Please enable your JavaScript in order to browse the website.

“Kafe Kucing” Yang Unik Buat Pencinta Kucing

Membela kucing boleh membawa keceriaan kepada kehidupan seharian pemiliknya. Sekarang anda boleh pergi ke Kafe Kucing yang menjadi trend terkini di Malaysia. Idea unik ini sebenarnya berasal dari Taipei, Taiwan. Jika anda berkunjung ke mana-mana negeri di Malaysia, anda mungkin boleh masukkan kafe kucing ini didalam senarai tempat mesti dilawati. Jom kita lihat antara Kafe Kucing di Malaysia yang mesti dilawati!


1. Kopicat Cafe
Kopicat Cafe yang dahulu dikenali sebagai Coffee Cottage telah ditubuhkan pada Januari 2014 sebagai sebuah kafe kucing yang unik, yang merupakan satu konsep yang diambil dari Jepun. Kafe ini juga menyediakan minuman kopi yang segar dan pelbagai hidangan istimewa termasuklah kek yang dijual dengan harga istimewa pada setiap hari Rabu. Mereka menyediakan pencuci mulut dan minuman seperti kopi, teh dan coklat sebagai sajian utama. Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan pelanggan, mereka memperluaskan kafe ke dalam makanan dan snek. Selain makanan yang menarik, tentunya kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kucing yang gebu, comel dan membuatkan anda berasa geram apabila melihat nya. Kafe ini mempunyai 10 kucing mesra yang terdiri dari baka yang berbeza. Kucing yang menghuni kafe ini, ada kucing terbiar yang terselamat dan juga kucing peliharaan yang di beli dari kedai.

Alamat: 1-1, Jalan SS 15/8a, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam, 11.00 pagi – 12 pagi (Jumaat – Ahad)
Nombor Telefon: 03 5613 0078
Info: Kopicat Cafe

2. Purradise Cat Cafe
Purradise Cat Cafe, TTDI ini berkonsepkan taman fantasi. Hiasan dinding dan dekorasi kafe ini amat indah dan damai sekali. Suasana fantasi tersebut akan lebih dirasai saat anda bermanja dan bermain dengan kucing-kucing yang ada di sana. Kafe yang diusahakan sepasang kekasih ini juga boleh diibaratkan seperti “Syurga Kucing”. Cafe Kucing ini dimulakan dengan niat untuk menjaga kebajikan kucing terbiar di Malaysia. Keuntungan yang diperoleh oleh Cafe ini akan disalurkan semula untuk kebajikan kucing terbiar yang lain. Di sini bayaran dikenakan mengikut masa. Ini adalah untuk memastikan kedai ini tidak terlalu sesak untuk mengelakkan kucing di sini berasa stress.

Alamat: No. 24A (First Floor), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon: +603 2389 0976
Waktu Operasi: 02.00 petang – 10.00 malam, 11.00 pagi – 11.00 malam (Hari Minggu & Cuti Umum), (Isnin Tutup)
Info: Purradise Cat Cafe

3. House Of Cat
Secara umumnya kucing dan rumah itu menjadi sinonim dengan kita semua, tema rumah melayu lama digunakan dalam hiasan dalaman House of Cat, menjanjikan jenis studio atau tempat bermain kucing di Malaysia dan di luar negara. House of Cat mempunyai ciri rumah Melayu, memaparkan ciri-ciri dan konsep Melayu, semakin dilupakan oleh generasi baru. Dengan kewujudan House Of Cat sendiri, boleh memupuk rasa semangat dan cinta kepada budaya lama yang hampir pupus. Selain bermain kucing dalam House of Cat, pengunjung juga dapat rasa seperti berada di dalam rumah kampung. Malah, House of Cat kini mempunyai gerai untuk mereka yang mahu makan, minum dan merasa kek melayu. Selain itu, mereka juga mempunyai petshop dan juga grooming.

Alamat: 23B (2nd Floor), Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Nombor Telefon: +6017 975 1067
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 09:00 malam (Isnin Tutup)
Info: House of Cat

4. The Country Cat Cafe
The Country Cat Cafe dibuka sekitar Julai 2015 dan telah mendapat anugerah Cat Café terbesar di Malaysia daripada Malaysia Book of Records. Pada mulanya kat Café ini dibuka di Setapak tetapi sekarang ia sudah berpindah ke Port Dickson. Di sini mereka percaya yang setiap satu kucing didunia ini perlukan tempat berlindung, dan tidak perlu ada kucing yang homeless. Mereka akan membela kucing terbiar sebanyak yang mampu dan mereka juga mengizinkan tetamu yang sudah jatuh cinta dengan kucing disitu membawanya pulang dengan mereka.

