Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Damai Beach Resort, Kuching

Resort ini terletak di sepanjang pantai Teluk Bandung, berhadapan dengan pemandangan Laut China Selatan yang cantik. Resort ini dikelilingi dengan hutan hujan tropika tertua di dunia dan berhampiran dengan Gunung Santubong yang megah berdiri. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit dari bandar Kuching, ibu negeri Sarawak dan 50 minit perjalanan dari Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Kuching.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Terdapat pelbagai jenis bilik bagi mereka yang ingin bermalam di resort ini. Antaranya, baruk suite, long house suite, chalet, seaview deluxe, standard balcony, superior poolside, hillview wing. Bilik-bilik disini mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bagus. Setiap jenis penginapan di resort ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Untuk menikmati makanan yang lazat, disini menyajikan makanan yang tidak akan sesekali mengecewakan anda kerana disini menawarkan makanan-makanan tempatan dan juga makanan laut yang segar. Terdapat 2 jenis restoran di resort ini antaranya ialah Cafe Satang yang menawarkan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam secara buffet. Cafe Satang merupakan restoran utama di resort ini. Selain itu, Santubong Bar pula ialah bar yang dimana mereka boleh bersantai sambil layan live band dan juga minum minuman alkohol. Jangan risau, minuman bukan alkohol juga ada disini.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di resort ini. Di setiap bilik menyediakan TV LCD, penghawa dingin, akses internet dan Wi-Fi, pengering rambut dan banyak lagi. Layanan yang diberikan oleh pekerja disini juga amat memuaskan.

Kolam renang disini adalah tarikan utama bagi mereka yang bercuti di resort ini. Anda boleh bermandi-manda bersama keluarga mahupun teman anda. Tidak lupa juga tempat ini menyediakan ruang untuk mesyuarat dan juga majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan juga majlis hari keluarga. Perkhidmatan spa turut disediakan oleh pihak resort untuk memenuhi permintaan tetamu-tetamu yang datang. Terdapat juga padang golf bagi mereka yang ingin bermain golf di Damai Golf & Country Club. Resort ini berhampiran dengan pantai jadi terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini contohnya, berkayak dan lain-lain.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN

1. KUCHING WETLANDS NATIONAL PARK
Terletak lebih kurang 14km daripada bandar Kuching dan hanya 4km dari Pantai Damai dan Taman Negara Kuching Wetland ini merangkumi kawasan yang seluas lebih daripada 6000 hektar berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu.

Disini (kawasan yang agak berpaya bakau) juga anda boleh menjumpai pelbagai jenis binatang liar seperti proboscis monkey (monyet hidung besar), biawak monitor, buaya, burung-burung hutan, helang laut dan banyak lagi. Untuk mengembara di taman negara ini anda perlu ke sungai dengan menaiki bot dan ada beberapa pengusaha (tour guide) yang boleh membawa anda pusing-pusing di sekitar taman negara ini. Anda boleh mendapatkan contact untuk tour guide ini di hotel anda.

Teluk Batik
Banana Boat



2. BORNEO HIGHLAND
Seperti juga di Cameron Highland di Semenanjung, di Sarawak pula ada Borneo Highland dan disini lah terletaknya Borneo Highland Resort dan juga Hornbill Gold dan Jungle Club. Lapangan golf disini mempunyai 18 lubang dan sangat mencabar kerana suhu yang sejuk dan agak berkabus, seolah bermain golf di awangan begitu.

Terletak kira-kira 80km dari Kuching dan resort di sini terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan pada ketinggian altitud 600-1000 meter. Di kaki bukit Borneo Highland pula menempatkan Rumah Panjang Annah Rais etnik Bidayuh. Di sini juga menjadi tempat acara tahunan iaitu Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung.

Teluk Batik
Banana Boat



3. PANTAI DAMAI
Pantai Damai terletak berdekatan dengan hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan dikelilingi dengan ceruman pokok hutan tropika bermula dari atas Gunung Santubong dan disini juga ada resort yang menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian di tepi pantai di Kuching. Berdekatan dengan Pantai Damai juga ialah Kampung Budaya Sarawak.

Teluk Batik
Banana Boat



4. MUZIUM KUCING
Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian ala kucing dan juga cenderahati ala kucing. Menempatkan lebih 4000 koleksi.

Muzium ini terletak di aras ground floor di bangunan City Hall dan mempunyai 4 galeri utama yang merangkumi keluasan binaan lebih 1000 meter persegi. Kemasukan ke Muzium Kucing di Kuching ini percuma namun jika ingin mengambil gambar, cas akan dikenakan iaitu RM3 dan RM5 untuk video. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan dibuka dari pukul 9 pagi sehinggalah ke 5 petang.

Teluk Batik
Banana Boat



5. RUMAH PANJANG ANNAH RAIS BIDAYUH
Kalau anda ke Sarawak Cultural Village anda menjumpai pelbagai jenis replika rumah panjang beberapa etnik. Itu hanya replika jadi kalau anda nak melihat sendiri bagaimana rupa sebenar rumah panjang, boleh lah ke Rumah Panjang Annah Rais. Rumah ini merupakan penempatan etnik Bidayuh yang terletak lebih kurang 90km ke arah selatan bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Berhampiran dengan Rumah Panjang ini, ada beberapa kolam air panas yang sangat popular dan asli.

Teluk Batik
Banana Boat



6. KUCHING WATERFRONT
Disini merupakan tempat menarik di Kuching yang semestinya dilawati kalau nak membeli cenderahati kerana banyak kedai-kedai kraftangan (di Sarawak Steamship Building).

Antara barangan yang boleh anda beli ialah hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Anda boleh lepak-lepak di tepi sungai Sarawak dan makan-makan di kedai makan yang best disini. Dari sini juga anda boleh naik bot untuk menikmati keindahan di sepanjang sungai.

Teluk Batik
Banana Boat


Laman Web: damaibeachresort.com
Alamat: Teluk Bandung Santubong, P.O. Box 2870, 93756 Kuching, Sarawak, Malaysia
Telefon: +6082-846999
Fax: +6082-846777
Emel: general@damaibeachresort.com
Facebook: Damai Beach Resort Kuching