Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jalan-Jalan Cari Makan di Nilai

Terdapat banyak tempat makan sedap yang ada di Nilai, Negeri Sembilan yang boleh anda kunjungi untuk menjamu selera. Ada yang menyediakan resepi kampung, selera tempatan dan malah makanan barat juga ada disajikan. Alang-alang datang Nilai membeli-belah, sambil tu bolehlah jalan-jalan cari makan sekali. Di sini tersenarai antara tempat makan sedap yang popular di bandar ini


1. Aunty Aini’s Garden Café
Menariknya di Aunty Aini’s Garden Café ini adalah mempunyai laman lanskap yang dihiasi dengan bunga, tumbuh-tumbuhan hijau serta pokok-pokok herba. Kafe ini lebih berkonsepkan kampung dengan bumbung yang beratapkan daun nipah. Anda boleh memilih sama ada mahu makan bersila ataupun duduk di kerusi dengan meja kayu yang menarik. Kafe ini lebih kepada masakan kampung dan makanan barat yang menyelerakan. Antara hidangan yang mesti anda cuba adalah Gulai Ayam Kampung, Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Jenahak Tempoyak dan jangan lupa selitkan order dengan pencuci mulut homemade mereka iaitu Tapai Aiskrim. Pasti tidak akan mengecewakan!

Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 6-799 1276
Waktu Operasi: 11 pagi – 3 petang, 5.30 petang – 11 malam (Isnin Tutup)
Info: Aunty Aini’s Garden Cafe


2. Nasi Kandar Lawood
Restoran Nasi Kandar Lawood diusahakan oleh orang Kelantan berketurunan Pattani dan bukan diuruskan oleh mamak seperti kebanyakan kedai nasi kandar yang lain. Rata-rata pengunjung di sini mengatakan bahawa Nasi Kandar Lawood adalah yang terbaik di Nilai. Hidangan yang nampak simple tetapi lazat. Nasi bersama ayam gorengnya garing, sayur, dan kuah kari yang pekat, memang sedap! Anda juga boleh pilih lauk tambahan seperti ikan, udang, sotong, dan sebagainya. Lepas dah kena penangan Nasi Kandar Lawood ni pasti anda tak jemu untuk datang ke restoran ini lagi.

Alamat: Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 11-1566 9464
Waktu Operasi: 10 pagi – 4 petang (Setiap hari)
Info: Nasi Kandar Lawood


3. Al-Jamal Restaurant
Bagi sesiapa yang suka makan masakan arab bolehlah singgah ke Restoran Al-Jamal. Dekorasi restoran yang seolah-olah berada di negara Arab pasti menarik perhatian pelanggan yang datang makan. Terdapat bermacam jenis makanan arab yang boleh anda cuba dan yang paling best pizza juga ada di sini. Antara menu lain adalah Nasi Beriyani, Haneeth Chicken, Chicken/Lamb Kebab with Rice, dan macam-macam lagi. Portion yang diberi juga besar dengan harga yang berpatutan tanpa GST!

Alamat: Avenue 9, Giant Nilai, Shop A 27 & A 28, Bandar Baru Nilai, 71800 Jalan BBN 3/1, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 18-368 3002
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam
Info: Al-Jamal Restaurant


4. Restoran Nasi Arab Al-Mikraj
Mahu menikmati hidangan nasi Arab ala Melayu? Ayuh ke Restoran Al-Mikraj yang terletak dengan Bandar Nilai. Nasi Arab di sini mempunyai kelainan rasa yang tersendiri. Nasi Arab yang disajikan di restoran ini tidak 100% bercita rasakan rasa asli masakan Arab tetapi lebih kepada bercita rasa Melayu. Nasi dan daging ayam dimasak secara berasingan, penyediaannya bersama sambal yang dibuat menggunakan resipi sendiri menjadikan hidangan nasi arab di restoran ini lain daripada yang lain. Kelembutan daging kambing dan ayam yang dimasak bersama beras berkualiti tinggi dan satu hidangan cukup menyelerakan.

