Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Melawat Tempat Menarik di Bentong Pahang

Bentong ialah salah sebuah daerah di negeri Pahang yang mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat yang sering di sebut ialah Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Mungkin anda sering mendengar ketiga-tiga nama ini di sebut dan anda yakin lokasi ini terletak di Pahang. Tetapi tahukah anda ketiga-tiga destinasi ini terletak di dalam daerah Bentong.

TEMPAT MENARIK

1. Air Terjun Chamang
Air Terjun Chamang terletak kira-kira hanya 15 minit dari pusat bandar Bentong. Kawasan rekreasi ini jijaga dengan baik oleh majlis perbandaran terutama dari aspek kebersihan. Jambatan gantung merupakan satu tarikan yang terdapat di sini membolehkan pengunjug melintasi sungai denganmudah. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah seperti beriadah, berkelah, berkhemah, mandi-manda sungai, jungle trekking dan berbasikal.

Alamat: 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
Telefon: +60 17-366 6223
2. Colmar Tropicale Berjaya Hills
Colmar Tropicale Berjaya Hills merupakan sebuah hotel penginapan di Bukit Tinggi. Hotel ini sangat unik kerana dibina bertemakan perkampungan Perancis. Suasana disini memberikan anda pengalaman seperti benar-benar berada di luar negara. Pengunjung boleh melawat, menjamu selera dan mengikuti aktiviti dan persembahan serta bergambar sebagai koleksi kenangan di lokasi menarik di sini tanpa perlu manginap di hotel tersebut.

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Telefon: +60 9-221 3666
3. Japanese Village
Seperti namanya, Japanese Village berkonsepkan perkampungan Jepun. Disini pengunjung boleh mempelajari budaya orang Jepun seperti cara berpakaian, adat meminum teh dan banyak lagi. Japanese Village ini merupakan perkampungan Jepun yang pertama dan satu-satunya yang ada di luar negara Jepun.

Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750, Malaysia
Waktu Operasi: 6.00am – 6.30pm
Telefon: +60 9-288 8888
4. Suria Hot Spring
Suria Hot Spring terletak jauh dari kesibukan bandar dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang indah sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang tenang dan damai. Kolam air panas di sini menjadi tarikan utama pengunjung yang datang. Selain menikmati udara yang nyaman, pengunjung juga boleh menyegarkan badan berendam di dalam kolam di sini. Pengunjung tidak perlu risau tentang kebersihan kolam air panas disini kerana ianya akan ditapis dan ditukar pada setiap masa bagi menjaga kebersihan air kolam tersebut. Semasa musim buah-buahan pula, pengunjung boleh merasai keenakan buah durian dan mendapatkan halia Bentong yang diiktiraf sebagai halia terbaik di dunia.

Alamat: 2527, Jalan Kuala Lumpur Lama, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
Telefon: +60 3-7806 4752
5. Horse Trail
Jika anda gemar menunggang kuda atau ingin mencuba pengalaman baru menunggang kuda, bolehlah mengunjungi destinasi ini yang terletak di Bukit Tinggi. Beberapa pakej menarik yang anda boleh pilih disediakan. Bagi anda yang pertama kali ingin menunggang, anda tidak perlu risau kerana terdapat jurulatih disediakan.

Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
6. Rabbit Farm
Di Taman Arnab ini merupakan sebuah taman yang yang menempatkan arnab, rusa, dan juga keldai. Di sini terdapat sebuah Cabana Cafe untuk mereka yang inginkan minuman dan makanan ringkas. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah melihat dan bermain dengan arnab dan rusa yang bebas berlari ke sana ke mari serta boleh juga menunggang keldai (Donkey Ride). Pasti seronok dapat bermain dengan arnab dan rusa yang sangat jinak berkeliaran di situ.

Alamat: Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm
7. Genting Highland
Genting Highland merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Di sini anda dapat menikmati panorama di puncak gunung yang indah dalam suhu yang sejuk seperti berada di negara empat musim pada musim sejuk. Tarikan utama pelancong di destinasi ini ialah Genting Highland Theme Park. Selain itu, terdapat juga destinasi lain yang menarik seperti, perkhidmatan Genting Skyway, Genting Outdoor Theme Park, First World Indoor Theme Park, SnowWorld, First World Plaza, Genting International Showroom/Pavillion dan padang golf.

Alamat: Jalan Major Philip Lim, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia
Telefon: +60 3-6101 1118