Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jalan-jalan Cari Makan di Teluk Intan

TEMPAT MENARIK

1. Menara Condong Teluk Intan
Daerah ini mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai menara condong yang mirip menara condong di Pisa Itali. Ianya kelihatan seperti bangunan yang mempunyai 8 tingkat, tetapi sebenarnya ianya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini dibina bertujuan untuk menempatkan sebuah tangki air besar yang digunakan untuk musim kemarau. Akibat tangki air ini agak berat dan tanah di tapak menara ini agak lembut, ianya menyebabkan menara ini condong ke arah Barat Daya. Pengunjung boleh masuk kedalam menara untuk menerokai apa yang ada di dalam menara.

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
2. Kompleks Menara Condong
Komplex Menara Condong juga merupakan satu tarikan utama di sini. Di sini terdapat barangan seperti kuih tradisional dan juga barangan yang agak murah seperti beg, baju dan lain-lain. Kalau nak makan pula, tidak jauh daripada Kompleks ini, ada medan selera yang dikatakan tempat makan menarik yang boleh anda kunjungi.

Alamat: Kompleks Menara Condong, Jalan Pasar, 36000 Teluk Intan, Perak, 36000, Malaysia
3. Batu Bertenggek
Batu Bertenggek merupakan tempat untuk memperingati para pejuang yang kehilangan nyawa pada zaman perang dunia ke dua. Ianya adalah batu besar yang lebih kurang kereta kancil yang diletak di atas satu binaan.

Alamat: Jalan Speedy, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
TEMPAT MAKAN BEST

1. Restoran Gulam Rasul
Restoran ini terletak di Jalan Changkat Jong, jalan menghala masuk ke bandar Teluk Intan dan berada di sebelah kiri jalan raya. Restoran ini menghidangkan makanan mamak turun termurun Teluk Intan yang berusia lebih 25 tahun. Menu yang menjadi tarikan di sini ialah Nasi Beriani dan Ayam Berepah yang dikatakan sedap. Selain itu, masakan kari yang pelbagai memang sedap dan boleh dikatakan yang paling sedap di Teluk Intan.

Alamat: Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam (Isnin 8.00am – 12.00am)
Telefon: +60 5-621 1621
2. Mee Rebus Mastan Ghani
Mee rebus Mastan Ghani sangat terkenal di kalangan orang Perak. Siapa yang datang Teluk Intan wajib rasa makanan ini. Sudah terdapat beberapa cawangan Restoran Mastan Ghani namun lebih seronok jika makan di kedai lama mereka di Jalan Bandar berdekatan dengan Menara Condong. Kedai lama kecil dan sempit ini memang tak berubah selepas 30 tahun. Jika mahu ruang yang luas dan selesa, boleh ke Jalan Selat, Teluk Intan, iaitu jalan menuju ke Kampung Gajah sebelum jambatan merentasi Sungai Perak. Selain Mee Rebus, rojak Mastan Ghani adalah antara menu popular yang wajib rasa.

Alamat: A151, Taman Antek Avenue, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm
3. Medan Selera Menara Condong
Medan Selera ini sudah berusia lebih 20 tahun. Di situ terdapat banyak gerai makanan. Makanannya semua sedap-sedap dan terdapat banyak pilihan. Kedudukan Medan Selera ini betul-betul berhadapan dengan Menara Condong, Teluk Intan. Mee bandung yang dimasak panas di Medan Selera ini dapat menambat selera pengunjung yang datang kesini.

Alamat: Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
4. Gerai Chah Sabar Menunggu
Gerai ini terletak di Jalan Mahkamah Teluk Intan. Ia adalah destinasi sarapan yang terbaik di Teluk Intan. Perak memang terkenal dengan Mee Kicap, dan di Teluk Intan Mee Kicap yang sedap adalah di gerai inilah. Selain Mee Kicap, Kuetiow Sup dan Teh Tarik adalah menu yang juga hangat diperkatakan.

Alamat: Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia