Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jom Melawat Putrajaya

Putrajaya sememangnya sangat familiar dalam kalangan rakyat tempatan kerana ianya merupakan sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia. Namun begitu Putrajaya juga boleh dikatakan sebagai salah satu pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara ini. Putrajaya dijadikan sebagai wilayah persekutuan pada akhir tahun 1980-an yang pada mulanya merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.Kemegahan Putrajaya mula dibina pada awal tahun 1995 sebagai sebuah bandar raya terancang bagi menggantikan Kuala Lumpur yang sebelum ini menjadi pusat pentadbiran. Pembinaan pusat pentadbiran ini mempunyai falsafah tersendiri yang perlu diterokai dan dijadikan sebagai tempat yang wajib dilawati oleh masyarakat terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

TARIKAN DI PUTRAJAYA

1. Masjid Putrajaya
Masjid utama di Putrajaya ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra. Dibina dengan granit berwarna merah yang memberikan ia adalah warna yang tersendiri, masjid ini boleh menampung 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Satu ciri menarik masjid adalah Sahn atau laman dalaman, yang berlandskap dengan ciri-ciri air hiasan untuk memberikan rasa yang menenangkan.

Alamat: Presint 1, 62502 Persekutuan, Putrajaya, Malaysia

2. Jambatan Seri Wawasan
Selain sebagai lokasi penggambaran filem, Jambatan Putrajaya juga sering menjadi tempat pilihan untuk wedding photoshoot. Melihat matahari tenggelam di waktu senja disini juga sangat cantik. Di waktu malam, anda boleh lihat jambatan ini dari jauh kerana sinaran lampu neon yang menghiasi jambatan ini. Jambatan Putrajaya sememangnya salah satu tempat menarik di Putrajaya di waktu malam untuk dilawati bagi sesi photoshoot sebagai kenang-kenangan.

Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

3. Cruise Tasik Putrajaya
Pengunjung boleh memulakan pelayaran santai sambil melihat satu mercu tanda di bandar ini. Dua mod pengangkutan yang ada, bot pelayaran penumpang, atau, kapal gondola seperti yang menyerupai perahu Melayu tradisional. Daun adalah bot pelayaran makan mewah yang datang dengan hiasan sebuah restoran lima bintang, jadi penumpang boleh menjamu selera dalam gaya sambil menikmati pemandangan.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm
Telefon: +60 3-8888 5539

4. Taman Botani
Merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesis tumbuhan dalam dan luar negara. Taman Botani ini terbahagi kepada 3 bahagian atau tema dan kalau anda malas nak berjalan kaki, anda boleh sewa basikal disini atau menaiki ‘tram’. Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Salah satu taman yang menjadi tarikan ialah di ‘Floral Garden’/Taman Tumbuhan Berbunga yang menempatkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelosok dunia.

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya, 62000, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam
Telefon: +60 3-2615 8188

5. Taman Wetland Putrajaya
Taman Wetland Putrajaya merupakan sebuah taman yang mana anda boleh berjalan kaki atau menyewa basikal untuk mengelilingi disekitarnya sambil melihat binatang-binatang seperti burung-burung dan ikan-ikan di tasik. Satu destinasi yang sesuai untuk habiskan masa petang dan berpiknik dengan anak-anak dan keluarga di tengah-tengah bandar Putrajaya.

Presint 13, 62000 Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 3-8887 7774

6. Perdana Putra & Seri Perdana
Perdana Putra – Bangunan Jabatan Perdana Menteri yang berkubah hijau yang mempunyai senibina unsur-unsur Islamik yang sangat cantik. Terletak hanya bersebelahan dengan Masjid Putrajaya dan Dataran Putra.

Seri Perdana – Merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai konsep rekabentuk bangunan yang seakan Perdana Putra. Mahligai PM ini mempunyai 3 bahagian blok utama iaitu Blok Protokol, Blok Kediaman dan Blok Bankuet. Bagi mereka yang sukakan seni bina bangunan, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan mahligai kediaman PM ini.

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya

7. Dataran Putrajaya
Dataran Putrajaya, tempat yang perlu dilawati kerana pemandangan yang menarik berhampiran dengan masjid dan tasik Putrajaya. Pengunjung dapat bersantai bersama keluarga dengan menikmati suasana meriah dengan aktiviti berbasikal, skuter, kasut roda dan sebagainya. Ruangan yang luas menjanjikan keselesaan kepada pengunjung tanpa perlu bersesak-sesak untuk bersantai bersama keluarga. Persekitaran yang bersih dan terbuka pasti menjadi pilihan untuk beriadah.

Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 6.00am – 10.00pm

PUSAT BELI-BELAH DI PUTRAJAYA

1. Alamanda Mall
Kunjungan anda ke Putrajaya menjadi tidak sah jika tidak singgah d Alamanda yang terletak di Presint 1. Alamanda Mall merupakan pusat membeli-belah yang menawarkan kepada pengunjung pelbagai barangan idaman serta perkhidmatan hiburan seperti pusat bowling dan pawagam. Pengunjung juga tidak perlu ke lokasi lain jika mahu menikmati makanan kerana di sini juga telah disediakan medan selera yang sangat eksklusif sambil menghayati keindahan alam semula jadi.

Alamat: Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Presint 1,, Wilayah Persekutuan, Malaysia, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-8888 8882

2. IOI City Mall
Kompleks membeli belah ini merupakan kompleks membeli belah yang baru di Putrajaya dan sangat ideal untuk dilawati jika ke Putrajaya. Shopping Mall ini merupakan one stop centre untuk mereka yang ingin membeli-belah, mencari destinasi makan menarik dan juga mencari aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga. Selain itu, IOI City Mall juga terkenal dengantarikan seperti taman tema District 21, Ice Skating, Golden Screen Cinema dan banyak lagi.

Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Telefon: +60 3-8328 8899