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +6018 207 8682
Waktu Operasi: 09.00 pagi – 06.00 petang (Isnin Tutup)
Info: The Country Cat Cafe

5. Purrfect Cat Cafe
Bagi mereka yang berada di utara boleh berkunjung ke Purrfect Cat Cafe. Pengunjung bukan sahaja dapat bermain dengan kucing-kucing yang ada disini, malah terdapat pelbagai jenis cenderahati yang boleh dibawa pulang. Kafe ini terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti bagi memastikan keselamatan kucing. Ruang kafe ini sesuai untuk anda sekeluarga lawati pada hujung minggu. Terdapat pelbagai cenderahati kucing yang menarik disini. Makanan dan minuman mereka pun boleh tahan juga!

Alamat: 53, Jalan Muntri, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon: +604 261 1197
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 09.30 malam
Info: Purrfect Cat Cafe

6. CATS Cafe
CATS (Cats At Their Sanctuary) Cafe merupakan kafe kucing pertama di Johor. Mereka yang berada di Johor pasti sudah kenali CATS Cafe ini. Ini kerana kafe ini adalah kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu. Dari awal pembukaannya sehingga kini, ia dikatakan sentiasa penuh dengan pencinta kucing. Konsep dan dekorasi kafe ini juga agak berlainan kerana ia memaparkan konsep alam semulajadi. Terdapat beberapa dekorasi seperti tiang yang dijadikan sebagai batang pokok dan jambatan kecil di atas pokok tersebut. Jadi tunggu apa lagi?

Alamat: 31A, Lorong 2c, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Nombor Telefon: +60 7-207 0399
Waktu Operasi: 01.00 petang – 09.30 malam, (Rabu Tutup)
Info: CATS Cafe

7. Good Meowning Cafe
Good Meowning ini dibuka pada Januari 2016. Di bilik permainan kucing ini akan ada 25 ekor kucing berbagai baka yang bakal menemani anda. Terdapat juga cenderahati seperti tote bag yang bercorak lukisan kucing dari Good Meowning Cafe juga ada dijual di sini untuk pelanggan yang berminat. Pelbagai pilihan tote bag yang boleh anda pilih. Good Meowning Cafe juga ada menyediakan kemudahan surau untuk pelanggan bersolat. Hiasan rekabentuk luaran & dalaman dinding cafe ini lebih menarik dengan mural yang berkonsepkan lukisan dialog kucing, nasihat dan bermacam macam lagi di mana para pelanggan boleh bergambar bersama keluarga & rakan-rakan berlatar belakangkan lukisan mural terbabit.

Alamat: No 1, Jalan Suasana 2/7A, Bdr Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
Nombor Telefon: +603 9082 2111
Waktu Operasi: 09.00 pagi – 10.30 malam (Isnin Tutup)
Info: Good Meowning Cafe

8. Meow Meow Cafe
Jika anda berkunjung ke Sarawak, anda bolehlah mengunjungi Meow Meow Cafe ini. Ruang makan dan santai bersama kucing diasingkan bagi memastikan tahap kebersihan kafe tersebut. Meow Meow Cafe merupakan kafe kucing pertama di Sarawak.Kucing yang terletak di sisi lain dari bilik. Ada 6 kucing di sana. Sebelum pergi ke sana untuk bermain dengan kucing, anda perlu untuk membersihkan tangan anda, dan sanitizer tangan disediakan di pintu masuk. Kasut juga tidak dibenarkan di kawasan kucing. Pengunjung perlu mengikut peraturan dan undang-undang, ia adalah penting untuk memastikan kucing sihat. Segala-galanya dihidangkan dalam pinggan mangkuk bertemakan Hello Kitty.

Alamat: Lot 2641, Ground Floor, Jalan Green, 93400, Kuching, Sarawak
Nombor Telefon: +6012 888 0198
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 06:00 petang
Info: Meow Meow Cat Cafe