Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Menarik di Port Dickson

1. PD Waterfront City
PD Waterfront City ialah bandar pembangunan menghadapi Pulang Arang dengan waterchalets, tempat tinggal, ruang komersil dan runcit, dan aktiviti yang menyeronokkan. Di sini, pelancong akan dapat menikmati diri mereka dengan makanan, penginapan dan hiburan semua di satu tempat.

Alamat: 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Hours: Open today · 9AM–6PM
Phone: +60 6-647 2808
Telefon: +60 6-647 2808

2. Muzium Tentera
Memang satu tarikan yang istimewa untuk mereka yang suka dengan sejarah ataupun cerita peperangan. Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera seperti keretapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain. Disini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan.

Sekiranya anda mengikuti susunan bangunan ini daripada mula sampai lah ke akhir, sebenarnya kita seolah-olah mempelajari sejarah tersusun berkenaan Tanah Melayu sejak dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah hari kemerdekaan 1957.

Salah satu lagi yang menjadi tarikan di muzium ini ialah berkenaan dengan terowong yang menceritakan bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu tinggal di dalamnya. Disinilah kalau nak belajar dengan lebih dekat sejarah Chin Peng dan kuncu-kuncunya yang tidak dijemput dahulu.

Alamat: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 5.00pm (Isnin & Selasa tutup)
Telefon: +60 6-647 1266

3. Alive 3D Art Gallery
Tarikan baru di Port Dickson iaitu Galeri Seni 3D. Sebenarnya ia terletak di Lukut dan jarak dari PD bukannya jauh sangat pun.

Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik berkonsepkan 3D art. Parking kereta disini pun banyak kerana banyak rumah kedai sekelilingnya masih kosong.

Membawa keluarga dan anak-anak melawat Galeri 3D di PD ini memang menyeronokkan. Disini juga ada cafe dan tandas juga tersedia di aras bawah bangunan.

Alamat: NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm
Telefon: +60 6-651 5400

4. Pantai Blue Lagoon
Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak didalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson. Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Disamping itu ia terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong sering dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Pada waktu malam pula boleh kelihatan lampu suluhan rumah api Cape Rachado merentas air laut di hadapan anda.

Alamat: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, 71050, Si Rusa, Negeri Sembilan, 71050, Malaysia
Telefon: +60 6-672 2726

5. Kota & Muzium Lukut
Salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat pada tahun 1847. Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.

Terdapat 4 galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau. Bagus jika anda berminat untuk belajar sedikit tentang sejarah pentadbiran, pertahanan dan sistem ekonomi yang dilaksanakan di kota lukut pada zaman itu.

Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 6-651 2954

6. Rumah Terbalik Port Dickson
Mungkin anda sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula membuat anda rasa bagaimana kalau hidup didalam dunia terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suata pengalaman bergambar yang berbeza. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.

Alamat: 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 10AM–9PM
Telefon: +60 16-336 8751

7. Pantai Teluk Kemang
Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan paling popular di Port Dickson. Banyak penginapan popular seperti resort, hotel dan apartment tersusun sepanjang pantai ini, menjadikanya sasaran pelancong yang mencari penginapan semasa berada di di sini. Kepada penggemar sukan air, Pantai Teluk Kemang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Jet Ski, Banana Boat dan macam-macam lagi.

Alamat: 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: +60 17-337 7813

8. Ostrich Showfarm
Dengan lebih 90 burung unta di ladang, pengunjung boleh didedahkan kepada teknik peralatan yang pakar digunakan dalam industri burung unta. Aktiviti-aktiviti seperti menaiki burung unta, burung unta telur loncatan, haiwan hastakarya dan lain-lain adalah sesuai untuk keluarga dengan anak-anak.

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 6.00pm
Phone: +60 18-207 8682