Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tempat Menarik di Cameron Highland

1. Ladang Teh Boh
Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia dan mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di sungai palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar dan merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara. Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat sebuah uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Alamati: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands
Waktu Operasi: 9.00am – 4.30pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 5-493 1324

2. Big Red Strawberry Farm
Berada di Cameron Highland pasti anda ingin makan Strawberry segar yang baru dipetik. Di Big Red Strawberry Farm anda akan dapat merasa Strawberry segar. Kebanyakkan stawberry yang dijumpai di Malaysia datang dari Cameron Highland dan di sini anda dapat melihat bagaimana process menjaga pokok strawberry. Dengan bayaran yang kecil anda
juga dapat memetik strawberry anda sendiri. Selain dari strawberry, di sini juga terdapat Café, kedai cenderamata dan kedai sayur organik segar.

Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland.
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm
Telefon: +60 5-491 3327

3. Ladang Lebah Ee Feng Gu
Ladang Lebah Eu Feng Gu boleh dijumpai 3.5km dari pekan Brinchang berhampiran dengan Equatorial Resort. Di sini anda dapat belajar sedikit sebanyak tentang proses menghasilkan madu dan cara betul menjaga lebah. Selain daripada itu disini juga terdapat galeri membeli-belah yang besar dan tempat permainan kanak-kanak, muzium mini dan café.

Alamat: 75, Batu 43, Green Cow, Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highlands
Waktu Operasi: 8.00am – 7.00pm

4. Kebun Lavender
Kepada pencinta bau lavender, kini anda tidak perlu untuk terbang jauh semata mata untuk melihat dan merasai sendiri keindahan bunga lavender. Bau yang sangat menyenangkan kini ada di Kebun Lavender di Cameron Highland. Apabila anda menjejaki masuk ke dalam Kebun Lavender ini anda akan dapat merasai keharuman bunga lavender yang mewangi dan menenangkan jiwa. Suasana yang sangat romantik menjadikan Kebun Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highland. Di kebun ini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga.

Alamat: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00am (Isnin – Khamis) 9.00am – 7.00am (Jumaat – Ahad)
Telefon: +60 5-496 1208

5. Rose Centre
Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Alamat: Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland
Waktu Operasi: 8.00am – 6.00am

6. Cactus Valley
Bukan selalu kita dapat melihat sebuah taman penuh dengan pokok kaktus betul? Tapi di Cactus Valley anda dapat berjalan di taman yang dihias penuh dengan beraneka jenis pokok kaktus. Jika anda berada di pekan Brinchang anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk sampai ke Cactus Valley. Selain daripada melihat pokok kaktus, jika anda berminat, anda juga boleh membeli satu pokok kaktus untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
Waktu Operasi: 8.00am – 6.00pm
Telefon: +60 5-491 5640

7. Muzium Time Tunnel
Muzium ini dibuka oleh seorang penduduk tempatan bernama See Kok Shan dan merupakan koleksi peribadinya. Di dalam terdapat sebenyak 1740 barang bersejarah yang dipameran. Muzium Time Tunnel ini dijadikan tempat menyimpan memori dan sejarah Cameron Highland dari zaman perintahan British hinggalah ke zaman sekarang. Antara pameran yang menarik di sini adalah barang peninggalan kerajaan British, baju kaum peranakan, dapur antik yang penuh dengan hiasan lama, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Alamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100 Cameron Highlands.
Waktu Operasi: 9.00am – 6.00pm

8. Taman Rama-Rama Kea Farm
Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar sedikit tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda semasa anda berada di sana nanti. Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Alamat: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm (Isnin – Jumaat), 8.00am – 7.00pm (Sabtu & Ahad)
Telefon: +60 12-529 5568