Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 km ke barat daya bandar Ipoh. Ia sebahagian besarnya didiami oleh nelayan yang tinggal di desa-desa nelayan yang tersebar di sepanjang pantai timur. Tarikan utama di Pulau Pangkor adalah pantai. Terdapat beberapa pantai yang sangat cantik di sini. Walau bagaimanapun, Pulau Pangkor menawarkan lebih banyak lagi tarikan lain selain pantai.

1. Snorkeling
Aktiviti bersnokeling ini memang sangat popular di kebanyakan pulau tidak terkecuali Pulau Pangkor. Untuk aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, kebiasaannya pengunjung akan ke pulau-pulau kecil sekitar seperti di Giam dan Mentagor. Kebiasaannya pengunjung yang melakukan aktiviti snorkeling ingin melihat ikan-ikan dan hidupan laut yang cantik di dalam air juga terumbu karang. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati jika melakukan aktiviti ini kerana terdapat terumbu karang yang tajam. Jadi anda disarankan memakai kasut ketika bersnorkeling.


2. Sukan dan Permainan Air di Teluk Nipah
Di Teluk Nipah, anda boleh mencuba aktiviti permainan air seperti banana boat, water ski dan berkanu. Aktiviti-aktiviti sukan air di sini dikendalikan oleh beberapa operator yang berpengalaman. Di Teluk Nipah ini juga terdapat banyak kedai cenderahati dan hotel bajet.


3. Island Hopping
Jika anda sukakan aktiviti air yang santai, anda boleh menyertai Island Hopping mengelilingi kawasan pulau sekitar. Kebiasaannya Island Hopping dilakukan bersama aktiviti snorkeling. Di pertengahan perjalanan, sebelum sampai ke tempat bersnorkeling, anda akan disajikan pemandangan yang indah dan unik seperti batu menyerupai binatang. Antaranya Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rick dan Turtle Rock.


4. Jungle Trekking
Jika anda sukakan aktiviti adventurous, anda boleh mencuba aktiviti jungle trekking. Pulau Pangkor mempunyai kawasan hutan hujan tropika yang flora dan faunanya masih terjaga. Anda berpeluang berjumpa dengan haiwan-haiwan liar seperti monyet, biawak monitor dan burung-burung unik.


5. Melawat Kota Belanda
Kota belanda merupakan destinasi bersejarah yang popular di Pulau Pangkor. Setiap pengunjung yang bercuti di Pulau Pangkor tidak akan melepaskan peluang untuk melawat kota ini. Kota kecil ini menepatkan sebuah kubu Belanda yang berusia lebih 300 tahun yang terletak di Teluk Gadung.


6. Batu Bersurat
Batu Bersurat juga dikenali sebagai Tiger Rock yang terletak berdekatan dengan Kota Belanda. Apa yang menarik di batu itu ialah ukiran gambar seekor harimau membawa lari seorang kanak-kanak dan juga tulisan seperti “If Carlo 1743” dan “VOC”. Panjang batu ini sekitar 10 meter, lebarnya 5 meter dan tingginya 4.5 meter. Batu ini ditempatkan di kawasan berbumbung.


7. Melihat Burung Enggang di Pasir Bogak
Burung Enggang atau Hornbill ini merupakan burung yang jarang kita jumpa. Selalunya kita akan ke taman burung atau zoo untuk melihat burung ini. Jika di Pasir Bogak pada waktu petang, anda boleh melihat burung enggang yang diberi makan di persekitaran Sea View Resort secara percuma.


8. Melawat Tokong Fu Lin Kong
Tokong Fu Lin Kong adalah tokong yang terkenal di Pulau Pangkor. Kebanyakan pelancong China melawat dan berdoa di kuil ini untuk mendapatkan berkah dari tuhan. Walau bagaimanapun, bangsa-bangsa lain dan pelancong asing juga suka tempat ini kerana persekitaran semulajadi dan indah untuk merakamkan beberapa gambar. Candi ini telah dibina di kaki Pangkor Hill di kampung Sungai Pinang Besar. Ia mempunyai taman yang bagus dibina di lereng bukit. Terdapat sebuah ‘Tembok Besar China’ yang kecil yang amat cantik. Di atas bumbung anda akan melihat tanda-tanda 12 zodiak Cina. Terdapat juga kura-kura dan banyak ikan di kolam sekitar tokong.