Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Holiday Villa Hotel & Suite Subang

Berlatar belakangkan konsep dekorasi moden serta klasik, Hotel Holiday Villa & Suites. Pasti dapat menjamin kepuasan dalam percutian anda. Terletak di Subang Jaya, Holiday Villa Hotel & Suite Subang, menawarkan perkhidmatan yang tidak perlu anda keluar jauh dari kediaman sendiri. Landskapnya yang menarik dan kaya dengan pepohon hijau memberi nafas segar secara langsung kepada tetamu yang berkunjung ke sini. Bebas daripada sebarang gangguan, kehidupan anda pasti lebih bermakna apatah lagi percutian di sini disertai oleh insan teristimewa setia di sisi.



BILIK HOTEL
Hotel yang menjanjikan landskap tasik memukau menawarkan lebih 300 iaitu Superior, Deluxe, Executive Deluxe, Executive Suites dan Corporate xecutive Suite. Bilik-bilik dihias dengan penggunaan warna menarik agar tetamu berasa selesa. Selain itu, sistem penyaman udara dan air panas serta lift turut disediakan untuk menambahkan keselesaan kepada tetamu,” katanya. Jadi tidak hairanlah anda akan merasai aura kekemasan dan keselesaan apabila melangkah masuk ke bilik hotel. Bagi bilik deluxe, kombinasi warna merah pada sofa dan coklat serta hitam pada katil menampakkan kelainan ditambah pula dengan karpet berwarna tanah. Konsep yang diilhamkan daripada klasik retro abadi oleh pereka dalaman dari Australia menjadikan susun atur di ruang bilik kelihatan kemas.


MAKANAN MINUMAN
Jika bercuti, pasti anda terfikir mengenai makanan. Jangan risau kerana Palm Terrace Coffeehouse dibuka 24jam yang menawarkan banyak pilihan sama ada bufet dan ala carte. Bagi pencinta dim sum, rasailah keenakannya di The Inn of Four Seasons Chinese Restaurant yang dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan malam. Selain dim sum, banyak pilihan hidangan makanan China dan Jepun yang ditawarkan di restoran tersebut. CIBO Ristorante Italiano juga menyediakan masakan istimewa dari Itali kepada tetamu. Jika anda ingin menikmati hidangan secara santai sambil menikmati keindahan alam sekitar, Café Poolside. Soal halal bukan menjadi isu kerana semua makanan disediakan oleh ketua chef berketurunan Melayu yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam menyediakan makanan tersebut.


MAJLIS DAN MESYUARAT
Bagi yang ingin menganjurkan acara seperti mesyuarat, seminar mahupun persidangan tidak perlu fikirkan tempat lain kerana di sini juga terdapat Vintage Ballroom yang bersesuaian dengan acara anda. Ruangan Vintage Ballroom sangat luas dan mampu memuatkan jumlah kapasiti yang ramai. Selain itu, anda juga boleh melansungkan majlis perkahwinan di sini. Dengan patung klasik zaman Rom, air pancut, pokok sarang burung, pokok bunga kertas cukup ideal untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Meja dan kerusi berwarna hitam berukir yang bermotifkan ukiran bunga berdekatan pokok-pokok tersebut membuatkan suasana seperti di Eropah. Tarikan kubah berpasak empat tiang berbentuk separuh bulat disulam dengan lampu-lampu hiasan adalah lokasi menarik pasangan pengantin bergambar untuk mengabadikan saat manis itu.


KEMUDAHAN TAMBAHAN
Sebaik melangkah memasuki lobi utama, pandangan mata terus terarah kepada kolam renang besar yang bersaiz olimpik. Untuk anak-anak jangan khuatir kerana ada kolam khas disediakan. Tidak cukup sekadar kolam renang, anda juga boleh duduk berehat di meja dan kerusi kayu di bawah rimbunan pokok besar menghasilkan suasana yang redup. Pokok-pokok kelapa, palma dan dukung anak pasti membuai perasaan seperti berada ditepi pantai. Bagi mereka yang gemar bersenam, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis, badminton, skuasy, ping pong pasti menjadi medan memerah keringat sehingga puas. Ambaras Relaxation Spa yang berkonsepkan gaya Bali klasik dan kontemporari pasti menjadi sasaran individu yang berhasrat menghilangkan lenguh-lenguh badan. Sambil menikmati urutan suasana tenang pasti terlekat di sanubari kerana spa itu dikelilingi dengan rimbunan pohon yang menghijau serta tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.


TEMPAT MENARIK SEKITAR

SimflightKL
Seperti juga AVIAX di Shah Alam, destinasi ini merupakan satu tarikan yang sangat unik untuk dicuba di mana pengunjung boleh mencuba membawa pesawat Airbus A320 atau Boeing 737 secara maya. Memandu pesawat menggunakan simulator ini sememangnya real seperti berada di kokpit pesawat yang sebenar. Anda juga berpeluang membawa pesawat yang sebenar menggunakan Cessna 172 atau Piper PA 28 ataupun mungkin mencuba pengalaman menaiki helicopter dari jenis Robinson R44, EC120 atau AS350.


KL Farm in the City
Teletak di Subang Jaya, destinasi ini sangat sesuai kepada merka yang sukakan aktiviti interaksi dengan haiwan da melihat flora dan fauna. Konsepnya adalah seperti sebuah perkampungan zoo yang menempatkan seratus spesis haiwan. Ada juga haiwan jinak yang anda boleh sentuh tanpa halangan.


Clay Expression
Bagi anda yang ingin mencuba membuat barangan seni berasaskan tanah liat, apa kata ke Clay Expression, sebuah galeri yang terletak di Subang Jaya yang mempunyai kelas, pameran dan workshop yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau anda ada anak-anak yang masih kecil sesuai untuk ke sini mengasah mindah dengan melihat seni pembuatan arca yang unik atau mungkin mencuba untuk reka arca anda sendiri.


Core Design Gallery
Sebuah galeri seni yang sangat eksklusif yang menempatkan pelbagai hasil karya yang dihasilkan oleh artis terkenal tanahair seperti Shafarin Ghani, Husin Hourmain dan juga Ali Nurazmal Yusoff. Selain tarikan hasil karya di sini, bangunan galeri ini sendiri juga sangat cantik dengan kombinasi rekabentuk berkonsepkan Bali dan elegan. Bagi penggemar seni, destinasi ini wajib anda datang untuk mencari idea projek seni anda yang seterusnya sambil-sambil melihat sendiri bagaimana sebidang hasil seni di sini boleh mencecah harga yang sangat mahal.


Laman Web: www.holidayvillahotels.com
Alamat: 9, Jalan SS 12/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Telefon: +60 3 5633 8788
Fax: +60 3 5633 7449
Email: hvs@holidayvillasubang.com.my
Facebook: Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang