Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Sematan Palm Beach Resort, Kuching

Hanya satu jam setengah memandu dari Kuching, Sematan Palm Beach Resort merupakan destinasi yang sempurna untuk percutian yang singkat dan sukakan cabaran. Sematan merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di hujung barat jauh Sarawak menghadap Laut China Selatan dan tidak jauh dari sempadan Sarawak-Kalimantan (Indonesia). Dibuka pada tahun 2004, resort ini terkenal dengan pantai berpasir yang panjang dan bersih. Sebaik sahaja anda telah menjejakkan kaki di resort ini, anda akan tahu ia adalah masa untuk berehat dan meletakkan kebimbangan anda di belakang. Dikelilingi oleh alam semula jadi pasti dapat memberi ketenagan ketika menginap di sini.



BILIK PENGINAPAN
Sematan Palm Beach Resort menyediakan 39 buah penginapan yang terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama ialah penginapan jenis chalet, di mana terdapat gaya A frame dengan bilik tidur di tingkat atas dan tingkat bawah dan yang gaya banglo, Quadruplex. Terdapat juga jenis penginapan Family Room yang terdiri daripada dua bilik dan boleh memuatkan sehingga enam orang. Kesemua penginapan ini, dilengkapi dengan perabot yang berkualiti tinggi dan mencantikkan suasana tempat tidur anda. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, televisyen serta kemudahan lain bagi menjamin keselesaan anda.


MAKANAN DAN MINUMAN
Jika anda menginap di Sematan Palm Beach Resort, anda boleh menjamu selera di restoran yang terdapat di sini. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan masakan tempatan yang sungguh menyelerakan. Pasti rugi bagi sesiapa yang tidak mencuba disini terutamanya bagi anda yang bukan menetap di Sarawak. Disediakan ruang makan yang luas, anda boleh menjamu selera samada di dalam mahupun di luar restoran. Jika di luar ada dapat menikmati pemandangan pantai yang cantik sambil makan.


MESYUARAT DAN MAJLIS
Sekiranya anda mahu menganjurkan mesyuarat atau majlis seperti makan malam, majlis perkhawinan dan sebagainya, di sini terdapat ruangan serta tempat yang disediakan untuk anda. Jika anda ingin melansungkan majlis perkhawinan, anda boleh memilih untuk melakukannya secara tertutup atau terbuka yang berlatarkan pantai. Pihak resort akan menyediakan kelengkapan untuk anda yang ingin mengajurkan acara seperti meja, kerisi, sistem PA, hiasan dan pelbagai lagi. Selain majlis perkhawinan, anda juga boleh menganjurkan acara lain secara terbuka seperti hari keluarga, hari sukaneka dan makan malam romantic.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Kemudahan yang disediakan oleh pihak resort dijadikan sebagai kredit tambah kepada pengujung terutamnya bagi mereka yang bercuti untuk merehatkan badan. Di sini anda boleh bermandi-manda samada di kolam renang yang disediakan mahupun di tepi pantai kerana resort ini terdapat pantai peribadi untuk tetamunya. Menariknya, kolam renang yang disediakan di penuhi dengan air masin. Jadi, jika tak mahu mandi di tepi pantai tapi masih mahukan rasa pantainya, terjun sajalah dalam kolam renang. Selain itu, kepada anda yang bawa anak-anak, terdapat taman permainan mini di mana andak-anak anda boleh bermain di situ. Terdapat juga kerusi-kerusi yang disediakan untuk anda bersantai sambil menikati pemandangan.


AKTIVITI
Bagi anda yang tidak gemar tinggal di bilik sahaja apa kata, lakukan aktiviti mencabar bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan menaiki Banana Boat yang disediakan oleh pihak resort. Pasti menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Aktiviti lain, anda boleh menjelajah melihat alam semula jadi yang terdapat di Sematan dengan menaiki bot. Selain menggunakan bot, anda juga boleh menjelajah menggunakan basikal untuk melihat pemandangan kampung, sawah padi, dan ladang-ladang lada. Memperkenalkan kepada anak-anak kepentingan lebah madu dengan membuat lawatan sehari ke ladang lebah. Di sini, anda boleh mempelajari secara mendalam tentang lebah dan bagaimana madu dihasilkan.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

Air Terjun Sebat
Sejukkan badan anda di dalam cuaca panas dengan bermandi manda di Air Terjun Sebat. Terletak berhampiran dengan resort anda boleh mengakses kesini dengan berjalan kaki sahaja. Air terjun yang terletak di Kampung Sebat Dayak, Jalan Pueh sering menjadi tarikan para penduduk dan pengunjung dari luar. Tiada bayaran dikenakan untuk mandi di air terjun tersebut.


Pusat Penerangan Hidupan Marin Sematan
Jika anda berminat dengan kehidupan marin, jangan lepaskan peluang ke Pusat Penerangan Hidupan Marin Sematan. anda dapat mengenali pelbagai spesis kehidupan marin yang terdapat di Sematan. di sini terdapat beberapa akuarium yang mempamerkan pelbagai kehidupan marin seperti ikan, terumbu karang dan pelbagai lagi.


Taman Negara Gunung Gading
Anda pencinta alam semula jadi? Anda boleh berjalan kaki di Taman Negara Gunung Gading yang berhampiran. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia mekar di dalam hutan.


Laman Web: spbresort.com
Alamat: Lot 295, Kpg Sungai Kilong, Jalan Seacom 94100 Sematan, Sarawak
Telefon: +6082-711809 & +6082-711808
Fax: 6082-711788
Email: enquiry@spbresort.com
Facebook: Sematan Palm Beach Resort