Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Endau Beach Resort, Pahang

Endau Beach Resort terletak di Pasir Lanun, Kampung Penyabong, 20 minit memandu dari pekan Endau atau kira-kira 30 minit dari Mersing. Endau Beach Resort adalah tempat yang sesuai untuk berehat dan menikmati alam semula jadi. Menariknya lagi, resort ini berkonsepkan ala-ala eropah di mana chaletnya di bina menggunakan batu bata membuatkan suasananya mempunyai elemen barat dan timur.



CHALET
Di Endau Beach Resort menyediakan 6 jenis chalet kepada pengunjung yang menginap di sini. Terdapat chalet Garden dan Garden Plus di mana chalet ini berhadapan dengan taman dan juga kolam renang. Manakala bagi jenis chalet Pulau dan Pulau Plus, ianya berada di bahagian hadapan chalet. Untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan yang menarik anda boleh memilih untuk meginap di chalet Hillview yang menghadap bukit ataupun chalet Seaview yang menghadap laut. Chalet-chalet ini dlengkapi dengan penyaman udara, televisyen, peti sejuk mini, kemudahan membuat teh dan kopi dan pancuran air panas. Tambahan pula setiap bilik dihias dengan ekorasi yang berbeza.


MAKANAN DAN MINUMAN
Setiap pembelian penyewaan chalet akan disertakan dengan sarapan pagi sahaja. Jadi, jika anda mahu menjamu selera selepas sarapan pagi, jangan risau kerana terdapat banyak kedai makan yang berdekatan dengan resort. Namun, jika anda bercuti dengan jumlah 20 orang ke atas anda boleh meempah khidmat catering resort dengan pakej yang di tawarkan. Jika anda mahu berBBQ, di sini ada menyediakan peralatan BBQ untuk anda.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Jika anda mahu bermandi-manda di sini terdapat du pilihan tempat mandi. Anda boleh mandi di kolam renang yang disediakan oleh reort atau mandi di tepi pantai. Jika takut kebosanan, jangan risau kerana di sini terdapat internet Wi-Fi untuk anda melayari internet sambil bersantai. Bagi yang membawa kenderaan, Endau Beach Resort ada menyediakan kemudahan tempat letak kereta untuk anda.


MESYUARAT DAN SEMINAR
Jika anda mahu mengadakan mesyuarat atau seminar, di sini ada menyediakan ruang yang sesuai untuk anda mengadakan mesyuarat dan seminar. Menariknya lagi, pihak resort ada menyediakan beberapa pakej yang bersesuaian dengan majlis anda dan ianya termasuk chalet dan makanan.


AKTIVITI
Jika anda tidak mahu hanya tinggal di bilik sahaja, anda boleh cuba beberapa aktivti menarik di sini. Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking, bola tampar pantai, menaiki basikal atau pun berkayak. Setiap aktiviti disertakan dengan harga yang berpatutan oleh pihak resort. Jadi anda bolehlah memilih aktiviti mana yang anda minati.


TEMPAT MENARIK SEKITAR
Endau amat terkenal dengan keindahan pantainya yang tenang dan aman. Selain pantai, jika anda nak kan kesegaran hijau boleh la berkunjung ke Taman Negeri Endau Rompin. Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan.Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik.


Laman Web: www.endaubeachresort.com
Alamat: Lot 321, Pantai Pasir Lanun, Kampung Penyabong, Endau 86900, Mersing, Johor Darul Takzim.
Telefon: +6077942611
Whatsapp: +60137232611
Email: endaubeachresort@ymail.com
Facebook: Endau Beach Resort