1. SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG
Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.
Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar menjadi seronok apabila anda boleh memegang ikan-ikan yang jinak ini sambil memberi makan. Malah dek keterujaan ada yang sanggup mencium ikan-ikan ini.


Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Terengganu
Antara resort yang menarik dan berdekatan dengan Santuari Kelah ialah Lake Kenyir Resort dan Spa. Disini menyediakan penginapan yang bertaraf 4 bintang dari segi kediaman dan suasana resort itu.


2. SUNGAI BANGANG, DUNGUN
Sungai Bangang masih lagi terletak dalam kawasan Hutan Lipur Cemerong.
Menurut Kosmo, jalan untuk sampai sini adalah melalui laluan jalan pintas ke Kem Balak. Di laluan ini, tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai, Berembun Kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, mungkin sudah mula menuruni lembah dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Bangang.


Sungai Bangang, Hutan Lipur Cemerong, Dungun, Terengganu
3. MUZIUM NEGERI, KUALA TERENGGANU
Melihat seni binaannya dari jauh, pasti ramai menyangka bangunan yang tersergam indah ini adalah Istana Terengganu. Namun, bangunan besar yang terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong adalah kompleks menyimpan artifak dan hasil seni warisan negeri sejak berkurun lamanya.


Bukit 20566 Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
4. TAMAN TAMADUN ISLAM, KUALA TERENGGANU
Satu-satunya taman tema bercirikan Islam yang pertama seumpamanya di dunia. Kawasan seluas 10 hektar ini menempatkan 22 replika monumen dengan seni bina Islam dari 21 negara antaranya Masjid Nabawi, Arab Saudi, Kubah As Sakhra, Palestin, Tugu Kompleks Suleymen, Turki, Menara Kalyan, Uzbekistan, Masjidil Haram dan banyak lagi.


Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
5. CHINATOWN, KUALA TERENGGANU
Bagi yang pernah ke Lebuh Armenia, Pulau Pinang dan Art of Old Town, Ipoh, wajib singgah ke Jalan Kampung Cina. Langkah anda pasti terhenti di setiap lorong, di celah-celah deretan kedai lama kerana terpegun dengan lukisan mural berwarna-warni malah ada yang punya ceritanya sendiri.


20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
6. KAMPUNG RHU 10, SETIU
Terkenal dengan “ICT” iaitu Ikan Celup Tepung. Terletak di kawasan Pantai Rhu 10, ia menyajikan panorama yang cukup indah dan mendamaikan.


Kampung Rhu 10, Setiu, Terengganu
7. DATARAN SHAHBANDAR, KUALA TERENGGANU
Memang enak menjamu selera sambil merasai hembusan angin malam di Dataran Shahbandar yang terletak berdekatan muara sungai Terengganu.
Ditambah landskap menghijau dan persekitaran jeti membuatkan pengunjung terbuai dengan keindahan di depan mata. Gerai-gerai yang menyediakan aneka hidangan enak dibuka pada pukul 6 petang dan berlanjutan hingga tengah malam.


Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
8. PULAU PERHENTIAN
Pulau Perhentian ialah destinasi percutian pulau yang semakin popular dikalangan pelancong. Ia adalah salah satu pulau yang cantik di Terengganu. Kemudahan resort dan makanan turut disediakan. Selain bercuti merehatkan diri dan bersantai di tepi pantai melihat pemandangan menarik, berbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara aktiviti menyeronokkan di Pulau Perhentian ialah snorkeling, island hopping, jetski dan skuba diving.


Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia
Diselitkan antara resort yang menarik di Pulau Perhentian, Bubu Long Beach Resort Perhentian Island. Resort ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga untuk hari keluarga dan juga kepada pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu.

