Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Casa Titik, Cherating, Pahang

Casa Titik adalah vila keluarga yang direka dalam gaya Sepanyol yang mudah dan cantik. Terletak lontaran hanya batu dari pantai di Cherating, Casa Titik boleh dijadikan penginapan bagi percutian santai untuk mereka yang ingin menikmati keselesaan di rumah dalam suasana yang mesra dan damai di tepi laut. Berhadapan Laut China Selatan, Casa Titik terletak di sebelah pantai berpasir putih lebar landai yang meluas di kedua-dua arah sejauh mata memandang. Ia adalah tempat yang sempurna untuk percutian yang tenang. Casa Titik terletak di kampung yang menarik di Sungai Baging, Mukim Sungai Karang di sepanjang jalan Kuantan-Kemaman dan hanya pemanduan yang dekat dari hotel jiran dan Cherating Village.



PENGINAPAN
Terdapat 10 bilik yang desediakan untuk tetamu yang terdiri daripada jenis Standard, Deluxe, Premier, Family dan King Suite. Walau bagaimanapun, villa ini juga boleh disewa termasuk semua bilik yang disenaraikan di atas, kolam renang pribadi, perkarangan dan semua kemudahan. Villa ini boleh menampung 30 orang dengan selesa, tempat yang sempurna untuk menjadi tuan rumah hari keluarga atau pesta pribadi.


MAKANAN
Sarapan pagi akan disediakan untuk tetamu. Makanan lain seperti makanan ringan akan dikenakan bayaran. Walau bagaimanapun, pihak villa ada menyediakan microwave, dan pembakar roti yang boleh digunakan oleh semua tetamu. Air minuman dan air panas juga telah disediakan.


KEMUDAHAN
Di villa ini terdapat ruang makam dengan pantri yang kecil, bilik majlis, bilik bacaan, dua kolam renang setiap satu untuk orang dewasa dan kanak-kanak serta jakuzi panas. Selain itu, juga terdapat Wifi percuma diseluruh villa. Semua bilik dilengkapi dengan 42″ Televisyen LED dan saluran TV satelit (BBC, AXN, Fox Sports, Fox Filem, Disney). Pelbagai pilihan buku-buku dan majalah di bilik bacaan serta kemudahan karaoke untuk tempahan villa atau atas permintaan supaya tidak mengganggu tetamu lain.


AKTIVITI
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Casa Titik ini. Antara aktiviti yang ditawarkan pihak villa ialah menunggang kuda, melihat penyu, memancing, urutan tradisional dan mencanting batik.


TEMPAT MENARIK SEKITAR
1. PANTAI CHERATING
Pantai Cherating menarik untuk mandi-manda dan berkelah. Walau bagaimanapun, pengunjung hanya boleh mandi laut semasa air surut. Kawasan pantai ini akan menjadi tempat tumpuan pelancong setiap kalitiba musim cuti sekolah. Suasana pantai cherating ketika itu amatlah meriah kerana orang ramai bermain layang-layang, bola sepak, bola tampar dan ada juga yang bermain luncur air. Terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual makanan dan minuman disini.


2. PUSAT SANTUARI PENYU
Jika anda membawa anak-anak bercuti, ada tempat menarik di Cherating yang boleh anda lawati bagi memperkenalkan kepada mereka hidupan laut yang jarang dilihat iaitu penyu. Pengunjung boleh ke Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating untuk melihat dengan lebih dekat pusat penetasan penyu dan anak-anak penyu yang akan dilepaskanke laut. Selain itu, disini juga terdapat pameran pemuliharaan penyu dan hidupan laut.


3. PANTAI TELUK MAK NIK
Pantai ini juga dikenali sebagai Monica Bay adalah merupakan kawasan pantai yang cantik dengn deretan pohon rhu yang merendang. Ia merupakan kawasan yang menarik untuk aktiviti perkelahan. Kawasan ini juga merupakan lokasi penyu bertelur. Lantaran itu ia akan ditutup pada waktu malam.


4. MELIHAT KELIP-KELIP DI SUNGAI CHERATING
Ingin sesuatu yang lebih mengagumkan? Anda boleh menaiki bot diwaktu malam melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Menyusuri sungai melihat keindahan kelip-kelip cukup menenangkan. Anda juga boelh melihat kelip-kelip di Sungai Yak Yah, Kemaman atau di Kampung Ibok, Chukai, Kemanan yang terletak tidak jauh dari Cherating.


Laman Web: www.casatitik.com
Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon: +60 9 581 9284 / +60 19 938 9620
Email: reservations@casatitik.com
Facebook: Casa Titik