Please enable your JavaScript in order to browse the website.

The Banjaran Hotspring Retreat, Ipoh

Terletak di atas sebuah lembah dengan keluasan 16.19 ekar dan berjarak 15 minit memandu dari Bandar Ipoh. , ia dikelilingi oleh batu kapur Paleozoic yang berusia 260 juta tahun. Boleh lah anda melihat sendiri keunikan serta keistimewaan kejadian batu kapur di negara kita. Selain itu, persekitarannya juga kaya dengan hutan hujan yang menghijau dan turut terdapat gua semulajadi untuk diterokai serta air terjun. Selain dapat menjamu mata sepuas-puasnya dengan panorama yang mengasyikkan, anda juga berpeluang untuk merehatkan tubuh di dalam kolam air panas yang menyegarkan. Pendek kata, penginapan ini merupakan tempat paling sempurna untuk anda bercuti. Jauh dari hiruk-pikuk dan kebisingan kehidupan kota, anda bakal temui ketenteraman yang dicari-cari. Penginapan ini sesuai untuk keluarga dan juga untuk bulan madu tau!

Jenis Penginapan
Di sini terdapat 25 buah villa yang terdiri daripada Garden Villa dan Water Villa. Garden Villa menawarkan privasi yang lebih baik dengan bilik yang luas, kolam renang besar dan ruang tamu manakala Water Villa saiznya lebih kecil dan harganya lebih murah berbanding Garden Villa. Menariknya, di villa-villa ini terdapat ruang patio terbuka, ruang tamu serta ruang makan dan kolam renang dan jakuzi peribadi. Ianya amat sesuai bagi anda yang mahu berbulan madu di sini. Tetapi perlu di ingatkan, di sini, tetamu tidak boleh bawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah memandangkan polisi tempat ini sangat menekankan privasi dan mengekalkan ciri-ciri eksklusif dan suasana ideal disini.

Ruang Majlis
Jika anda ke sini bagi tujuan perniagaan, menganjurkan mesyuarat dan seminar pihak resort ada menyediakan bilik mesyuarat dengan kemudahan yang lengkap kepada anda. Dengan penyaman udara serta kemudahan wifi percuma pasti membuatkan acara anda berjalan dengan lancar. Selain itu, jika anda mahu menganjur acara seperti pelancaran, majlis makan malam dan sebagainya, anda boleh membuat tempahan eksklusif di Jeff Cellar. Selain itu, di sini ada menyediakan sebuah Deck terbuka yang sesuai bagi majlis perkahwinan anda. Dengan konsep yang terbuka ini, akan membuatkan majlis anda lebih segar dan menarik dengan di kelilingi alam semulajadi yang indah memukau.

Restoran dan Kafe
Menjamu selera dalam suasana yang menenangkan, dengan pemandangan semulajadi di Pomelo. Pomelo memperoleh namanya dari buah di Ipoh yang terkenal. Restoran ini beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 10 malam dan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Menariknya lagi, restoran ini ada menyediakan menu bulanan khas sepanjang hari. Jika anda mahukan makanan yang lhas anda boleh berunding dengan Penyelia Chef untuk memenuhi kehendak dan keperluan anda.

Jeff’s Cellar adalah salah satu tempat yang paling unik di dunia di mana anda dapat melihat stalagmit yang indah sambil menjamu selera. Terletak di dalam sebuah gua batu kapur, pasti membuatkan anda ingin menjamu selera disini. Nikmati pelbagai minuman dengan pencahayaan yang halus dan ciri-ciri air semula jadi pasti membuatkan suasana menjamu selera anda cukup romantis. Restoran ini dibuka pada pukul 6 petang sehingga pukul 11 malam.

Kemudahan yang disediakan
Serlahkan kesegaran diri anda dengan melakukan Spa Ramuan Melayu, Rawatan Hidroterapi Kolon, Rawatan Urut Peremajaan Abhyanga, The Banjaran Signature Massage Dan Rawatan Urut Tradisional Melayu. Tambahan lagi, terdapat juga kemudahan yang berkait dengan kesihatan tubuh ditawarkan oleh pihak penginapan ini kepada seperti program kecergasan, program pelangsingan badan, program detoksifikasi tubuh dan juga program peremajaan. Selain itu, anda boleh menyegarkan diri di Steam Cave di mana merupakan sauna semulajadi yang terdapat di sini. Sesuai dengan namanya, di sini juga terdapat kolam air panas yang anda boleh berendam sambil merehatkan badan dan minda.

Tempat Menarik Setempat
Untuk anda yang ingin mendapatkan tanaman herba segar sama ada untuk tujuan kesihatan, aromaterapi mahupun perubatan, disarankan ke Kampung Payang, Batu Gajah. Terdapat lebih 500 spesies herba ditanam di sini seperti daun sekentut, rempah padang, kacip Fatimah, hempedu bumi, kucing galak dan bermacam-macam lagi. Selain itu, anda yang ingin membeli cenderamata berupa labu sayung, boleh singgah di Kampung Bidara atau Kampung Gajah. Terdapat pelbagai pilihan warna dan saiz, bergantung pada cita rasa masing-masing.

Jika anda gemar aktiviti lasak dan mencabar, singgahlah ke Hutan Simpan Belum. Hutan simpan ini sesuai untuk jungle trekking, hiking, berakit, speed-boating dan jika mendaki kawasan tinggi, pengunjung berpeluang melihat bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Akhir sekali, jangan lupa untuk lawati Santuari Burung Kuala Gula. Merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 50km dari barat laut Bandar Taiping. Setiap tahun, bermula akhir Ogos hingga April, beribu burung air daripada pelbagai spesies akan singgah di Kampung Gula yang menjadi laluan migrasi mereka.

Laman Web: www.thebanjaran.com
Alamat: The Banjaran Hotsprings Retreat No. 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon: +605 210 7777
Fax: +605 210 7778
Email: tbhr.reservations@sunwayhotels.com
Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh
Trip Advisor: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh