Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Fig Tree Hill Resort, Penang

Pulau Pinang atau dikenali ramai “Pearl of Orient” adalah tempat pelancongan yang terkenal dalam tempatan mahupuan luar negara. Bagi trip kali ini kami ingin meneroka Pulau Pinang dari perspektif yang berbeza. Kami telah menempah penginapan di Fig Tree Hill Resort. Fig Tree Hill Resort merupakan tempat penginapan yang indah dan dikelilingi kehijauan tropika di Bayan Lepas.

 

Kami berangkat dari KL awal pagi. Penang Hill merupakan tapak perhentian pertama kami. Kami meluangkan masa dengan menjalankan pelbagi aktiviti rekreasi di puncak Pulau Pinang pada waktu pagi. Kami juga mengambil kesempatan untuk merasai beberapa makanan tempatan sempena makan tengah hari dan meneruskan perjalanan kami ke Fig Tree Hill Resort yang terletak di Sungai Ara kira-kira pukul 4 petang.

 

Fig Tree Hill Resort dibina atas lembah tropika. Terdapat 5 jenis reka bentuk villa – Cempaka, Kemboja, Melor, Lily dan Jasmine yang berbeza dari segi unsur antik yang digunakan untuk perhiasan villa. Beberapa villa terdiri di tepi sungai, ada yang menghalau pemandangan hutan, sementara ada juga yang tersembunyi di antara pokok. Kami berpeluang untuk mengalami Melor dan Lily. Kedua-dua villa tersebut agak besar untuk kami sekeluarga – 3 orang. Ia sebenarnya sesuai untuk sekurang-kurangnya 2 keluarga dengan 2 bilik tidur yang besar, ruang tamu yang luas dengan sofa panjang, TV satalite dan Karaoke, ruang makan luar meja panjang dan jakuzi.

 

Seperti yang diterangkan dalam laman web mereka, setiap villa bergaya Bali sangat indah dan dibina daripada bahan semula jadi seperti kayu dan batu dan dihiasi dengan barangan antik yang merupakan koleksi pemilik dari negara-negara lain. Resort ini menyediakan perkhidmatan peribadi dan hospitaliti yang amat rapi. Resort ini juga menawarkan kolam renang dan tempat-tempat umum bagi pengunjung untuk berkumpul dan menganjurkkan ativiti. Resort ini memberikan suasana bagai berada di kawasan terpencil walaupun ia agak berdekatan dengan bandar. Kami agak letih selepas perjalanan jauh. Oleh itu, kami memasak makanan yang ringkas, menonton rancangan TV dan menyanyi Karaoke sebelum menyudahi hari pertama.

 

Pada keesokan pagi, saya bangun awal untuk mengamalkan yoga di balkoni vila kami. Udara yang nyaman dan segar ditemani dengan kicauan burung sebelah pagi amat menyegarkan. Sarapan pagi dihidangkan oleh resort. Seluruh resort dibanjiri oleh cahaya matahari yang lembut dan bersinar melalui pokok-pokok gergasi pada waktu pagi. Selepas bersarapan, kami mengambil masa pergi trekking hutan bagi mendekati flora dan fauna. Kami juga menemui kumpulan penunggang motosikal serta pelancong dari luar negara semasa berada di resort.

 

Pada waktu tengah hari, kami meminta petugas resort untuk mengatur perjalanan kami ke Georgetown. Kami juga melawat Mansion Peranakan Pulau Pinang, Khoo Kong Si dan tarikan lain yang berdekatan. Kami kembali ke Fig Tree Hill Resort dan memulakan barbeku kami pada waktu malam.

 

Sebelum berdaftar keluar dari resort keesokkan harinya, kami bersantai di kolam renang. Kolam cetek amat sesuai untuk kanak-kanak manakala terdapat kolam yang lebih dalam untuk orang dewasa. Kami telah mengambil banyak foto sebagai kenangan sempena lawatan ini. Terisi semula dengan tenaga positif, kami bersedia untuk kembali ke tempat kerja!

 

By Giolee
Facebook: Giolee Mia
Instagram:gioleemia

Laman Web: www.figtreehill-resort.com
Alamat: Off Jalan Kenari, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Telefon: 019-362 0270
Email: [email protected]
Facebook: Fig Tree Hill Resort
Trip Advisor: Fig Tree Hill Resort