Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Danau Daun Chalet, Janda Baik, Pahang

Danau Daun Chalets terletak di Kampung Janda Baik, Pahang. Perjalanan dari KL ke Janda Baik cuma ambil masa lebih kurang 45 minit. Arah ke Genting Highlands, sehingga anda menemui papan tanda – Genting Sempah di sebelah kiri bagi sesiapa yang bertolak dari KL atau selatan.

Tenangkan jiwa dan minda anda semasa bercuti di Janda Baik dan nikmati udara nyaman, cuaca sejuk dan kehijaun alam semula jadi. Suhu waktu siang di sini “just” ideal. Kadang-kala suhu boleh turun sehingga 22’ pada waktu malam.

penginapan1

 

PENGINAPAN
#Sesuai untuk “gatherings” bagi keluarga & rakan-rakan
Terdapat 6 chalets dengan keunikan yang tersendiri: Hillside Cottage, Teratak Air, Danau Daun I, Danau Daun II, Danau Daun III dan Danau Daun Cottage. Reka bentuk setiap chalet memaparkan rekaan Bali di samping strukturnya yang “close to nature”. Umpama duduk dalam chalet tetapi berdepan dengan keindahan semula jadi. Anda dapat menerokai alam semula jadi semasa berbaring atas katil.

Bagi sesiapa yang syiok dengan “private pool”, tentunya Hillside Cottage, Teratak Air dan Danau Daun III pilihan utama anda. Kalau anda kaki pancing, jangan lepaskan chalet Teratak Air!

Bentuk comel Danau Daun Cottage & Danau Daun Annex yang serupa banguan kerdil pastinya mengikat hati anda.

penginapan1

 

RESTORAN
Kopi n Kraf kafe dibuka setiap hari kecuali Selasa dari 8am hingga 7pm. Terbuka untuk penyewa chalets mahupun pengunjung luar. Menu di sini terdiri daripada hidangan Asia Tenggara, seperti Bakso dari Indonesia, Ayam Kuzi dari Kelantan dll.

 

KEMUDAHAN
Kemudahan hotel/resort asas tersedia ada. Bersedia dengan makanan mentah sebelum bertolak ke chalet. Jangan risau dengan peralatan sebab setiap chalet menyambut kedatangan anda dengan microwave, cerek elektrik, peti sejuk, TV rata (Astro) serta BBQ pit. Anda boleh “enjoy” hasil buatan sendiri bersama dengan ahli sekeluarga atau rakan-rakan

 

AKTIVITI YANG BERDEKATAN
*Berbasikal di kampung

*Tradisional archery

*Naik ATV

*Mini zoo

*Trekking hutan ke air terjun

*Mendaki gunung

*Nature walk/night walk

*Memancing

 

RESTORAN BERDEKATAN YANG DISYORKAN

  • Purple Cane
    Contact: 09-233 0349
    Website / Facebook page: Link
    Please click here for location from Danau Daun Chalets
  • Nusantara Daun
    Contact: 012-627 3583
    Please click here for location from Danau Daun Chalets
  • Nero Bianco Deli
    Contact: 017-881 3450
    Website / Facebook page: Link
    Please click here for location from Danau Daun Chalets
  • Pintô Coffee
    Contact: 019-390 7875
    Website / Facebook page: Link
    Please click here for location from Danau Daun Chalets

 

By Giolee
Facebook:Giolee Mia
Instagram:gioleemia

Web URL: www.danaudaunchalets.com

Add: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Malaysia.

Hotline: +60 16-329 0124

Email: [email protected]