.com
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: (06) 653 2000
Fax: (06) 651 5330
Emel: reservations@lexispd.com
Facebook: Lexis Port Dickson