Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Impiana Hotel Ipoh, Ipoh

Dulu, Ipoh dipandang sepi oleh kebanyakan orang. Kata orang, Ipoh bukanlah bandar pelancongan seperti Georgetown dan Melaka. Maklumlah, kedua-duanya Tapak Warisan Dunia. Itu dulu; dulu lain, sekarang lain.

Namun, tanggapan orang ramai sebelum ini ternyata meleset apabila Ipoh tersenarai antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet. Lebih membanggakan, Ipoh berada di kedudukan keenam dalam senarai sepuluh bandar perlu dilawati di Asia pada tahun 2016. Tahniah, Ipoh!

Kini, Ipoh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar besar lain di Asia seperti Hokkaido, Shanghai dan Hong Kong.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



Hotel premier bertaraf 4 bintang ini terletak dengan strategik di tengah antara bandar Ipoh dan Ipoh Parade Mall. Dikenali sebagai Casuarina Hotel Ipoh sebelum ditukar kepada Impiana Hotel Ipoh. Dan perjalanan dalam 5 minit, anda boleh ke Royal Perak Golf Club dan juga Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Impiana Hotel Ipoh adalah hotel terkemuka di bandar Ipoh dan hotel sederhana pilihan di kalangan penduduk tempatan, pelancong dan korporat antarabangsa kerana komitmen yang mereka beri kepada piawaian antarabangsa yang tinggi perkhidmatan di seluruh hotel.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Bilik hotel ini 3 jenis bilik iaitu, deluxe room, premier room dan juga royal suite. Bilik-bilik yang ditawarkan sangat luas dan pasti membuatkan anda berasa selesa. Tambahan lagi, bagi yang membawa bayi anda boleh meminta baby cot dan ianya tidak dikenakan cas apa-apa. Menariknya, anda boleh memilih suasana bilik mengikut cita rasa anda. Demi keselesaan para tetamunya, hotel menyediakan kemudahan di setiap bilik seperti pengering rambut, penyaman udara, televisyen dan pelbagai lagi.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Hotel ini menyediakan 3 jenis restoran yang menawarkan pelbagai makanan sedap dan memuaskan hati anda. The Deli dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Cafe ini menawarkan makanan jenis santai seperti roti dan kek. Selain itu, The Bistro pula menyediakan tempat untuk bersantai yang dibuka pada jam 5 petang hingga tengah malam, pada jam 9 malam akan adanya persembahan dari live band. Tempat ini khas untuk mereka yang ingin melepak dan berantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan sambil menikmati minuman yang lazat. The Coffee House pula dibuka pada jam 6 pagi hingga 2 petang. Semestinya disediakan sarapan pagi yang amat memuaskan hati anda semua.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Hotel ini menawarkan lokasi khas untuk anda melangsungkan majlis perkahwinan eksklusif. Dengan tawaran istimewa kepada pasangan, pengurusan majlis dari pihak hotel akan membuatkan majlis anda satu pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan. Selain itu, anda boleh melangsungkan pelbagai majlis seperti makan malam, sambutan hari jadi dan pelbagai lagi. Tidak lupa juga ruang gimnasium turut disediakan.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN
1. BULATAN SULTAN IDRIS SHAH
Kedudukannya betul-betul di pintu masuk bandar raya ini. Dengan rekaannya yang unik, mercu tanda utama ini menjadi perhatian sesiapa sahaja yang memasuki bandar raya ini. Pemandangan waktu malam lebih menarik kerana dihiasi dengan lampu warna-warni dan pancutan air.

Teluk Batik
Banana Boat



2. STESEN KERETA API IPOH
Digelar Taj Mahal Ipoh oleh penduduk setempat kerana reka bentuk binaannya hampir menyerupai bangunan terkenal itu. Dikelilingi oleh pokok hiasan berbunga menambahkan lagi seri bangunan berwarna putih ini.

Jika siangnya, ia menjadi tumpuan orang ramai yang mengguna perkhidmatan kereta api, waktu malam di dataran hadapan stesen bertukar menjadi kawasan riadah keluarga, anak-anak remaja bermain rollerblade dan pertunjukan oleh kumpulan buskers.

Teluk Batik
Banana Boat



3. MUZIUM DARUL RIDZUAN
Bagi yang ingin mengetahui sejarah pembangunan Ipoh, lawatilah muzium yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini. Menariknya seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris. Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.

Teluk Batik
Banana Boat



4. GUA TEMPURUNG
Tidak perlu terbang ke Sarawak semata-mata untuk melihat pembentukan stalaktit dan stalagmit di gua batu kapur kerana anda boleh lihat semuanya dalam gua ini. Terletak di Gopeng, ia antara gua terpanjang di Semenanjung, iaitu kira-kira 1.9km. Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga. Yang inginkan cabaran, boleh mengambil pakej aktiviti lasak yang ditawarkan.

Teluk Batik
Banana Boat



5. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Destinasi wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi. Dengan menaiki bot yang disediakan, pengunjung dibawa menyeberangi tasik sambil melihat panorama menarik di sekeliling bukit batu kapur sebelum tiba di taman rekreasi. Ia dihiasi dengan aneka species tumbuhan berbunga dan kolam-kolam kecil, sesuai dijadikan lokasi bergambar. Selain itu, pengunjung boleh memanjat menara tinjau dan memberi ikan makan.

Teluk Batik
Banana Boat



6. TAMAN JEPUN
Jika tidak puas menikmati kehijauan alam di Gunung Lang, pencinta alam boleh bersantai di Taman Mini Jepun yang terletak dalam Taman D.R. Seenivasagam. DIhiasi dengan rock lantern, rock water pitcher dan dikelilingi pula dengan pohonan bambu, pokok willow serta pokok pain menjadikannya seolah-olah sebuah taman di Fukuoka, Jepun. Memang terasa tenang dan mendamaikan berehat di taman ini.

Teluk Batik
Banana Boat



7. ‘ART OF OLDTOWN’
Bagi yang meminati lukisan mural, jangan lepaskan peluang mengambil gambar hasil seni Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuan dengan kerjasama Oldtown White Coffee. Lukisan ini memaparkan sejarah dan warisan yang terbina apabila Ipoh menjadi bandar letaknya kilang Oldtown serta lahirnya Oldtown White Coffee.

Teluk Batik
Banana Boat



8. KINTA RIVERFRONT
Seakan-akan i-City dalam kawasan yang lebih kecil. Pohon-pohon sepanjang Sungai Kinta berhadapan Hotel Kinta Riverfront dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni. Disini juga disediakan perkhidmatan sewa basikal di mana pengunjung boleh menunggang secara solo, berdua ala-ala pasangan romantik dalam drama Korea ataupun bertiga.

Teluk Batik
Banana Boat



Laman Web: ipohhotels.impiana.com.my
Alamat: 18, Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Emel: info.ihi@impiana.com
Telefon: +60(5) 255 5555
Fax: +60(5) 255 8177
Facebook: Impiana Hotel Ipoh