Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Ipoh Bali Hotel, Perak

Dulu, Ipoh dipandang sepi oleh kebanyakan orang. Kata orang, Ipoh bukanlah bandar pelancongan seperti Georgetown dan Melaka. Maklumlah, kedua-duanya Tapak Warisan Dunia. Itu dulu; dulu lain, sekarang lain.

Namun, tanggapan orang ramai sebelum ini ternyata meleset apabila Ipoh tersenarai antara 10 bandar yang perlu dilawati di Asia menurut penerbit buku panduan pelancongan, Lonely Planet. Lebih membanggakan, Ipoh berada di kedudukan keenam dalam senarai sepuluh bandar perlu dilawati di Asia pada tahun 2016. Tahniah, Ipoh!

Kini, Ipoh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bandar-bandar besar lain di Asia seperti Hokkaido, Shanghai dan Hong Kong.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



Ipoh Bali Hotel sebuah hotel terletak di tengah-tengah Pusat Perniagaan Ipoh yang juga dikenali sebagai “Ipoh Golden Triangle” yang menyajikan penginapan eksklusif bertemakan Bali. Rekaan dalam yang menggunakan perabot kayu yang eksklusif dan lampu didalam sangkar buluh menimbulkan lagi suasana unik di hotel ini. Siapa yang tidak pernah dengar Bali? Anda mesti tahukan. Jadi, kepada anda yang impikan percutian di Bali tetapi mempunyai kos yang rendah, anda boleh ke Ipoh Bali Hotel. Di sini anda dapat menikmati suasana bali yang sebenar walaupun di dalam Malaysia sahaja. Hotel ini unik kerana mengetengahkan konsep bali secara keseluruhan.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Bilik hotel ini 4 jenis Standard Double, Superior Double, Deluxe Studio Suite dan Family Studio Suites. Bilik-bilik yang ditawarkan sangat luas dan pasti membuatkan anda berasa selesa. Tambahan lagi, bagi yang membawa bayi anda boleh meminta baby cot dan ianya tidak dikenakan cas apa-apa. Menariknya, anda boleh memilih suasana bilik mengikut cita rasa anda samada menghadap kolam ikan atau pun tidak. Demi keselesaan para tetamunya, Ipoh Bali Hotel menyediakan kemudahan di setiap bilik seperti pengering rambut, penyaman udara, televisyen dan pelbagai lagi.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Bagi makanan pula, harga bilik yang di tempah termasuk dengan sarapan pagi. Anda boleh memilih menu sarapan yang anda inginkan ketika mendaftar masuk ke hotel ini. Bukan sahaja memilih menu tetapi anda juga boleh memilih masa untuk menjamu selera, kerana pihak hotel mahu menyediakan makanan yang segar untuk para tetamu. Menarik lagi, anda boleh memilih samada makanan tersebut hendak di hantar ke bilik atau makan di cafe sahaja. Di sini, terdapat kafe yang akan menyediakan makanan anda. Yang menjadi pilihan ramai ialah nasi lemak rendang ayam. Anda patut mencubanya. Untuk makluman anda di sini hanya menyediakan makanan untuk sarapan pagi sahaja.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Ipoh Bali Hotel menawarkan lokasi khas untuk anda melangsungkan majlis perkahwinan eksklusif bertemakan gaya Bali. Dengan tawaran istimewa kepada pasangan, pengurusan majlis dari pihak hotel akan membuatkan majlis anda satu pengalaman yang berharga dan tidak dapat dilupakan. Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidamatan pre-wedding kepada anda yang ingin membuat sesi penggambaran. Selain itu, anda boleh melansungkan pelbagai majlis seperti makan malam, sambutan hari jadi dan pelbagai lagi di ruangan terbuka di The Roof Top. Ruangan terbuka yang boleh memuatkan 50 orang ini pasti membuatkan acara anda lebih menarik dan memorable.