Alamat: Jalan BBN 1/2, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 17-243 1154
Waktu Operasi: 12 tengahari – 9 malam (Ahad Tutup)
Info: Restoran Nasi Arab Al-Mikraj


5. MMA Santai Corner
Kalau anda tanya Mee Udang paling terkenal Nilai di mana? Rata-rata penduduk Nilai akan kata di MMA SANTAI CORNER. MMA Santai Corner ni ada banyak gerai makanan yang sedap-sedap. Foodcourt MMA Santai Corner terletaknya Gerai D’Laila Mee Udang yang menyediakan Mee. D’Laila Mee Udang adalah yang pernah diviralkan sebagai Mee Udang paling ‘hot’ di Nilai. Rasa kuah yang manis-manis pedas memang menambat selera dan udang yang diletakkan cukup mengenyangkan. Gerenti tak menyesal, sedap! Selain itu, terdapat juga menu lain seperti Mee Ketam, Asam Tempoyak, Gulai Lemak Telur Mayong, Udang dan Lokang Masak Lemak Cili Api bersama Nanas dan banyak lagi.

Alamat: Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 17-225 3337
Waktu Operasi: 5 petang – 12 malam
Info: MMA Santai Corner


6. Pilot Cafe
Pilot Café ini terletak di Bandar Baru Nilai. Suasana kafe yang santai dan amat selesa dengan interior dalaman kafe bertemakan kapal terbang pasti membuatkan anda teruja. Pilot Cafe menjanjikan hidangan makanan dan minuman yang lazat. Resepi mereka original dan sungguh istimewa dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang menjadi pilihan adalah Chicken Chop Oriented Sauce, Aglio Olio Ala Pilote, Lamb Grill, Chicken Wings dan Banana Split.

Alamat: Lot 9915, Jalan BBN 1/3f, Lagenda 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 17-501 0091
Waktu Operasi: 12 tengahari – 12 malam (Isnin Tutup)
Info: Pilot Cafe


7. Thoyyib Cafe
Kepada penggemar kopi, anda boleh mencuba kelazatan White Coffee Ice Blended, Mocha Coffee, Hazelnut White Coffee dan Safron+Habbatus Sauda Coffee di Thoyyib Café. Di samping itu, anda boleh menikmati suasana kafe yang ala-ala kafe eksklusif serta layanan yang mesra dan pantas dari pekerja kafe. Pilihan menu yang terlaris di sini adalah Nasi Goreng Sizzling dengan Ayam Blackpepper, Lamb Grilled, dan Nasi dengan Ikan Kerapu Terbang. Sangat mengiurkan, cubalah! Beroperasi dari pagi sampai malam (sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam).

Alamat: 7192, Jalan BBN 1/2e, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 6-794 7096
Waktu Operasi: 8 pagi – 11.30 malam
Info: Thoyyib Cafe


8. Art Cafe Laundry (ACL)
Ingin menikmati masakan ala barat atau Italiano, Shakes, Snacks ataupun makanan tempatan seperti Nasi Lemak Kukus Sambal Petai? Datang ke Art Café Laundry yang terletak berhadapan dengan petronas Pekan Nilai atau anda boleh waze sahaja mereka-Art Cafe Laundry. Hidangan istimewa ACL adalah Chicken Grilled. Ayam dipanggang, kemudian disajikan panas-panas dengan kuah lada hitam, kentang goreng dan salad coleslaw segar, urgghhh rasa dia memang daboom! Anda sangat dialu-alukan untuk mencuba set Grilled Chicken Combo + Ice Lemon Tea yang berharga RM13 sahaja. Murah dan sangat berbaloi!!!

Alamat: Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 14-369 5141
Waktu Operasi: 6 petang – 12 malam
Info: Art Cafe Laundry (ACL)


9. Chimera by Nina Noghden
Siapa kata di Nilai ni takde kafe western yang sedap. Kafe Chimera yang terletak di Bandar Baru Nilai ini menyediakan makanan western dengan dekorasi hidangan yang ringkas tetapi rasanya sangat memuaskan. Walaupon portion yang diberikan nampak kecil ia boleh mengenyangkan. Suasana kafe pula bersih, cantik dan selesa. Antara menu yang terdapat di sini adalah Seafood Aglio Olio Spaghetti, Sosej Lamb, Meatball with Fries dan macam-macam lagi. Jom singgah!

Alamat: 12, Jalan BBN 6/3A, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 17-213 7040
Waktu Operasi: 4 petang – 11 malam (Setiap hari)
Info: Chimera by Nina Noghden


10. Engineer Coffee Bar
Kopi dekat Engineer Coffee Bar ni memang tip top dan makanannya pula sangat unik! Sebab apa unik? Sebab speghetti dekat sini menampilkan kelainan dengan Spaghetti Masak Lemak Cili Api. Pelik? Tak pernah orang buat kan? Bukan setakat masak lemak cili api je tapi Spaghetti Curry pun ada tau. Bagi sesiapa yang suka makan pedas tu memang wajib cuba Spaghetti Masak Lemak Cili Padi tu. Pedasnya memang kaw kaw punya! Boleh berasap telinga bila makan. Dessert pun boleh tahan sedapnya. Makan dekat sini tak membazir, rugi pun tidak! Bagi yang student tu anda boleh dapat 10% diskaun. Wow, best kan?!

Alamat: 12165, 12155, Jalan BBN 1/F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nombor Telefon: +60 12-939 0829
Waktu Operasi: 3.30 petang – 11.30 malam (Selasa – Jumaat), 12.30 tengahari – 11.30 malam (Sabtu & Ahad)
Info: Engineers Coffee Bar


11. Hailam Kopitiam
Hailam Kopitiam adalah sebuah kafe berkonsepkan citarasa Hainan asli dengan lebih dari 20 cawangan yang sedia melayani pengunjung setia generasi baru di seluruh Malaysia. Ini adalah kerana hidangan yang istimewa dari mereka buat pelanggan yang tercari-cari menu ini. Pengunjung akan sentiasa menikmati keaslian kopi yang istimewa daripada mereka iaitu Kopi Panggang / Hailam Tea, ‘Homemade’ Kaya dengan roti bakar dan telur setengah masak. ‘Hainan Chicken Chop’ dan ‘Fish Fillet’ disediakan seperti di zaman penjajahan yang sangat disukai ramai, Mee Sup, Nasi Goreng Kampung dan sudah tentu kegemaran semua sepanjang masa iaitu Nasi Lemak dengan Rendang Ayam dan Nasi Ayam Hainan. Masakan ini telah dihidangkan dan diyakini dari zaman berzaman dan sudah pasti tidak akan mengecewakan anda.

Alamat: PT 7486(G), Jalan BBN 1/1E, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Nombor Telefon: 016-2644875 / 06-850202
Waktu Operasi: 08.30 pagi – 12.00 pagi
Info: Hailam Kopitiam


12. Riviera Kitchen Cafe
Riviera Cafe merupakan Restoran Fusion Halal Melayu dengan hidangan yang inovatif dan kreatif. Hidangan tempatan, Western & Pasta Menu. Mereka menyajikan Daging & Ayam Sate, Nasi Butter Ayam, Nasi Daging Halia, Nasi Asam Pedas, Laksa Johor, Mee Jawa Maharani, Laksa Penang, Karipap, Spageti Aglio Olio, Linguini Carbonara, Lasagna, Spageti Tomyum, Spageti Macarena, Chicken Chop, Lamb Chop, Steak Daging, Coconut Shake dan banyak lagi. Rugi kalau anda tidak berkunjung Riviera Cafe ini. Jadi tunggu apa lagi?

Alamat: LK3-G-05, Laman Komersil Areca, Jalan Persiaran Perdana, Kampong Baharu Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Nombor Telefon: +6017 350 5506
Waktu Operasi: 12.30 tengahari – 11.00 malam, (Isnin Tutup)
Info: Riviera Kitchen Cafe