Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jalan-jalan di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu yang dulunya dikenali dengan nama Jesselton merupakan salah satu destinasi popular di Malaysia. Terdapat banyak destinasi percutian menarik di sabah yang boleh anda lawati jika berkunjung ke KK. Kebayakan pelancong datang ke bandaraya ini untuk melawat Taman Laut Tunku Abdul Rahman atau mendaki Gunung Kinabalu.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
1. Gunung Kinabalu
Sudah sampai di KK, jangan lupa ke Gunung Kinabalu yang terletak 50km dari pusat bandar. Secara idealnya, anda perlukan 2 hari 1 malam untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengambil pakej yang disediakan. Pastikan segala kelengkapan mencukupi sebelum ke sini. Jika anda kesini bersama keluarga, pastikan si kecil berumur 10 tahun ke atas dan bagi orang tua pula, mereka hendaklah berada di dalam keadaan yang sihat dan mempunyai stamina untuk menghabiskan dakian.


2. Jesselton Point Waterfront
Sesiapa sahaja yang bercuti ke Kota Kinabalu mesti datang ke Jesselton Point Waterfront. Ia adalah terminal feri utama di Kota Kinabalu. Orang ramai yang ingin ke Labuan dan Brunei akan menaiki feri di sini. Selain itu, pelancong yang ingin melawat pulau-pulau menarik di Kota Kinabalu seperti Taman Laut Tunku Abdul Rahman juga akan menaiki bot di terminal feri ini.

Alamat: Sabah, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 6.00am – 2.00pm
Telefon: +60 88-235 787

3. Pulau Manukan
Wah, indahnya pulau berbentuk sabit ini. Airnya sangat bersih dan jernih. Menariknya, anda perlu menaiki bot selama 30 minit untuk ke sini. Bayangkan mandi di tepian pantai yang biru dan tidak tercemar bersama ikan-ikan yang manja dan tak takutkan manusia. Jika anda membawa anak kecil, pasti mereka teruja sepanjang berada di sini.


4. Tambunan Rafflesia Reserve
Lokasinya mungkin agak jauh dari pada bandar Kota Kinabalu dan bagi pencinta alam yang ingin melihat sendiri bunga terbesar di dunia ini, bolehlah memandu ke sini yang mengambil masa sekitar 2 jam dari bandar Kota Kinabalu.

Alamat: 500, 89650 Tambunan, Sabah, Malaysia
Telefon: +60 88-211 732

5. Lok Kawi Wildlife Park
Kita sering dihidangkan dengan gambar-gambar monyet, orang utan dan burung-burung di kaca televisyen; apa kata anda ke sini untuk melihat hidupan liar dengan lebih dekat. Juga ada taman botani di mana anda boleh jungle trekking di laluan yang disediakan.

Alamat: 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 5.30pm
Telefon: +60 88-765 710

6. Tanjung Aru Perdana Park
Merupakan salah satu tempat menarik di KK untuk dilawati pada waktu malam. Taman ini mempunyai air pancut berwarna-warni dan diiringi dengan muzik lagu. Di sini juga terdapat trek jalan kaki dan sesuai untuk aktiviti riadah dan bersiar-siar petang/malam.

Alamat: Jalan Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 11.00pm

7. Aquarium & Marine Museum
Aquarium & Marine Museum adalah tempat wajib anda lawati jika berada di Kota Kinabalu. Ianya terletak didalam kompleks Borneo Marine Research Institute (BMRI), terdapat lebih 150 spesis hidupan laut termasuk 30 spesis batu karang dipamerkan pada pengunjung. Ia adalah pusat pameran akuarium yang menawarkan fasiliti terbaik di Pulau Borneo. Antara yang fasiliti menarik yang ada disini ialah pameran terumbu karang secara langsung, laluan pejalan kaki di hutan paya bakau, Muzium Maritim dan Marin, Kiosk Maklumat Multimedia Interaktif dan lain-lain.

Alamat: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 4.30pm (Ahad tutup)
Telefon: +60 88-320 121

TEMPAT MAKAN BEST
1.Kak Nong Restaurant
Restoran terletak di Harbour City, Kota Kinabalu. Restoran ini boleh dikatakan sangat popular. Nasi Ayam merupakan menu yang paling digemari disini dan selalu menjadi pilihan pelanggan di sini. Selain itu, terdapat juga makanan lain seperti rojak dan soto. Anda juga disarankan untuk merasai Mee Tuaran yang dijamu di sini. Rasa Mee Tuaran adalah seperti Mee Bakso.

Alamat: B26 & 27, Level 1, Block B, Harbour City, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 11.00pm
Telefon: +60 88-487 411

2. Pasar Filipino
Jika teringin untuk makan seafood atau ikan bakar, anda boleh kesini. Medan selera ini terletak bersebelahan dengan Pasar Filipino. Semua ikan dan seafood di sin i segar-segar belaka dan harganya agak murah jika dibandingkan dengan di KL. Pilihan makanan al-carte seperti nasi goreng, mee, bakso dan banyak lagi juga disediakan di sini.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 10.00pm

3. Anjung Selera Likas
Di Anjung Selera Likas ini terdapat beberapa buah gerai yang menyediakan makanan seafood dan juga makanan ala-carte. Anda boleh pilih mana-mana gerai yang berkenan di hati. Jika anda ingin ke gerai yang dicadangkan oleh ramai orang, bersedialah untuk menunggu sedikit lama. Konsep di sini lebih terbuka dan anda boleh makan sambil menghadap laut. Kemeriahan disini boleh dilihat selepas pukul 5 petang hingga ke malam.

Alamat: 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: 11.00am – 12.00pm
Telefon: +60 16-957 1444

4. Anjung Senja
Terletak lebih kurang 1km dari Medan Selera Pasar Filipino dan berhampiran dengan Hard Rock Kota Kinabalu. Tempat makan disini lebih tenang dan bersih jika dibandinkan dengan Medan Selera Pasar Filipino. Pelbagai pilihan gerai dan makanan terdapat disini. Jika datang ketika petang menjelang maghrib, anda boleh melihat pemandangan sunset yang cantik di sini. Sesuai dengan namanya “Anjung Senja”.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia