Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Clove Hall Residence, Georgetown

Clove Hall ialah banglo Edwardian Anglo-Malay yang terletak di kawasan perumahan. Ianya dibina di atas bekas tapak ladang pokok kelapa dan ladang cengkih. Clove Hall adalah sebuah villa kolonial berwarna putih yang telah di baikpulih. Vila ini sangat unik kerana senibina dari zaman lampau yang masih dikekalkan mampu membawa kembali suasana masa dahulu. Selain itu, villa ini jauh dari orang ramai dan merupakan tempat yang sesuai untuk anda berehat dan menikmati suasana klasik. Tambahan pula, tempat ini terletak sebuah Tapak Warisan Dunia, UNESCO. Villa ini menawarkan perkhidmatan terbaik untuk memastikan keselesaan tetamu semasa menginap serta menyediakan tempat percutian yang ideal dan tenang untuk anda merasai dan mengenali pengalaman kepelbagaian budaya Pulau Pinang yang menakjubkan.

Jenis Penginapan
Penginapan ini mempunyai enam suite. Yang pertama ialah Saffron Suite, di mana suite yang luas terletak di tingkat atas timur rumah utama. Yang kedua ialah Cardamom Suite, suites yang luas terletak tingkat atas barat vila. Yang ketiga, Cinnamon Suite yang terletak bahagian hadapan rumah tingkat atas banglo utama. Yang keempat pula ialah Ginger Suite, di mana suites ini mempunyai halaman peribadi dengan landskap yang menarik. The Star Anise Suite pula adalah rumah berkembar dua tingkat dan mempunyai ruang halaman luaran duduk peribadi, dan ruang santai peribadi. Akhir sekali, Clove Suite adalah sebuah villa gaya-banglo yang dipisahkan dari rumah utama dan mempunyai kebun mini peribadi. Untuk makluman anda, semua suite dilengkapi dengan TV LCD, penghawa dingin, kipas siling dan wifi percuma.

Ruang Majlis
Jika anda ingin mengadakan acara seperti mesyuarat, seminar atau makan besar, di sini terdapat ruang yang sesuai untuk anda. Dewan utama yang di hiasai dengan ciri-ciri kolonial peranakan pasti membuatkan suasana majlis anda sangat unik dan bermakna dengan menggunakan jubin lantai hitam putih dan tingkap kaca yang bercorak warna warni pasti menyerlahkan lagi suasana dewan.

Kemudahan yang disediakan
Jika mahu menghabiskan masa di tempat penginapan sahaja, apa kata anda meluangkan masa dengan melakukan manicure dan pedicure, dadan rambut, atau urutan disini. Sekiranya anda memang suka kan aktiviti yang menyihatkan disini terdapat kelas yoga yang disediakan oleh pihak penginapan. Bagi yang hendak membasuh baju, jangan risau kerana di sini terdapat perkhidmatan cucian untuk anda. Anda juga boleh bersantai atau merehatkan diri di taman tropika yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis pokok-pokok rempah atau bermandi-manda di kolam renang yang dilengkapi dengan dek jati dan kerusi berjemur yang selesa.

Aktiviti yang disediakan
Berita baik untuk anda pihak Clove Hall ada menawarkan perkhidmatan melawat ke tapak warisan. Anda bolehlah mengambil peluang ini untuk melihat warisan-warisan peninggalan zaman dahulu. Selain itu, anda juga boleh membeli pakej lawatan pulau yang ditawarkan oleh pihak penginapan. Jika tidak mahu berjalan anda boleh menghadiri kelas masakan yang dianjurkan disini. Menarik bukan?

Tarikan Setempat
Sekiranya sudah tiba di Pulau Pinang, anda akan merasa rugi sekiranya tidak melawat ketempat-tempat warisan yang di tinggalkan. Chew Village ini antara lapan perkampungan clan jetty yang terdapat disini dan ini antara chew village yang paling ramai pelancong datang antara penempatan clan jetty paling tinggi di sini juga. Sepanjang jalan ke kampung ni diperbuat dari kayu, ada rumah kayu kiri kanan di sepanjang perjalanan anda akan menjumpai ramai peniaga yang berniaga makanan makanan dan cenderamata! Tarikan utama di bandar Georgetown, yang paling wajib korang kena pergi iaitu Street Art. Lukisan mural yang dilukis di sekitar bandar Georgetown. Antara salah satu sebab utama kenapa ramai berkunjung ke sini untuk melihat sendiri karya yang dihasilkan. Gabungan hasil seni jalanan yang dilukis di sekitar dinding-dinding bangunan lama dan arca-arca dihasilkan yang agak menarik menceritakan budaya penduduk setempat, senang cerita datang ke sini tak ambil gambar di street art maka tak lengkap lah percutian anda ke Penang.

Penang Escape Theme Park pula ia sebenarnya sebuah Adventure Park kerana disini anda akan melakukan aktiviti lasak. Merupakan tempat kegemaran penggemar setia aktiviti lasak yang ingin menguji tahap ketahanan mental dan fizikal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Tempat Makan Menarik
Di sini merupakan antara lokasi urban yang mempunyai banyak kafe yang unik dan menarik. Rakyat Malaysia terutama para remaja tentunya suka akan kafe-kafe ala hipster yang menyediakan makanan barat seperti kek, kopi, pastri dan sebagainya. Di samping itu, anda boleh merasa kelainan makanan di kafe-kafe tersebut.

Laman Web: www.clovehall.com
Alamat: 11, Clove Hall Road, 10050 Georgetown, Penang, Malaysia
Telefon: +604 229 0818
Fax: +604 229 4818
Email: manager@clovehall.com
Facebook: Clove Hall, Georgetown
Trip Advisor: Clove Hall, Georgetown