Luangkan masa dan tenangkan diri anda di Ipoh Bali Spa dimana pihak hotel menawarkan beberapa perkhidmatan spa yang menarik kepada anda. Anda boleh mebuat rawatan badan, mandi dan skrup, rawatan salon, rawatan muka dan beberapa pakej rawatan yang anda boleh jalani. Jika anda suka bergambar, di sini terdapat beberapa sudut yang menarik untuk anda bergambar. Bolehlah jadikan tanda kenangan anda di Ipoh Bali Hotel. Terdapat juga kolam ikan yang panjang berhadapan dengan bilik, membuatkan pemandangan yang cantik dan bunyi aliran air yang damai boleh menenangkan jiwa.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN
1. BULATAN SULTAN IDRIS SHAH
Kedudukannya betul-betul di pintu masuk bandar raya ini. Dengan rekaannya yang unik, mercu tanda utama ini menjadi perhatian sesiapa sahaja yang memasuki bandar raya ini. Pemandangan waktu malam lebih menarik kerana dihiasi dengan lampu warna-warni dan pancutan air.

Teluk Batik
Banana Boat



2. STESEN KERETA API IPOH
Digelar Taj Mahal Ipoh oleh penduduk setempat kerana reka bentuk binaannya hampir menyerupai bangunan terkenal itu. Dikelilingi oleh pokok hiasan berbunga menambahkan lagi seri bangunan berwarna putih ini.

Jika siangnya, ia menjadi tumpuan orang ramai yang mengguna perkhidmatan kereta api, waktu malam di dataran hadapan stesen bertukar menjadi kawasan riadah keluarga, anak-anak remaja bermain rollerblade dan pertunjukan oleh kumpulan buskers.

Teluk Batik
Banana Boat



3. MUZIUM DARUL RIDZUAN
Bagi yang ingin mengetahui sejarah pembangunan Ipoh, lawatilah muzium yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini. Menariknya seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris. Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.

Teluk Batik
Banana Boat



4. GUA TEMPURUNG
Tidak perlu terbang ke Sarawak semata-mata untuk melihat pembentukan stalaktit dan stalagmit di gua batu kapur kerana anda boleh lihat semuanya dalam gua ini. Terletak di Gopeng, ia antara gua terpanjang di Semenanjung, iaitu kira-kira 1.9km. Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga. Yang inginkan cabaran, boleh mengambil pakej aktiviti lasak yang ditawarkan.

Teluk Batik
Banana Boat



5. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Destinasi wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi. Dengan menaiki bot yang disediakan, pengunjung dibawa menyeberangi tasik sambil melihat panorama menarik di sekeliling bukit batu kapur sebelum tiba di taman rekreasi. Ia dihiasi dengan aneka species tumbuhan berbunga dan kolam-kolam kecil, sesuai dijadikan lokasi bergambar. Selain itu, pengunjung boleh memanjat menara tinjau dan memberi ikan makan.

Teluk Batik
Banana Boat



6. TAMAN JEPUN
Jika tidak puas menikmati kehijauan alam di Gunung Lang, pencinta alam boleh bersantai di Taman Mini Jepun yang terletak dalam Taman D.R. Seenivasagam. DIhiasi dengan rock lantern, rock water pitcher dan dikelilingi pula dengan pohonan bambu, pokok willow serta pokok pain menjadikannya seolah-olah sebuah taman di Fukuoka, Jepun. Memang terasa tenang dan mendamaikan berehat di taman ini.

Teluk Batik
Banana Boat



7. ‘ART OF OLDTOWN’
Bagi yang meminati lukisan mural, jangan lepaskan peluang mengambil gambar hasil seni Ernest Zacharevic, pelukis dari Lithuan dengan kerjasama Oldtown White Coffee. Lukisan ini memaparkan sejarah dan warisan yang terbina apabila Ipoh menjadi bandar letaknya kilang Oldtown serta lahirnya Oldtown White Coffee.

Teluk Batik
Banana Boat



8. KINTA RIVERFRONT
Seakan-akan i-City dalam kawasan yang lebih kecil. Pohon-pohon sepanjang Sungai Kinta berhadapan Hotel Kinta Riverfront dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni. Disini juga disediakan perkhidmatan sewa basikal di mana pengunjung boleh menunggang secara solo, berdua ala-ala pasangan romantik dalam drama Korea ataupun bertiga.

Teluk Batik
Banana Boat



Laman Web: www.ipohbalihotel.com
Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Emel: info@ipohbalihotel.com
Telefon: +60 5-242 0222
Facebook: Ipoh Bali Hotel