Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang

Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai spesis hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



MALAYSIA AIRLINES, AIRASIA, FIREFLY dan MALINDO AIR mengoperasi penerbangan secara harian dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Setibanya di Kuala Terengganu, anda boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik resort ini dari LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD ke jeti Shahbandar, untuk menaiki feri eksklusif kami ke resort.

Peringatan mesra, semasa mengatur pengangkutan pergi balik anda, diingatkan bahawa jadual bot harian resort ini hanya dua kali sehari. Oleh yang demikian , mereka mengesyorkan anda untuk mengambil penerbangan yang paling awal dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, atau penerbangan petang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

Bagi yang menggunakan perjalanan melalui darat, bas ekspres dan teksi luar kawasan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam beranggaran sejauh 459km. Apabila tiba di terminal bas Kuala Terengganu, anda boleh mengambil teksi atau perkhidmatan bas ulang-alik untuk Shahbandar jeti untuk menaiki feri eksklusif kami ke resort. Kepada tetamu yang memandu, anda boleh mengambil laluan lebuh raya Pantai Timur menghala ke Kuala Terengganu, yang mengambil masa lebih kurang 5 jam dan terus menghala ke arah Jeti Shahbandar (GPS 5,3375, 103,137), yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu.

Pihak resort mengendalikan perkhidmatan bot berjadual dari Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu ke resort pada setiap hari. Mengambil masa kira-kira 1.5 jam perjalanan bot tanpa persinggahan yang akan membawa anda terus ke Laguna Pulau Redang Resort, ibarat melangkah ke pintu syurga. Resort ini juga menyediakan khimat penghantaran dari lapangan terbang, stesen bas atau hotel untuk kemudahan anda. Tempahan awal perlu dilakukan untuk khimat penghantaran ini.

Mahkota Hotel
Mahkota Hotel



PENGINAPAN
Terdapat pelbagai jenis bilik bagi mereka yang ingin bermalam di resort ini dan resort ini juga menawarkan penginapan jenis bilik yang sangat selesa. Antaranya, bilik standard, deluxe garden, deluxe pool, deluxe sea, premier sea dan juga laguna suite. Bilik-bilik disini mempunyai pelbagai kemudahan dan fasiliti yang bagus. Setiap jenis penginapan di resort ini mempunyai harga dan keluasan yang berbeza.

Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel
Room in Mahkota Hotel


RESTORAN
Terdapat 7 jenis restoran di resort ini termasuk pusat karaoke dan juga disco. Laguna Beach Club KTV & Disco ini dilengkapi dengan peralatan serta sistem muzik yang berteknologi tinggi, sesuai kepada anda yang inginkan hiburan atau keseronokan menyanyi dan menari. Empat bilik karaoke persendirian disediakan bagi keluarga atau kumpulan kecil. Selain itu, Warong Makanan pula menawarkan masakan tempatan terutama ‘Teh Tarik’ yang terkenal dan ‘Roti Canai’.

Tupai Beach Bar pula menghilangkan rasa dahaga anda dan nikmati makanan ringan di Tupai Beach Bar sambil menghirup udara segar dari laut. Resort ini juga membuat persembahan muzik secara langsung pada waktu malam untuk hiburan anda. Pool Side Bar menawarkan pelbagai makanan ringan dan penghilang dahaga yang enak sambil anda bersantai-santai di kolam renang. Lobby Island Bar menghilangkan dahaga anda dan mari mencuba pelbagai air koktel dan mocktail sambil menikmati panorama pantai berpasir putih dan laut biru yang jernih.

Sri Serai Ala Carte Restoran menawarkan masakan asli Malaysia dan masakan Barat disajikan di sini setiap hari. Sang Suria Buffet Restoran pula menyediakan hidangan pelbagai bufet dari masakan tempatan ke masakan antarabangsa. Makan malam BBQ juga boleh didapati pada setiap malam berganti.

Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe
Teluk Batik Cafe


KEMUDAHAN & SERVIS
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di resort ini. Di setiap bilik menyediakan TV LCD, penghawa dingin, akses internet dan Wi-Fi, pengering rambut dan banyak lagi. Perkhidmatan wi-fi percuma di lobi juga disediakan. Layanan yang diberikan oleh pekerja disini juga amat memuaskan.

Resort ini menyediakan bilik perubatan dan bantuan perubatan disediakan setiap hari 9:00-5:00 di perubatan bay resort. Kakitangan resort yang terpilih serta disahkan akan memberi pertolongan cemas dan bantuan pernafasan (CPR). Pusat Selam PADI di resort ini amatlah lengkap dengan pelbagai peralatan yang mereka ada jadi anda tidak perlu risau untuk skuba dan snorkeling di laut. Untuk membeli cenderamata pula anda boleh lah beli di kedai cenderamata More More Tea Inn. Disini juga turut menyediakan dewan-dewan untuk mesyuarat mahupun majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan majlis hari keluarga. Servis dan kemudahan yang disediakan amatlah memuaskan hati tetamu-tetamu yang datang. Tidak dilupakan juga, perkhidmatan spa turut disediakan di resort ini.

Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna
Dewan Serbaguna


AKTIVITI MENARIK YANG ANDA BOLEH LAKUKAN DI PULAU REDANG

1. MELIHAT MATAHARI TERBIT & TERBENAM
Matahari terbenam adalah antara yang terbaik di Pulau Redang kerana ia memberikan ketenangan jiwa dan merehatkan minda. Yang paling menarik di pulau ini adalah, cuaca yang terang dan aura cahaya Matahari yang mampu merehatkan jiwa yang tertekan.

Pulau ini biasanya cerah sepanjang hari tetapi suasana paginya adalah paling cantik. Pada waktu pagi, kita boleh melihat awan yang menyelubungi dan matahari mengintai di celahan awan dan burung liar pulau menyanyi dalam suasana pagi yang mengasyikkan.

Pemandangan saja tidak cukup. Udaranya segar dan angin sejuk meniup dan matahari memanaskan badan. Untuk melihat pemandangan matahari terbit terbaik di Pulau Redang, pengunjung boleh bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi. Pergilah ke timur dan rasai pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup.

Teluk Batik
Banana Boat



2. SNORKELING
Pulau Redang dikenali kerana menawarkan air yang sangat jernih untuk snorkeling dan kebanyakan pengunjung menyukai pulau ini kerana terumbu karangnya yang masih terpelihara dalam habitat asal kehidupan laut.

Kalau bernasib baik, kita juga boleh melihat anak jerung dan anak penyu sepanjang trip snorkeling yang biasanya tidak menelan kos yang terlalu tinggi. Boleh dapat dengan kadar yang agak murah dan berpatutan. Harga biasa untuk trip snorkeling di Redang adalah RM90 termasuk gear asas, tetapi kalau peralatan tambahan diperlukan, penyelam akan dikenakan bayaran tambahan.

Kebanyakan kawasan di sekeliling pulau tidak begitu dalam tetapi kawasan berdekatan dengan Pulau Penyu agak dalam dah memerlukan sirip untuk snorkeling.

Teluk Batik
Banana Boat



3. MENEROKA PULAU REDANG SEMASA TREKKING
Pulau Redang menawarkan diversiti haiwan yang besar. Terdapat banyak haiwan dan pokok yang jarang ditemui di pulau ini. Ia boleh diamati melalui aktiviti berjalan kaki di kawasan pulau. Pelancong yang suka berjalan kaki dan mendaki harus mencubanya.

Jalan kampung dan trekking Pasir Panjang adalah yang paling mudah untuk mereka yang ingin melihat kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang ada di pulau ini. Kita boleh membuat perjalanan pendek dengan selipar sahaja dan terus boleh melihat haiwan domestik dan biawak komodo.

Satu lagi jalan Pasir Panjang ke Teluk Dalam yang sejauh 2km juga boleh diharungi dengan selipar biasa sahaja. Ada juga sedikit kawasan yang berbukit semasa trekking tapi ia memberikan panorama fauna yang lebih indah.

Teluk Batik
Banana Boat



4. SKUBA
Menyelam skuba di Redang adalah satu lagi aktiviti yang disyorkan untuk dilakukan di pulau ini. Pulau Redang mempunyai banyak kawasan menyelam seperti Tanjung Lang dan Tanjung Tokong yang merupakan antara kawasan menyelam paling popular di dunia.

Setiap sesi menyelam biasanya menelan kos sebanyak RM90 dan gear tambahan yang diperlukan akan dicaj mengikut keperluan dan kegunaannya semasa aktiviti menyelam. Aktiviti fotografi dalam air adalah sangat biasa di Pulau Redang. Banyak kedai menyewakan camera dengan bayaran RM30 untuk sehari kepada para pelancong yang ingin mengambil gambar. Mereka juga menyediakan servis memasukkan gambar ke dalam CD.

Teluk Batik
Banana Boat



5. MENCUBA MAKANAN TEMPATAN
Ramai orang yang bercuti di luar negara suka mencuba makanan tempatan dan menikmati segala jenis makanan istimewa di tempat tersebut. Pulau Redang menawarkan pelbagai pilihan makanan Melayu sebenar yang boleh dinikmati oleh orang luar.

Medan Selera Laguna Redang adalah tempat dimana makanan tempatan yang sangat sedap disediakan pada harga yang sangat berpatutan. Medan selera ini hanya menyediakan makan malam tetapi ia sesuatu yang wajib dicuba sepanjang percutian di Pulau Redang. Makanan Cina dan Melayu adalah yang biasanya disediakan tetapi salad pedas Thai adalah antara tawaran hebat yang disediakan di sana.

Satu lagi hidangan yang popular di Pulau Redang adalah kari kepala ikan. Satu hidangan cukup untuk dinikmati oleh dua orang dan harganya serendah RM10. Cafe Sandfly adalah satu lagi tempat terbaik untuk mencuba makanan sedap. Ia terletak di Pasir Panjang. Ia menawarkan makanan tempatan dan barat.

Ia dibuka sepanjang hari dan menyediakan makanan sedap yang akan buat semua orang terliur termasuklah ‘Ais Kacang’ atau juga dikenali dengan nama air batu campur.

Teluk Batik
Banana Boat



6. MELIHAT PENYU
Melihat penyu adalah satu aktiviti yang sangat biasa dilakukan oleh para pelancong yang bercuti di Pulau Redang. Pair Chagar Hutang adalah kawasan utama di Pulau Redang yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.

Pantai ini tiada batasan dan biasanya, kalau pengunjung bersnorkeling di dalam air, kita boleh melihat kelibat penyu. Penyu hijau adalah antara yang biasa datang ke Pulau Redang dan pusat penyelidikan yang terletak di Pulau Redang menyatakan yang mereka datang dari pelbagai negara seperti Indonesia dan Filipina untuk bertelur.

Para pengunjung boleh membantu seacara sukarela di pusat penyelidikan penyu dan belajar lebih lagi tentangnya melalui kerja penyelidikan.

Teluk Batik
Banana Boat



7. BOLA TAMPAR PANTAI & ISTANA PASIR PANTAI
Perkara utama apabila kita bercuti adalah untuk menikmati masa yang ada dan merehatkan diri. Kita sebenarnya tidak perlu untuk meneroka semua benda. Kita boleh meluangkan masa dengan hanya berehat dan menggembirakan diri sendiri di tepi pantai. Bina istana pasir atau bermain bola tampar.

Rasakan kehangatan cahaya matahari dan keindahan alam semulajadi dan lupakan segala kerisauan. Ini akan meningkatkan ketahanan badan dan kita akan berjaya memanfaatkan masa bercuti sepenuhnya.

Teluk Batik
Banana Boat


Laman Web: www.lagunaredang.com.my/
Alamat: Pasir Panjang, Pulau Redang, Malaysia.
Telefon: +609-630 7888
Fax: +609-630 7878
Facebook: Laguna Redang Island Resort