Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Tanjong Jara Resort, Dungun

Sekiranya anda tercari-cari ciri rekaan melayu anda boleh bercuti ke Tanjung Jara Resort ini. Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, resort ini merupakan sebuah hotel mewah yang berciri-cirikan tradisional dan mengekalkan tradisi Melayu kuno. Direka untuk mencerminkan keanggunan istana Melayu abad ke-17, resort ini menawarkan cita rasa tulen dan kaya dengan warisan semulajadi.

Jenis Penginapan
Resort ini menyediakan beberapa bilik untuk anda iaitu Bumbung Room, Bumbung Seaview Room, Serambi Room, Serambi Seaview Room, Anjung Room dan Anjung Seaview Room. Bilik-bilik ini dibina menggunakan kayu, membuatkan ianya unik dan eksklusif. Menariknya, setiap bilik di sini terletak menghadap Laut China Selatan atau taman-taman tropika di resort. Kemudahan yang disediakan termasuk peralatan tempat tidur yang selesa, meja tulis, peti keselamatan, katil sofa, bilik mandi yang besar dengan tab mandi besar dan pelbagai lagi.

Ruang Majlis
Jayakan hari bahagia anda dengan melangsungkan majlis perkahwinan anda di resort ini. Resort ini ada menyediakan perunding majlis yang berkemahiran untuk menjadikan hari bahagia anda penuh bermakna. Menariknya anda boleh melangsungkan majlis perkahwinan anda berkonsepkan tradisi melayu di tepi pantai. Selain itu, jika anda mahu mengadakan mesyuarat serta seminar, anda boleh menggunakan ruang yang disediakan. Menariknya, pihak resort akan mendeklarasikan ruangan majlis anda mengikut permintaan anda.

Restoran dan Kafe
Di resort ini anda boleh menikmati makan malam di restoran yang menawarkan hidangan tradisional Malaysia atau Barat. Selain itu, Di Atas Sungei adalah sebuah restoran yang dikelilingi oleh kehijauan tropika yang subur. Restoran ini dibuka untuk sarapan pagi dan makan malam, dan menyajikan makanan asli Malaysia. Terdapat juga Restoran Nelayan yang menawarkan pelbagai pilihan makanan Asia dan Barat untuk makan tengah hari manakala makan malam di hidangkan dengan makanan laut. Di Teratai Terrace pula, mereka menyajikan hidangan untuk makan tengahari dan makan malam. Selain itu, mereka juga menyediakan pakej makan peribadi untuk anda. Rasai pengalaman makan secara “privacy” di tepi pantai dengan pemandangan yang menakjubkan dan pasti menjadi satu pengalaman yang indah.

Kemudahan yang disediakan
Terdapat dua kolam renang di resort ini, kolam renang bentuk bebas berhampiran Teratai Terrace dan lobi, dan satu lagi bersebelahan dengan pantai berhampiran Spa Village. Terletak di belakang kaunter penyambut tetamu, terdapat kedai hadiah dan butik di mana ia merupakan tempat yang mudah untuk mencari barang-barang runcit dan hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan. Terdapat dua gelanggang tenis di resort, kedua-duanya terletak berhampiran Spa Village. Raket boleh disewa dan bola boleh dibeli di kedai cenderamata. Terdapat pelbagai jenis majalah dan novel dalam pelbagai bahasa boleh didapati di perpustakaan yang terletak di sudut yang selesa dalam penginapan ini.

Aktiviti yang disediakan
Disini anda boleh mulakan hari anda dengan senaman regangan mereka yang berdasarkan konsep Melayu Suci dengan program senaman yang disediakan. Jangan ketinggalan untuk melawat ke taman herba dan mengetahui fakta menarik tentang flora dan fauna tempatan yang masih digunakan oleh kebanyakan penduduk kampung. Rasai pengalaman baru dengan menghadiri kelas kraftangan tradisional dan belajar kemahiran baru serta anda boleh membawa pulang cenderahati unik sebagai kenangan. Jika bosan, anda boleh cuba beberapa permainan luar seperti gasing, bola tampar, sepak takraw dan petanque. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti sukan air disini seperti snorkelling dan diving. Anda juga akan dibawa untuk melawati Kampung Gajah Kenyir untuk memberi makan, menunggang dan memandikan gajah tersebut!

Tarikan Setempat
Siapa tak kenal dengan Muzium Negeri Terengganu yang gah cantik ini yang juga merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat banyak galeri dan bilik pameran yang menceritakan pelbagai informasi tentang sejarah, kesenian dan budaya orang Terengganu. Pasti yang akan paling mencuri tumpuan anda adalah kecantikan senibina muzium ini sendiri yang sangat unik dan besar. Anda juga boleh singgah ke Bukit Puteri yang wujud sejak ke abad 16 lagi dan merupakan kawasan yang strategik sebagai kubu pertahanan untuk melawan musuh dari arah laut. Di atas Bukit Puteri ini terdapat beberapa laras meriam, rumah genta dan loceng besar yang masih kekal dari dulu sampai sekarang. Pemandangan dari atas Bukit Puteri ini yang menampakkan muara Sungai Terengganu memang sangat menakjubkan.

Satu tarikan baru di sini ialah di mana pengunjung boleh membawa keluarga ke Pusat Sains Kreativiti Terengganu bagi meneroka dan mendalami dunia sains. Selain itu, jika mahu melihat artifak dan hasil seni warisan negeri sejak berkurun lamanya boleh lah pergi ke Muzium Negeri. Disini juga lah tersimpan batu bersurat yang pertama dijumpai di Terengganu. Muzium ini mempamerkan sejarah, alat kebesaran diraja, seni Islam, senjata lama dan tekstil. Seterusnya, jangan lupa singgah ke Taman Tamadun Islam. Satu-satunya taman tema yang bercirikan Islam di dunia. Taman ini menempatkan 22 replika monumen dengan senibina Islam dari 21 negara. Secara tidak langsung taman ini memberikan pengetahuan kepada pengunjung melalui tayangan video, gambar dan kuiz interaktif.

Laman Web: www.tanjongjararesort.com
Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
Telefon: +603 2783 1000 / +609 845 1100
Email: travelcentre@ytlhotels.com.my
Facebook: Tanjong Jara Resort, Dungun
Trip Advisor: Tanjong Jara Resort, Dungun