Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Permai Rainforest Resort, Kuching

Permai Rainforest Resort adalah sebuah eko-resort yang terletak di hutan hujan asli Borneo berdekatan dengan pantai Laut China Selatan dan di kaki Gunung Santubong. Resort ini direka dengan mengurangkan kesan kepada alam semula jadi. Ia menjadikan tempat ini unik, sesuai untuk menginap serta menikmati keindahan dan ketenangan alam semula jadi tanpa menjadi satu ancaman besar kepada flora dan fauna. Meliputi 44 ekar, resort ini terletak di dalam hutan hujan Borneo berhampiran dengan Pantai Damai yang popular dan hanya 25 km atau 30 minit memandu ke utara Kuching, ibu negeri Sarawak.



BILIK RESORT
Permai Rainforest Resort menyediakan 3 jenis penginapan iaitu The Tree House, Cabins dan tapak khemah. The Tree House terdapat 10 Unit. Setiap unit dibina di atas tiang 20 kaki di atas tanah hutan kanopi. Tidur di antara pokok-pokok dan bangun pagi dengan bunyi laut memukul pantai adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Sesuai untuk pasangan romantis dan keluarga kecil atau sesiapa sahaja yang memerlukan ruang untuk bersantai. Selain itu, bagi penginapan jenis Cabins pula terbahagi kepada dua jenis iaitu satu tingkat dan dua tingkat. Penginapan jenis ini sangat ideal untuk keluarga atau kumpulan yang inginkan penginapan yang praktikal dan selesa. Bagi mereka yang ingin lebih dekat dengan alam semula jadi, resort ini ada menyediakan tapak perkhemahan. Anda boleh menikmati suasana tenang, privasi dan damai di dalam hutan belantara. Penginapan di sini disediakan dengan kemudahan yang lengkap untuk menjamin keselesaan anda.


MAKANAN DAN MINUMAN
Jika anda di sini anda boleh menjamu selera di The Feeding Tree. Kafe ini terletak di lereng bukit dan memberikan pandangan laut yang sangat cantik. Pada waktu petang, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Ia juga dikelilingi oleh pokok-pokok dan anda boleh melihat tupai, burung dan pelbagai hidupan liar. Kebanyakan set menu di sini, terdiri daripada hidangan tempatan tetapi pihak resort akan menyesuaikan makanan mengikut kehendak anda seperti makanan barat atau vegetarian. Jangan lupa untuk mencuba barbeku dan bufet di pantai ketika matahari terbenam. Semua makanan yang disediakan adalah halal dan dimasak tanpa menggunakan Monosodium Glutamat (MSG).


BILIK PERSIDANGAN
Permai Rainforest Resort menyediakan 3 ruangan persidangan yang berlainan saiz dan sesuai untuk apa-apa aktiviti tertutup. Ruangan ini dinamakan sempena teluk sepanjang pantai Damai iaitu Belian, Embang dan Sepang. Billik Belian boleh memuatkan sehingga 100 orang. Makala, bilik Embang boleh memuatkan sehingga 60 orang. Bilik Sepang pula, berkapasiti 220 orang. Semua bilik persidangan adalah berhawa dingin dan terletak dalam jarak 1 minit berjalan kaki dari Tree Cafe. Penggunaan bilik persidangan termasuk kemudahan yang anda inginkan seperti WIFI, P.A. sistem, LCD projektor, flipchart, papan putih dan alat tulis. Akhir sekali ialah Jungle Hall. Dewan ini adalah dewan terbuka yang besar dan sesuai untuk acara makan malam bertema, majlis perkhawinan, aktiviti dalaman dan fungsi lain bagi kumpulan yang besar.


AKTIVITI
Aktiviti di resort ini dibahagikan kepada aktiviti riadah dan aktiviti latihan. Terdapat beberapa aktiviti yang amat mencabar terutamanya aktiviti latihan seperti kursus halangan, trust fall & spider web, pasukan chat challenge, memanjat batu, flying fox, meredah hutan dan banyak lagi. Aktivti latihan ini sesuai untuk anda yang datang dalam kumpulan dan ingin melakukan aktivti menguji ketahanan diri. Manakala yang lain hanya sedikit mencabar seperti nature walk, night walk, mencari harta karun, melihat burung dan pelbagai lagi. Aktiviti ini boleh dilakukan pada kadar yang lebih santai. Bagi anda yang gemarkan aktivti yang santai dan bermanfaat harus mencubanya. Anda juga boleh bermandi-manda di kolam renang yang di perbuat dari bahan semula jadi.


TEMPAT MENARIK SEKITAR
1. Masjid Negeri
Sejarah pembinaannya bermula pada tahun 1847. Diperbesarkan sedikit demi sedikit demi keselesaan jemaah kemudiannya diruntuhkan dengan bom di tahun 1967 untuk pembinaan masjid yang lebih selesa dan menarik. Berada di tengah bandar Kuching, memudahkan anda untuk mencari masjid ini.


2. Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak. Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik.


3. Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)
Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. Sarawak Cultural Village berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk anda belajar secara tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak. Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Anda juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya.


4. Semenggoh Nature Reserve
Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. Elok datang ketika orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kekadang orang utan yang sudah dilepaskankan pun akan datang semula untuk mendapatkan makanan.


5. Sarawak Orchid Garden
Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis. Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii – berbau busuk dan Vandal Dearei – orked yang berbau wangi. Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont berdekatan Astana dan Fort Margaritha.


Laman Web: www.permairainforest.com
Alamat: Teluk Penyuk, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Email: reserve@permairainforest.com
Telefon: +60 82-846 490
Facebook: Permai Rainforest Resort