Please enable your JavaScript in order to browse the website.

Jalan-jalan Makan Angin di Kuching

TEMPAT MENARIK

1. Kuching Waterfront & Dewan Undangan Negeri Sarawak
Disini merupakan tempat menarik di Kuching yang semestinya dilawati kalau nak membeli cenderahati kerana banyak kedai-kedai kraftangan (di Sarawak Steamship Building). Antara barangan yang boleh anda beli ialah hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalaman rumah dan sebagainya. Anda boleh lepak-lepak di tepi sungai Sarawak dan makan-makan di kedai makan yang best disini. Dari sini juga anda boleh naik bot untuk menikmati keindahan di sepanjang sungai.

Selain itu, terdapat sebuah bangunan yang cantik berdekatan dengan waterfront ini iaitu Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk “terendak” . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Alamat: Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia

2. Kuching Wetlands National Park
Terletak lebih kurang 14km daripada bandar Kuching dan hanya 4km dari Pantai Damai dan Taman Negara Kuching Wetland ini merangkumi kawasan yang seluas lebih daripada 6000 hektar berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu.

Disini (kawasan yang agak berpaya bakau) juga anda boleh menjumpai pelbagai jenis binatang liar seperti proboscis monkey (monyet hidung besar), biawak monitor, buaya, burung-burung hutan, helang laut dan banyak lagi. Untuk mengembara di taman negara ini anda perlu ke sungai dengan menaiki bot dan ada beberapa pengusaha (tour guide) yang boleh membawa anda pusing-pusing di sekitar taman negara ini.

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 8.00pm (Ahad tutup)

3. Muzium Kuching
Muzium ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia yang terletak di Petra Jaya. Bagi penggemar kucing anda akan menjumpai pelbagai pameran, gambar, kesenian ala kucing dan juga cenderahati ala kucing. Menempatkan lebih 4000 koleksi.

Muzium ini terletak di aras ground floor di bangunan City Hall dan mempunyai 4 galeri utama yang merangkumi keluasan binaan lebih 1000 meter persegi. Kemasukan ke Muzium Kucing di Kuching ini percuma namun jika ingin mengambil gambar, cas akan dikenakan iaitu RM3 dan RM5 untuk video. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan dibuka dari pukul 9 pagi sehinggalah ke 5 petang.

Alamat: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 82-446 688

4. Orchid Park Kuching
Orchid Park atau Orchid Garden terletak berhampiran dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Taman bunga di tengah bandar ini adalah tempat menarik di Kuching yang cukup popular dikalangan peminat orkid. Terdapat berbagai spesis orkid boleh dilihat disini. Kawasannya agak luas iaitu 3.5 ekar, namun ia tersusun dengan kemas dan cantik. Pokok-pokok orkid ditanam di kiri kanan lorong pejalan kaki. Taman ini juga dihiasi lanskap yang cantik dengan kolam air dan wakaf untuk pengunjung berehat.

Alamat: Orchid Park, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30am – 6.00pm (Isnin tutup)
Telefon: +60 82-446 688

5. Borneo Highland
Seperti juga di Cameron Highland di Semenanjung, di Sarawak pula ada Borneo Highland dan disini lah terletaknya Borneo Highland Resort dan juga Hornbill Gold dan Jungle Club. Lapangan golf disini mempunyai 18 lubang dan sangat mencabar kerana suhu yang sejuk dan agak berkabus, seolah bermain golf di awangan begitu.

Terletak kira-kira 80km dari Kuching dan resort di sini terletak berdekatan dengan sempadan Sarawak-Kalimantan pada ketinggian altitud 600-1000 meter. Di kaki bukit Borneo Highland pula menempatkan Rumah Panjang Annah Rais etnik Bidayuh. Di sini juga menjadi tempat acara tahunan iaitu Perlumbaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung.

Alamat: Lorong Kota Padawan 10a, 94200 Kuching, Sarawak, Malaysia

6. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
Kalau anda ke Sarawak Cultural Village anda menjumpai pelbagai jenis replika rumah panjang beberapa etnik. Itu hanya replika jadi kalau anda nak melihat sendiri bagaimana rupa sebenar rumah panjang, boleh lah ke Rumah Panjang Annah Rais. Rumah ini merupakan penempatan etnik Bidayuh yang terletak lebih kurang 90km ke arah selatan bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Berhampiran dengan Rumah Panjang ini, ada beberapa kolam air panas yang sangat popular dan asli.

Alamat: Kampung Annah Rais, Padawan, Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam

7. Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak ialah tempat menarik di Kuching yang mesti dilawati jika berkunjung ke Bumi Kenyalang. Anda akan dapat melihat kebudayaan dan cara hidup tradisional masyarakat Sarawak dari pelbagai kaum. Kawasan seluas 17 ekar ini mempunyai rumah-rumah tradisional etnik yang ada di Sarawak seperti rumah panjang Bidayuh, rumah panjang Iban, rumah tinggi Melanau dan lain-lain lagi.

Alamat: Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
Telefon: +60 82-846 108

8. Hutan Simpan Semenggoh
Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. Elok datang ketika orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kekadang orang utan yang sudah dilepaskankan pun akan datang semula untuk mendapatkan makanan.

Alamat: 93250 Siburan, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 11.00am, 2.00pm – 4.00pm

9. Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak. Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik.

Alamat: Sarawak, Malaysia

10. Pantai Damai
Pantai Damai terletak berdekatan dengan hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan dikelilingi dengan ceruman pokok hutan tropika bermula dari atas Gunung Santubong dan disini juga ada resort yang menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian di tepi pantai di Kuching. Berdekatan dengan Pantai Damai juga ialah Kampung Budaya Sarawak.

Alamat: Pantai Damai Santubong, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 8.00am – 1.00am
Telefon: +60 82-846 113

TEMPAT MAKAN DI KUCHING

1. Mee Kolok Pak Amit Cafe
Mee Kolok merupakan menu wajib dicuba jika berada di Sarawak. Mee ini juga merupakan makanan yang paling popular dikalangan orang Sarawak. Mee Kolok Pak Amit merupakan antara mee kolok yang terbaik dan yang paling popular di Kuching. Selain mee kolok, di sini juga menyediakan beberapa menu lain yang tidak kurang sedapnya seperti Mee Jawa dan Mee Sapi Sup.

Alamat: Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching, Sarawak, Malaysia

2. Kopi O Corner
Kedai makan ini menyediakn makanan seperti mee kolok, laksa sarawak, nasi ayam penyet, bakso dan banyak lagi. Setiap kedai makan yang menyediakan mee kolok mempunyai resepi mee kolok yang tersendiri untuk dihidangkan kepada elanggan. Di Kopi O Corner, menu mee kolok yang popular ialah mee kolok special dan mee kolok sapi. Terdapat satu lagi menu yang agak menarik iaitu prataroll yang merupakan roti canai yang digulung dan kemudiannya dihiasi dengan jaluran sos cili, mayonis dan sos black paper menjadikan persembahan roti canai ini lebih cantik.

Alamat: : No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 7.00am – 12.00am
Telefon: +60 17-803 2842

3. Top Spot Foodcourt
Kedai makan ini sesuai bagi anda yang gemarkan makanan laut. Top Spot Foodcourt merupakan sebuah medan selera yang terdiri daripada beberapa buah gerai yang menjual makanan laut. Pelbagai jenis lauk pauk makanan laut yang boleh anda nikmati di sini. Jikaanda datang pada waktu kemuncak, tidak menjadi masalah untuk anda mencari tempat duduk kerana tempat makan ini menyediakan ruang yang luas.

Alamat: Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 5.00pm – 11.00pm
Telefon: +60 19-888 5940

4. My Village Barok
Salah satu tempat makan yang menjadi tumpuan masyarakat di Kuching dan pengunjung dari luar. Berkonsepkan ala-ala kampung, menyediakan makanan yang berkualiti menjadikan kedai makan ini unik dan sentiasa digemari ramai. Keaslian bangunan yang dibina daripada kayu sepenuhnya menjadikan suasana di sini damai dan menyegarkan. Menyediakan menu nasi ayam penyet dan juga makanan laut yang segar buat pelanggan.

Alamat: 7, Jalan Brooke, Kampung Boyan, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 4.30pm – 11.30pm
Telefon: +60 16-870 7021

5. RJ Ayam Penyet
Hidangan Ayam Penyet berasal daripada masyarakat Kalimantan. Menu ini amat popular di Sarawak selain Mee Kolok dan Lakksa Sarawak. Rata-rata kedai makan di Sarawak akan menyediakan menu ayam penyet. Rj Ayam Penyet merupakan sebuah restoran yang menyediakan antara ayam penyet terbaik.

Alamat: 2, Jalan Nagor, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia
Waktu Operasi: 5.30pm – 2.00pm
Telefon: +60 82-422 797