Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Sepilok Forest Edge Resort, Sabah

Direka untuk kedua-dua tujuan perniagaan dan percutian, Sepilok Forest Edge Resort terletak di lokasi strategik di Sepilok; salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Hanya sejauh 15 KM, hotel 3-bintang ini boleh diakses dengan mudah dari lapangan terbang. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.



BILIK PENGINAPAN
Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang disediakan kepada anda iaitu LBB Dorm Bed, Standard Chalet, D-Chalet, Deluxe Chalet, Family Chalet dan Superior Chalet. Semua bilik ini menawarkan pelbagai jenis tahap keselesaan. Pihak resort turut menyediakan penyaman udara, meja, beranda atau teres, langsir gelap, kipas dalam setiap bilik untuk memuaskan hati tetamu. Apa juga tujuan lawatan, Sepilok Forest Edge Resort merupakan pilihan yang terbaik bagi penginapan anda di Sandakan.


MAKANAN DAN MINUMAN
The Nest Dinning menawarkan masakan sentuhan Borneo Kontemporari. Restoran ini, dikelilingi oleh hutan hujan subur sebagai latar belakang, ruang makan yang luas memberikan keselesaan ketika menjamu selera di sini. Hidangan di sini merupakan masakan tempatan Borneo yang dimasak oleh chef professional. Rasai makan malam yang romantic di atas bukit dan di bawah langit yang dipenuhi bintang-bintang. Dengan hiasan bunga yang cantik sambil di temani dengan bunyi alam semula jadi, pasti memberikan satu pengalaman yang menarik kepada anda. Bagi yang bukan muslim disini juga terdapat bar untuk anda minum sambil bersantai.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Sepilok Forest Edge Resort menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancong Anda juga boleh menikmati suasana yang santai di kolam renang kanak-kanak yang disediakan. . Hotel ini menawarkan pengemasan harian, khidmat teksi, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.


AKTIVITI
Jika anda ingin melakukan aktiviti di sini, pihak resort ada menyediakan aktiviti kepada anda terutamanya bagi pencinta alam semula jadi. Jelajah sungai sepanjang sungai Sepilok dengan menaiki bot. Anda dapat melihat kehidupan liar serta pokok-pokok yang masih tidak tercemar dek tangan manusia. Sudah jelajah menaiki bot di sungai Sepilok, jangan pula tidak cuba melihat kehidupan haiwan kelip-kelip di malam hari. Pasti memberi keterujaan pada diri anda apabila melihat cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip yang begitu cantik.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Pusat Pemulihan Sepilok kawasan perlindungan orang utan adalah salah satu yang terbesar dan paling terkenal di Malaysia. Teletak di dalam Hutan Simpan Sepilok tempat ini hanya 10 minit berjalan kaki dari resort. Kira-kira 75 orang utan berkeliaran bebas dalam hutan simpan. Semasa pemulihan, orang utan ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan sukarelawan yang bekerja di pusat itu dan juga pada derma daripada pengunjung. Pelawat juga dialu-alukan untuk memberi bantuan ke pusat pemulihan ini orang utan.


Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo
Pusat Pemuliharaan Beruang Borneo (BSBCC) merupakan satu-satunya pusat pemuliharaan beruang di dunia yang diasaskan di Sabah, Malaysia pada tahun 2008 dengan dua matlamat iaitu untuk menyediakan penjagaan dan pemulihan bagi menyelamatkan beruang dan meningkatkan kesedaran mengenai beruang Malayan di peringkat antarabangsa. Di sini anda dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai kehidupan beruang. Amat bermanfaat sekiranya anda membawa keluarga anda ke sini.


Monyet Proboscis, Teluk Labuk
Berjalan melalui hutan bakau tebal untuk sampai ke platform pemerhatian dan menemui spesies monyet proboscis yang menarik. Terkenal dengan hidung yang besar dan sifat suka bermain, monyet proboscis yang hanya boleh didapati di utara Borneo. Habiskan masa anda di Proboscis Monkey Sanctuary Labuk Bay adalah acara keluarga yang sangat baik dan cara yang terbaik untuk mengikuti lawatan ke Orangutan Sanctuary Sepilok.


Laman Web: www.sepilokforestedgeresort.com
Alamat: Jalan Rambutan, Sepilok, Mile 14, 90000 Sandakan, Sabah
Email: sepilokforestedge@gmail.com
Telefon: +60 89 533 190/ +60 16 523 3190
Facebook: Sepilok Forest Edge Resort