Please enable your JavaScript in order to browse the website.

The Sticks, Kuala Kubu Bahru

The Sticks merupakan sebuah resort mesra alam yang berasal daripada kawasan perlombongan biji timah. Kuasa elektrik dijana dengan kuasa solar dan sumber air adalah daripada sungai Meranti yang berdekatan. Eko resort ini merupakan lokasi hujung minggu yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Anda akan mengambil masa perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit daripada Kuala Lumpur untuk sampai ke Kuala Kubu Baru. Apabila sampai di pintu masuk, anda perlu melakukan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit sebelum sampai ke tempat penginapan. Sepanjang perjalanan anda, anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.

Jenis Penginapan
Terdapat tujuh jenis penginapan yang disediakan di sini. Anda boleh memilih sama ada untuk menginap di Opera House, Serengeti Tent, Bamboo Chalet, Riverside Tendok, First Tendok, Bench Tendok dan Reading Rock Tendok. Kelambu juga turut disediakan, jadi anda tidak perlu risau terkena gigitan nyamuk. Untuk makluman anda tidak semua penginapan yang dilengkapi dengan bilik air. Jadi, jika anda memilih penginapan yang tidak disekalikan dengan bilik air, solusinya terdapat tandas di bahagian luar yang anda boleh guna. Perlu di ingatkan bilik air tersebut harus di kongsi dengan pengunjung lain. Menariknya, terdapat tendok yang berhampiran sungai. Mesti tenangkan bila dengan bunyi aliran sungai di tambah pula pemandangan hijau yang memukau.

Restoran dan Kafe
Disini ada menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Bagi menu makan tengah hari anda boleh memilih sama ada untuk menjamu masakan asia mahupun masakan barat. Makan malam pula anda boleh memilih untuk mengadakan BBQ atau steamboat. Untuk pengetahuan anda, hidangan yang disajikan di masak sendiri oleh pemilik dan di hidangkan kepada setiap seorang. Terdapat juga hidangan buffet tetapi pilihan nya terhad. Menariknya lagi, tempat makan adalah terbuka membolehkan anda menjamu selera sambil menikmati suasana yang segar dan mendamaikan.

Aktiviti yang disediakan
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di sini. Jika anda penggemar sukan lasak, antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah jungle trekking, water rafting dan paragliding. Anda akan dapat harga pakej yang berpatutan dan diskaun pada mereka yang menginap di The Sticks. Anda juga boleh bermandi-manda sambil menyejukkan badan di sungai yang berdekatan dengan The Sticks. Namun sekiranya anda gemarkan aktiviti yang lebih santai anda boleh melawat ke taman botani yang terdapat di sini. Ianya amat sesuai jika anda membawa anak-anak kesini kerana anda boleh mengenali pelbagai jenis tanaman pokok dan bunga yang terdapat di sini. Selain itu, jika anda malas hendak keluar, anda boleh bermain pelbagai jenis permainan seperti Monopoli, Rick dan Cluedo. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga mahupun rakan-rakan.

Tarikan Setempat
Kuala Kubu Bharu menjadi tumpuan kerana mempunyai banyak tempat menarik seperti Bukit Fraser, Bukit Kutu, Air Terjun Sungai Chiling dan Air Terjun Lata Medang. Air terjun Sungai Chiling sendiri diakui sebagai kawasan perkelahan air terjun tercantik di Selangor. Rugi jika anda tidak melihat dengan mata anda sendiri. Selain itu, Kuala Kubu Bharu dipenuhi bangunan lama dan bersejarah hasil peninggalan zaman British seperti pejabat pos, balai polis, menara jam dan pelbagai lagi yang masih dikekalkan sebagai sejarah lampau. Anda juga boleh melawat Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengenali mengenai sejarah bandar ini.

Bukit Broga merupakan destinasi popular sebagai tempat latihan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Setinggi 400 m dari paras laut, Bukit Broga di Semenyih, Hulu Langat ini sesuai untuk melepaskan kerinduan pada keindahan alam semulajadi pada hujung minggu. Laluan nak ke puncak juga senang dan sering juga menjadi lokasi berbasikal pada hujung minggu. Bukit Broga juga dikenali dengan Bukit Lalang kerana di puncak nya terdapat banyak lalang dan rumput yang panjang menghijau. Selain itu, Ostrich Wonderland salah satu tempat menarik di Hulu Langat yang pasti membuatkan anak-anak teruja melihat burung tinggi yang pelbagai saiz dan umur. Ostrich Wonderland di Semenyih ini merupakan ladang ternakan unta dan terdapat juga beberapa binatang menarik lain yang dijaga di sini seperti arnab, keldai, burung merak dan ayam belanda. Kulit telur burung unta yang dihiasi dengan awan larat menarik juga boleh dibeli oleh pengunjung sebagai cenderahati.

Laman Web: www.thesticks.my
Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor, Malaysia
Telefon: +6017 345 9109
Email: bookings@thesticks.my
Facebook: The Sticks, Kuala Kubu Bahru
Trip Advisor: The Sticks, Kuala Kubu Bahru