Please enable your JavaScript in order to browse the website.

M Boutique Hotel, Ipoh

M Boutique Hotel sering dirujuk sebagai tempat yang unik, tetapi hotel ini membawa sesuatu yang menyegarkan yang membezakannya dengan hotel butik yang lain di Malaysia. M Boutique Hotel juga dikendalikan oleh mereka yang berjiwa muda, oleh itu hotel ini mempamerkan kepada pengunjung personaliti yang unik dan bersemangat. Mereka juga menyampaikan perkhidmatan mereka dengan cara lebih unik.



BILIK HOTEL
Bilik-bilik dan suite-suite yang dilengkapi dengan telefon dan Wi-Fi percuma, penyaman udara, TV dan pelbagai lagi demi membuat anda lebih selesa. Setiap bilik mempunyai dekorasi yang berbeza, malahan hotel ini mempunyai tema yang berbeza untuk setiap tingkat. Bilik yang bertemakan The Adventure terletak di tingkat 1, diilhamkan oleh cerita ekspedisi Safari Malaysia sekitar tahun akhir 1800-an. Di tingkat 2, terdapat bilik yang bertemakan The Majestic, berinspirasikan daripada dua bekas Majestic Hotel yang direka dalam gaya Art Deco. Manakala di tingkat 3 pula bertemakan The Excelsior di mana menampilkan reka bentuk yang mempamerkan spektrum warna alam yang luas.


KAFE DAN RESTORAN
Sekiranya anda rindukan aroma kopi yang harum, di hotel ini terdapat Oldtown White Coffe di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis minuman tertutamanya kopi dan makanan ringan. Manakala, MYTH Eatery and Bar merupakan sebuah premis makanan yang mencerminkan persekitaran yang unik tetapi menarik. Di Eatery and Bar anda akan disajikan hidangan ringkas dan minuman dalam suasana yang selesa dan santai. Konsep deco di sini pasti mengingatkan anda akan sebuah kedai ubat klasik.


MESYUARAT DAN SEMINAR
Sekiranya anda mempunyai tugasan kerja. Di M Boutique Hotel Ipoh, anda bernasib baik kerana mereka mempunyai 2 ruang niaga yang dipanggil M | SPACE, ruang pertama yang terletak di aras bawah, sesuai untuk 4 hingga 5 orang mengadakan perbincangan. Yang kedua terletak di Aras 1, di mana ianya lebih besar dan juga merupakan tempat yang sesuai untuk perhimpunan kecil dan majlis atau acara bahagia. Ruangan ini dipenuhi dengan sentuhan seni, cermin, dan kerja-kerja photo.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Gym layan diri hotel ini, dibuka 24 jam. Ianya dilengkapi dengan barbells dan mesin senaman. The Living Room yang terletak di Tingkat 1, dihiasi dengan perabot seperti pembaringan rotan, meja yang penuh dengan hiasan, rak buku, lampu bertemakan safari dan permaidani jut. The Living Room juga sesuai sebagai bilik bacaan. Perkhidmatan cucian sendiri yang tersedia 24 jam sehari pasti lebih memudahkan anda, dan hotel ini juga menyediakan pencuci percuma dan pelembut. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma untuk mereka yang menginap di sini.


TEMPAT MEMBELI BELAH DALAM HOTEL
Hotel ini menyediakan dua kedai yang membolehkan anda membeli-belah. Menjual produk yang di buat khas yang berkualiti untuk para pengunjung. Di kedai ini, mereka menjual produk atau barangan yang mengikut gaya hidup dan trend fesyen semasa. Namun, produk yang dihasilkan, kuantitinya adalah terhad. Produk yang dijual di M | SHOP terdiri daripada hiasan rumah, alat tulis pejabat, kusyen empuk, hadiah, pakaian, topi, tangan yang dibuat sabun organik, lilin wangi dan minyak aromaterapi semula jadi.


TEMPAT TARIKAN SEKITAR HOTEL
Gua Tempurung terletak di Gopeng. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang cantik. Bagi anda yang suka melihat burung, Taman Alam Kinta adalah sebuah lokasi menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti ke Ipoh. Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang harus dikunjungi dan merupakan sebuah tasik bekas lombong bijih timah yang dipulihara untuk dijadikan destinasi pelancongan di Ipoh. Taman Herba Negeri Perak mempunyai lebih 527 spesis herba yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi, kosmetik dan juga makanan termasuk ulam dan rempah-ratus. Selain itu, anda juga boleh berseronok dan bermandi manda di Lost World of Tambun, taman tema yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Tidak kira kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Taman tema ini terbahagi kepada dua, taman tema kering dantamantema basah.


Alamat: M Boutique Hotel, 2 Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia
Tel: +605 255 5566
Fax: +605 255 1666
Email: mboutiquehotels.com
Facebook: M Boutique Hotel, Ipoh
Twitter: M Boutique
Pintrest: M Boutique Hotel, Ipoh
Instagram: mymboutique